UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 28 Februari 2011

JOM SENAMROBIK !

Petang ni senamrobik macam bese. Jadual mingguan untuk satff di sini. Ni dikira latihan kecergasan jugalah untuk staff kat sini. 1 jam ; sekali seminggu kira okaylah. Tak delah mengganggu sangat jadual kita yang lain kalau diuruskan betul2 kannnn.

Jom sape2 nak ikut aku bersenamrobik hari nih. Kita sama bermambo dan berpoco2 hari nih...Chicken dance jangan dilupa...ha3.....

STICKY MODE ENTRY.....PLEASE SCROLL DOWN FOR THE LATEST ENTRY - HULURKANLAH BANTUAN KEPADA BABY QISTINA YANG BELUM MENGERTI APA2 LAGI INI...


Dalam kegembiraan kita semua bersama keluarga, jangan dilupa mereka yang berdukacita. Hulurkanlah bantuan setakat yang kita mampu seikhlasnya untuk BABY QISTINA ini. Terima kasih kepada Mak ; Lagenda Mahsuri yang menghebahkan mengenai perkara ini di dalam blog nya. Mudah2an usaha mak diberkati Allah.

Mengikut info yang aku dapat melalui blog Mak ; Lagenda Mahsuri , bayi malang ini. QISTINA BALQIS MAISARA..berusia 3 bulan. Dilahirkan di hospital Manjung, Perak. Baby Qistina ini mempunyai masalah jantung berlubang, sumbing dan juga mempunyai masalah paru paru. Kini, Qistina sedang menerima rawatan di HUKM.

Kepada kawan2 yang ingin membantu BABY QISTINA ini, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun dan no telefon yang boleh dihubungi.

AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL (Ibu Baby Qistina Balqis)
NO H/P : 017-3476764

Selain itu kawan2 boleh ke blog Mak ; lagenda Mahsuri untuk sama2 menyokong usaha beliau untuk membantu BABY QISTINA ini.

Mungkin dalam setiap RM1 yang kita hulurkan.....bakal memberi seribu sinar dalam kehidupan BABY QISTINA dan keluarganya. Insyaallah.


KESIANKAN DIRI SENDIRI DULU

Datang keje dengan badan sakit2 ...kepala pening...dan rasa tak selesa ; hanya kerana memikirkan keja yang banyak kat office. Takut2 tak boleh siap. Habis badan yang sakit tu sape nak tanggung weh. Klau badan sakit boleh ke siap sume keje2 tu...hu3..

Sebab ada member aku ni dalam dilema ; antara nak teruskan keje kat office atau pun nak balik je pegi klinik coz semalam dia jatuh kat bilik air. Tapi hari ni gigih juga datang koje sebab banyak koje nak buat katanya....

Aku dah bagi pendapat aku...suruh balik rehat je. Dia risaukan keadaan kat office plak yang tak de orang nak cover. Alahaiiiiiiiiiiiiii....Kesian kan diri kita dulu. Kalau sakit dah melarat bukannya office tu boleh cover sakit yang menimpa kita tu....

Korang rasa camne?



P/S: Kita ni kalau terlalu memikirkan orang lain sampai mengenepikan kepentingan diri sendiri pun tak boleh juga kannn...

SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA

Segmen baru oleh ben ashaari ; SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA.


Semoga vlogger2 Malaysia ini semakin bersemangat dalam usaha untuk menyampaikan sesuatu isu yang boleh dikongsi bersama dengan cara masing2 dan tersendiri ; asal saja yang membawa kepada kebaikan. Dan sebagai blogger aku akan terus menyokong usaha2 yang baik ini. Teruskan uasaha...ketepikan segala kata2 negatif dan kejian orang. Ingat sesuatu ..."Kita bukan hidup kerana puji ; dan takkan mati dek kerana keji..."


Okay ben dah siap entry ni. Nak join juga....Tq ben..:)

SKER ..TAK SKER

Hati memang tidak boleh dipaksa. Apa yang kita sker tak semestinya orang lain pun kena sker juga. Dan apa yang orang sker tak semestinya kita pun kena asker.

Yang penting apa pun juga…..skerlah pada perkara yang disukai-Nya dan tinggalkan perkara yang dibenci-Nya. Barulah jelas apa sebenarnya kesukaan kita yang sepatutnya.

GERAM PUNYA PASAL ; RUMAH KENA BAKAR !

KEADAAN rumah yang dipercayai sengaja dibakar seorang lelaki yang bergaduh dengan isterinya di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang naik angin selepas bertengkar dengan isterinya dipercayai bertindak membakar rumah sendiri sehingga menyebabkan sebuah stor dan bengkel motosikal turut hangus dalam kejadian di Kampung Balik Bukit, Setiu semalam.

Difahamkan, semasa kebakaran pada pukul 12 tengah malam itu, lelaki yang berusia 39 tahun manakala isterinya yang berusia 35 tahun baru bertengkar.

Punca pertengkaran itu disebabkan pelbagai masalah rumah tangga pasangan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, selepas melakukan tindakan di luar dugaan tersebut, lelaki yang bekerja sendiri itu menghilangkan diri dan sehingga petang semalam polis masih mencarinya.

Menurut beliau, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada si isteri dan semasa kejadian wanita tersebut dan tiga anaknya berada di rumah jirannya.


* Sumber - KOSMO


P/S: Emosi kalau tak diurus dengan baik memang macam2 boleh jadi...:(


ADA ORANG NAK BELANJA MAKAN TENGAHARI

Bestnya hari ni rezeki murah. Dah ada orang nak belanja makan untuk lunch. Aku baru berkira2 nak makan apa hari ni. Kebetulan aku pun tak de bawak bekal macam bese. Nak balik lunch pun malas….

Tetiba ..ada plak orang offer nak belanja....Apelagi, macam ‘orang mengantuk disorongkan bantal ‘.....Memang seronok le jawabnya…:)

Nak tau ke sape yang nak belanja aku tu? Dan nak tau ke apa yang dia nak belanja?....Ha3……Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…

BIBIR SEKSI ..

Pagi ni datng keje dengan bibir yang agak ‘sekdi’…hu3….penangan ulcer sudah kene tenyeh dengan garam. Geram dan tak tahan nak menanggung sakit lagi ; sampai nak becakap pun susah .

Memang mujarab betul. Malam tadi punyalah susah nak becakap, …bangun pagi ni dah terlebih cakap le plak….heh3…Tapi itulah , macam akau cakap tadi bibir dah jadi seksi –meksi……

Tak pelah, at least ulcer boleh sembuh dengan cepat. So, hari ni nak bersarapan pun lebih selesa. Tak delah aku nak menahan pedih lagi setiapa kali makanan masuk ke dalam mulut ni. Selamat bersarapan juga untuk semua ye…:)

Ahad, 27 Februari 2011

SIAPA KITA NAK MENGHUKUM INSAN LAIN ....

Sejahat manapun anggapan seorang insan terhadap insan yang lain....kalau Allah nak bagi 'dia ' hidayah sekelip mata dia boleh berubah. Mungkin 'dia' boleh berubah lebih baik dari 'orang' yang menganggapnya jahat.

Kerana siapa kita nak menghukum insan lain ; mengatakan dia baik atau pun jahat.Kita pun belum tentu baik ataupun betul. Hanya Allah yang lebih Mengetahui.

Siapa pun kita, selagi kita bergelar manusia, takkan ada manusia yang tidak berbuat kesilapan. Kemahuan diri sendiri untuk berubah itu yang perlu. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang insan, selagi insan itu sendiri tidak mahu mengubahnya.

Ingat sesuatu....kita hidup bukan kerana puji dan tak mati dek kerana keji. Dengan izin Allah juga semuanya berlaku. Bukan pujian dan kejian jadi penentu.

TERASA NAK MAKAN BIHUN SINGAPORE ..

~ Bihun Singapore hasil air tangan my mum ..


Tetiba ada rasa nak makan Bihun Singapore yang macam my mum buat kat atas tu. Sejak pagi tadi teringin nak makan. Tapi tak penah buat sendiri..*sila jangan gelakkan aku ye..* Selalu makan yang dah siap je....

Korang dah makan? Ada ke yang makan bihun goreng malam ni? Mesti sedap kannnnnn.....

DAPHNE KINI DIPANGGIL DAHLIA



"NAMA saya kini Dahlia," si cantik Daphne Eleanor Iking membuka bicara. Sebuah ikrar bahawa dirinya kini sudah bergelar Muslim dan memeluk Islam. Dahlia melafazkan dua kalimah syahadah pada tarikh bersejarah, 8 Januari 2011. Tarikh itu juga menyaksikan dia sekali lagi menyarung status isteri.

"Jangan segan untuk terus menggunakan nama Daphne," sambungnya.


Berita selanjutnya di sini - KOSMO


*Alhamdulillah. Seorang lagi saudara baru kita. Kita sama2 doakan moga dia dikuatkan iman dan terus bahagia bersama kehidupan 'baru'nya...insyaallah, amin.

RASA SEPERTI PERNAH KU LIHAT WAJAHNYA ...



Pagi ni tengok program Motivasi Pagi kat TV3, aku terpandangkan wajah ini. Wajah yang seperti 'pernah ku lihat....tapi di mana ya..'......heh3...macam dialog dalam filem plak. Jenuh le juga aku cuba mengingatkan semula. Kat mana aku penah jumpa beliau.

Setelah jenuh mengerut2kan dahi berfikir kat mana aku jumpa dengan beliau ni...barulah aku teringat. Beliau ialah DATIN ZALEHA OMAR ; salah seorang penceramah jemputan masa aku attend Kursus Asas berkenaan jawatan yang aku sandang sekarang ni di INTURA Sungai Petani.

Aku berkursus kat situ masa lapor diri , 28/06/2009. Seminggu kat sana, dan memang hari2 bertemu muka dengan Datin Zaleha nih. Memang bersahaja je gaya beliau dalam menyampaikan ceramah. Antara yang bagus untuk kita praktikkan ....selalulah berfikiran positif. Kerana signal positif yang kita hantar akan memberikan hasil yang positif dalam kehidupan kita.Sama2 kita praktikkan ye....


P/S: Teringat2 masa melaporkan diri di KDN, Putrajaya 28 Jun 2009 sebelum terus bertolak ke INTURA, Sg Petani....Dah hampir 2 tahun aku dalam sektor awam ni. Tak terasa masa berlalu.........

Sabtu, 26 Februari 2011

KFC DI PETANG HARI

~ Set Dinner Plate......

~ Ni favourite my princess..kalau tak order sure masam muka dia...:)


Petang semalam ke KFC lagi. Kali ni KFC di TESCO Kajang jadi sasaran. Menu yang diorder...macam bese. Aku sker yang ori sama cam my princess. My hubby sker yang spicy. Lain orang lain citarasa le kannn...

Sejak dulu lagi memang tak jemu makan KFC ni. Pada aku seketul ayam pun dah cukup. Kalau Snack Plate tu makan sorang2 memang tak abis. Aku sker yang ori sebab rasanya yang lemak2 masin tu taj menjemukan. Korang plak macam mana?

PETANG BERSAMA ORANG2 TERSAYANG

Selamat petang semua. Hari ni tak de entry selamat pagi coz baru je aku online waktu2 cam gini. Lepas makan tadi terus online sebelum my princess booking lappy dulu...hu3...

Menu tengahari tadi ; nasi putih, ikan goreng, udang goreng dan peria goreng bercili. Sume pun yang goreng2....senang dan jimat masa nak siapkan. Yang penting boleh makan. Nasib baik my hubby dan my princess tak cerewet bab2 makan minum ni.

Korang makan apa tadi? Ada yang kuar makan ngan family ke? Tidak pun kuar makan dengan member2. Mesti best kan dapat spend time dengan orang2 yang tersayang.....


P/S: Aku pun happy gak ni sebab orang2 tersayang ada di sisi....:)

Jumaat, 25 Februari 2011

KALAU DAH AJAL ..


Orang kata kalau dah sampai 'ajal'.....pegi jugalah dia. Ini lah juga nasib malang yang menimpa pada seekor burung ni. Yang tersesat terbang agak laju sampai cermin tingkap office aku pun dilanggarnya.....

Akibatnya.......macam dalam gambar tulah. Kalau ajal dah tiba...berpisah le nyawa daribadan....hu3....

SETELAH HAMPIR SETAHUN TAK BELI NASI ..

~ Nasi putih separuh, Sayur setengah senduk dan ayam masak kari (bahagian kepak)


Memang betul dah lama aku tak beli nasi...... Tapi dah lama aku tak beli nasi kat kantin ; memang dah hampir setahun. Sebabnya ? Sebab rasa nya yang tak sedap dan juga harga agak mahal compare dengan beli kat luar. Kalau kat luar tu mahal besele juga ; lagipun banyak pilihan. Puas hati.

Semalam buat kesekian kalinya ...hu3...aku terpaksa juga beli kat kantin sebab tak balik umah waktu lunch. Nak kuar malas sebab nak jimat masa. Nak tak nak beli juga le.

Sebungkus nasai cam kat atas tu.....RM4. Korang rasa okay tak? Bukan ape ....memang tak sedap rasanya..:(







MACAM MANA AKU BOLEH LUPA ???

Macam mana aku boleh lupa. Hari ni aku tak drive ; my hubby yang anta. Tapi dah dekat pukul 12:15 t/hari aku boleh wat slumber je tak call dia. Nasib baik dia call aku. Kadang2 my hubby ni kalau tido susah sikit nak tejaga coz dia keje malam tadi.....hu3....

Nasib baik tergerak hati dia untuk call aku...Kalau tak....rest kat surau jelah (12:15 t/hari - 02:45 petang....:(


P/S: Allah juga yang menggerakkan hati kita hamba-Nya....

HARGA RON 95, DIESEL TIDAK NAIK

HARGA petrol RON 95 dan diesel akan kekal walaupun harga minyak dunia meningkat. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam.

Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.


*Sumber - KOSMO

HARI JUMAAT YANG BERBEZA

Hari ni Hari Jumaat. Kalau kat office memang nampak senario hari Jumaat. Yang lelakinya lengkap berbaju Melayu dengan Sampin dan yang wanitanya ramai yang memakai jubah . Memang nampak perbezaan bila tiba hari Jumaat.

So, kawan2 sume sihat ke? Aku bese je.....cuma terganggu sikit dengan ulcer kat mulut ni. Nak makan pun susah ....sakit. Tapi keja tetap kena teruskan.

Agar amalan dan kerja2 kita lebih diberkati mulakan dengan niat yang baik dan selalu ingat pada-Nya......insyaallah.

Khamis, 24 Februari 2011

TIBA-TIBA ............

Tiba2....rasa sejuk je....cuaca gelap..guruh berdentum....kilat sabung-menyabung.......

Rupa2nya hujan kat luar tu. Tau2 jenguk ke luar tingkap......hujan tengah turun dengan lebatnya. Makin sejuk plak kat dalm office ni. Lagi2 dengan staf yang berapa kerat je...yang lain pegi attend Dialog Bulanan. Makin terasa lah kesejukannya....

Apa2 pun nak pesan pada kawan2.....Dalam keadaan hujan lebat ni kalau boleh jangan lah redah juga nak memandu balik . Agak bahaya. Tambah2 lagi macam aku yang office kat atas bukit ni.... Harap2 cepatlah teduh huja ni.

'IMAM MUDA 2' DAPAT SAMBUTAN PELAJAR MESIR

Para peserta menunggu giliran temu duga.


Program 'Imam Muda 2' mendapat sambutan bukan saja dari kalangan peserta yang berada di dalam negara, malah dari pelajar kita yang belajar di MESIR sehingga ada yang sanggup pulang ke tanah air untuk sama2 menyertai uji bakat program itu.

Pastinya 'Imam mUda 2 ' ini akan memaparkan kelainan berbanding Imam Muda 1. Tak sabar aku nak tengok Program ni ; Imam Muda 1 dulu memang aku tak miss menontonnya setiap minggu.

Sesi temuduga seterusnya untuk Imam Muda 2 ini akan diadakan lagi seperti berikut:-

25 – 26 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.

05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Siri pencarian Imam Muda musim kedua bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis (saluran 106) bermula 25 April 2011.

Untuk berita selanjutnya boleh klik di sini - mStar

YEAY2 HARI NI GAJI !

Yeay2! Hari ni gaji....He3.....Sker yang agak terlewat coz dah pukul 1 tengahari baru nak perasan dah gaji. Belum withdraw pun duit gaji sebenornya, saje je nak amik aura sker tu dulu. coz nanti bila dah withdraw gaji tu, banyak le plak cabang2 nya yang nak dibayar. Bese le tu kan...

Hari ni mesti KFC, Mc'D, tak pun PIZZA HUT agak sesak. Sebab gaji baru kuar so bolehle makan besor sikit. Mesti sibuk suasana kat tiga2 tempat nih. Tetiba aku pun teringin rasanya nak pekena KFC. tAK PUN Mushroom Soup kat PIZZA HUT tu. Kalau ada yang nak belanja kecik tapak tangan.....berpuluh2 tapak tangan aku tadahkan.....

Kepada yang tengah makan tu, teruskan makan. Yang belum makan...jangan lupa makan, kang sakit perut susah plak......Selamat menjamu selera ye....:)

1,000 MAUT DI LIBYA

RIBUAN penduduk berhimpun dekat sebuah bangunan mahkamah di Benghazi, Libya semalam


.BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam.

"Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.

Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.

Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.

Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.

Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.

Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters


*Sumber - KOSMO

INILAH DIA BLOGGER TU

Semalam kan aku ada cite tentang kemunculan 1 lagi blogger baru. So hari ni aku nak kongsi sape dia blogger tu dan blognya.

Actually dia ni officemate aku ; 1 intake pun. Nama blognya clubasteriaparadoxepy. Ha3...sedap kan nama blog dia. Jangan sampai tergeliat plak. So boleh le cuba2 terjah ke sana kalau nak tau apa yang ada kat dalamnya ; bak kata saudara shahromnasruddin dalam entry ni..."jom kita follow dia ....tolong rakan2".

Kalau yang kaki bisnes tu memang tak rugi lah masuk blog si epy ni. Ada peluang untuk buat duit kat situ. So ape lagi...jom kita gegar sama dia......


P/S: Ini bukan entry nak promo kawan sendiri...tapi saje nak tolong kengkawan ; teringat masa aku mula2 ada blog dulu. Seronok sangat bila ada kawan baru datang follow kat blog aku.

OFFICE PUN MAKIN CANTIK...

~ Ni kat laluan yang menghubungkan bangunan baru dan lama

~ Ni kat tepi tangga

Sebelum ni aku citer tentang kantin dan surau yang dah berubah wajah. Kali ni nak citer tentang office aku yang makin cantik....*perasan lebey, puji office sendiri....* hu3....

Tapi memang betul...buktinya ada kat dalam gambar tu. Pasu bunga yang diletakkan di setiap laluan yang menghubungkan satu bangunan ke bangunan lain. Ni baru 2 sudut. Belum lagi keseluruhan office aku. Kalau tak caya meh sini datang tengok sendiri...:)



P/S: Macam bese nak ucapkan Selamat berpagi2 untuk korang semua. Petang ni aku ada Dialog Bulanan lagi.....

Rabu, 23 Februari 2011

JOM JOIN FACEBLOG ..

*sila klik di banner Faceblog untuk join.....

Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi hadir ke the faceblog. Tujuan faceblog diwujud ialah atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh malaysia dan dunia amnya. Marilah kita bersatu dan berkerjasama dalam membantu rakan-rakan blogger kita di seluruh malaysia. Sepertifacebook, kami juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara para blogger di seluruh malaysia selaras dengan tema yang kami gunakan iaitu seakan-akan temafacebook. Sertailah kami dan bersama kita memeriahkan dunia blog malaysia.


TERIMA KASIH

'AIR REBUSAN SELUAR SUAMI DIPUJA DALAM 'MANTERA ANJASMORO'

Para pelakon 'Mantera Anjasmoro'.



Merebus seluar pendek suami dan air itu kemudiannya dipuja sebelum diberi kepada suami untuk diminum. Ini yang dipaparkan dalam drama terbaru di TV3 'Mantera Anjasmoro' . MenceritakAn tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya.

Rebus seluar pendek suami dan puja airnya? He3.....ngeri plak aku baca. Nak tau kisah selanjutnya, baca di sini - mStar





MACAM-MACAM CERITA ; TAPI MASALAHNYA KAT SURAU

Dari cerita pasar malam bertukar kepada kisah makanan kegemaran anak2. Tak cukup dengan tu kisah jalan yang selalu jem dan jalan yang tak jem plak. Lepas tu siap bagi panduan kat mana nak beli ikan dan sayur yang murah2 sebab tak semua pasar malam tu murah kata'nya'.

Habis citer ikan beralih plak citer pencen ; tentang jumlah pencen yang akan adpat setiap bulan. Tak abis lagi citer pencen.....tukar lagi topik naik pangkat dan kursus plak. Amboi2, banyak betul cerita ye. Macam2 cerita lagi tu. Banyak idea orang cam gini. Kalau jadi blogger sure boleh popular nih.Agaknya BE hari2 ......ha3...

Tapi masalahnya...tempat yang dia bercerita tu kat tempat orang nak beribadah ; kat surau. Bercerita plak dengan suara yang amatlah kuat. Tu belum lagi part dia jawab telefon sampaikan jemaah lelaki pun boleh dengar perbualan dia agaknya. Azan yang berkumandang pun dia buat2 tak tau je....ghalit bercerita tak henti2.

Dalam hati aku cuma kata ..."Mudah2an Allah bagi petunjuk pada aku dan juga 'dia' tu". (itu je yang mampu aku buat). Petunjuk pada aku supaya jaga adab ; jaga percakapan masa dalam surau. Petunjuk untuk 'dia' plak mudah2an dia takkan ulangi perlakuan macam tu lagi lain kali. Yelah sapelah kita nak 'menghukum' dia kannnnnnnnnnn...



P/S: Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah 'guru' buat kita...

CEMBURU BUTA PUNYA PASAL..SAMPAI TETAK SUAMI

JURUTEKNIK menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebaik keluar dari wad hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh, Jumaat lalu.



Agaknya kerana cerita2 yang cam ginilah terciptanya istilah 'cemburu buta' ; cemburu tak bertempat. Memang keterlaluan bila seorang suami ditetak dengan pisau pemotong sayur oleh isterinya sendiri kerana sikap cemburu buta si isteri.

Malah si suami yang cedera itu juga turut dikurung di dalam rumah supaya dia tidak keluar mendapatkan rawatan dari doktor dan meminta bantuan polis.

Inilah yang berlaku kepada seorang suami seperti yang dilaporkan dalam BERITA HARIAN hari ini.


*Sumber - BERITA HARIAN

KEMUNCULAN 1 LAGI BLOGGER

Ha3......Jangan suspen plak baca tajuk entry nih. Kemunculan 1 lagi blogger. Ni sebab dah terkena 'panahan blogging' aku le nih. Sorang officemate aku, rupa2nya dah bukak blog. Dalam diam2 je ; tapi tadi terkantoi masa aku lalu kat belakang dia nampak macam skrin yang bese kita nak wat new entry tu.

Rupa2nya dia pun dah ada blog. Bila aku tegur ...slumber je dia cakap.." Takkan ko je kak nak ada blog, aku pun dah ada blog lah".

Cayalah epy! Keep it up. Kita sama2 meriahkan dunia blogging ni ye.



P/S: Aku cuba search blog dia tapi tak jumpa ..maybe sebab baru lagi kot. Nanti bila dia follow aku...aku citer lagi ek...:)

5 MINIT UNTUK INI ..

5 minit lagi nak ke surau. Bukak blog jap. Nak update lagi. Sambil2 baca komen dari kawan2. Alhamdulillah baru lepas lunch tadi. Makan sorang2 coz kawan2 ada yang balik dan ada yang tak masuk office sebab ada kursus tadi.

Sorang pun sorang lah ; janji makan alas perut. Nanti bila dah pukul 3 petang baru perut nak berbunyi2 mintak diisi, lagilah haru.

Ada ke yang tengah makan ni? Mana tau sambil makan sambil update entry atau bw. Baik2 jangan samapai tercekik sudaaaaaaaaaaaaaaa.Doa makan jangan lupa. Sebelum dan selepas. Bukan apa biar berkat makanan tu. Kita ni buat apa pun keberkatan tu yang penting. Yelah, mudah2an kannnnnnnnnnnnnn....

Okaylah cukuplah dulu. 5 minit untuk 1 entry ni; bak kata ben ashaari dalam entry beliau tadi. Tapi jangan kata aku copyright entry dia plak. Tak de copy2 ye ben....he3..

MY PRINCESS .. TAKE CARE SWEETHEART

~ I really love my princess...my sweetheart....

~ Harap2 my princess boleh bersekolah cam bese....


Hari ni my princess dah mula kurang panas badannya dan dia pun ada cakap nak pegi sekolah hari ni. Harap2 dia betul2 sembuh lah naknye. risau aku bila dia demam ; on and off plak tu. Kejap sejuk kejap panas badannya.

Tapi baru kejap tadi aku call, dia kata dia dah okay. Tengah bersiap2 nak pegi sekolah. Cuma suara dia je serak sikit coz masih batuk2 lagi. Harap2 dia okaylah kat sekolah nanti....



P/S: Aku siap pesan macam2 suruh dia bawak ubat n minyak cap kapak ke sekolah....Memang dia dah 14 tahun ; dah besor. tapi aku rasa dia 'kecik' je lagi....

YANG DIORDER DAH SAMPAI ..

~ TQ B..I LAP U...Heh3....


Apa yang aku order aku dah sampai......Memang tip top punya service. He3... Tq to my dear hubby coz sudi tapaukan nasi dan lauk untuk aku. Tak sampai setengah jam order...dah pun sampai apa yang diminta. Memang service first class nih....

So menu aku tengahari ni adalah :-

  • NASI PUTIH
  • IKAN GORENG
  • KACANG PANJANG GORENG DENGAN HATI AYAM.

Sayur kacang tu je yang beli. Nasi dan ikan tu hasil rumah sendiri hokay .Ada sape2 nak teman kan aku makan nanti?....*perasan je kan aku ni....*

NASI PUTIH, IKAN GORENG DAN SATU JENIS SAYUR ..

Nasi putih, ikan goreng dan 1 jenis sayur ; tak kisah le sayur ape pun . Coz sume jenis sayur aku makan asalkan halal.

Eh2.....ni citer ape , tetiba cakap pasal nasi dan lauk bagai nih. He3.....actually ni menu yang aku plan untuk lunch hari nih. Aku mintak my hubby tapaukan je nasi dan ikan goreng kat umah tu. Sayur mintak dia belikan yang dah siap masak. Malas nak balik rasanya tengahari ni. Tak de kelam kabut sangat . Boleh jimat masa.

Surau pun dah besar ; selesa je nak solat kat surau office. So tak payah le aku nak balik lagi waktu lunch ....lagi2 sekarang dengan cuaca panas terik. Nak drive pun sakit je mata.

Korang camne? Balik ke?

MALAYSIA VS PAKISTAN

PEMAIN Malaysia menjalani sesi latihan ringan di Stadium Shah Alam malam semalam





MALAYSIA perlu mencatat kemenangan besar ke atas Pakistan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam ini.

Hanya dengan cara ini sahaja skuad negara akan memperoleh bekalan selesa untuk menghadapi aksi kedua di Lahore pada 9 Mac ini.

Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, para pemain sudah bersedia untuk turun dengan aksi terbaik mereka bagi merealisasikan objektif itu.

“Sudah tentu kita mahukan kemenangan pada aksi pertama di gelanggang sendiri ini. Tapi kita mahukan satu kemenangan yang besar.

“Jadi kita akan cuba sedaya upaya. Jika perlu memasukkan lebih ramai pemain serangan, kita akan lakukannya.

“Saya mahu pemain fokus memikirkan apa yang perlu dilakukan esok (malam ini) berbanding terlalu memikirkan apa yang Pakistan lakukan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.


*Sumber - KOSMO

HADIAH KOMEN BERTUAH DAH SAMPAI





Alhamdulillah atas rezeki yang aku dapat semalam dan insyaallah hari ni. Semalam dah dapat hadiah Komen Bertuah dari Blogger Kancilbiru ; LACTO-LITE sejenis minuman kesihatan. Kalau nak tau lebih2 tentang minuman ni kenelah berurusan dengan kancilbiru...

Seronok bila dapat hadiah ni. Boleh memotivasikan lagi diri. Tak kisahle hadiah apa sekalipun ; asalkan namanya hadiah.....tapi benda2 yang elok le, bukannya yang memudaratkan. Terima kasih untuk kancilbiru ye. Mudah2an murah le rezeki...:)

Amacam? Ada ke kawan2 yang dapat hadiah pagi ni? Hadiah breakfast yang ditaja ke? Heh3.....

Selasa, 22 Februari 2011

UBAT OH UBAT

~ Ubat oh ubat ..

~ 4-5 jenis ubat plus ubat batuk untuk my princess...sian dia..:(


Punyalah banyak ubat yang my princess kena makan. Kesian dia. Nasib baik dia jenis yang tak susah makan ubat *macam aku...hu3...* Dia siap pesan mintak aku ingatkan dia makan ubat bila dah cukup masanya.


P/S; May be dia pun dah letih asyik baring je. Harap2 di cepat sembuh.....

CEKODOK PISANG DAN BUAH MELAKA

~ Cekodok pisang

~ Buah Melaka



Cekodok pisang dan Buah Melaka ; menu untuk minum petang tadi. Hari ni aku balik awal sikit coz my princess masih demam . Kesian dia. Semalam ke KPMC, dah makan ubat dan dapat 1 hari MC ........Tapi hari ni masih tak sihat lagi.

So my hubby bawak plak dia ke Klinik Kesihatan Semenyih. Doktor kata kat bahagian dalam tekak dia bengkak. Lagi 5 jenis ubat doktor bagi termasuk ubat batuk. Harap cepat susut demamnya nanti....

Citer semula pasal Buah Melaka tu, dulu masa sekolah aku amik Ekonomi Rumahtangga . Masa kelas masakan adalah sekali tu buat buah Melaka ni. Seronok bentuk2an kuih tu bulat2 je.....:)

Cekodok pisang lagi senang. Lenyek2 je pisang ; nak blender pun boleh. Campurkan dengan tepung dan garam sikit. Ada orang sker letak yis. Terpulang pada citarasa masing2. Yang pasti cekodok pisang ni memang evergreen........Sampai bila2 pun tetap diminati.....he3......

HEARTBEAT NOTICE


Aku saje nak share Notis yang ada dalam Akaun Hearbeat aku hari ni ( sebelum ni may be aku yang tak perasan). Atau pun memang korang pun received Notis yang sama?

Kandungan yang dinyatakan dalam notis tu......


NOTICE:
Thanks for supporting HeartBeat.my through HB!Affiliate. Recently, we found that some of our affiliates are using some illegal tricks to generate "invalid" visits to HeartBeat.my.

To be fair for all our affiliates and protect HeartBeat.my, we will be analysing all the visits from time to time. If affiliate is verified to be involving in such activity, we will forfeit all the earning and suspend the account permanently.

Thanks again and we hope to issue you a cheque in a shorter time.


P/S:Korang dapat tak (kepada kawan2 yang ada join Heartbeat)



SYOKNYA DAPAT BE KE-2 TAHUN NI...


Syoknya bila cek akaun NUFFNANG tadi ada 1 BE menempek kat blog aku nih ; MAXIS HTC Maroon SS. Itulah BE nya. Rasanya baru hari ni ada coz semalam aku cek belum ada apa2 BE kat blog nih.

Alhamdulillah murah rezeki....:)


P/S: Terima kasih unuuk kengkawan yang datang berkunjung ke blog ni. Really appreciated all of you...:)

BILA BLACKOUT ..

Tengah syok buat keje tiba-tiba je 'blackout'...2 kali plak tu. Terpaksa bukak ,mata besor2 coz nak tengok tulisan kat PC nih. Bila blackout tadi serentak jugalah bunyi mengeluh kedengaran. Macam irama yang dicipta2 plak....hu3.....

Itu baru sikit, baru blackout kat office. Itu pun sekejap. Tak sampai 1/2 jam pun. Itupun kita dah rasa suasana gelap sangat. Nikmat elektrik yang 'ditarik' sekejap. Cuba bayangkan nikmat lain yang lebih besar yang Allah bagi...Nikmat melihat dengan mata, nikmat mendengar dengan telinga, nikmat bersuara dengan mulut, nikmat merasa dengan lidah dan pelbagai nikmat lagi yang tiada tolok bandingnya.

Cuba bayangkan kalau salah satu (salah satu ye....bukan semua) ditarik balik sekelip mata. Apa yang kita rasa? Mesti gelisah dan tak menentu kan. Jadi kerana itu hargailah semua nikmat yang Allah beri kepada kita. Gunakannya sebaiknya dengan cara yang betul dan diredhai. Mudah2an nikmat itu terus berpanjangan dan semakin diberkati lagi.


P/S: Kerana siapalah kita yang boleh mengatakan ...." Segala yang aku miliki ini aku yang punya". Allah lebih berkuasa ke atas segala2nya.

BERPAGI-PAGI DAN AMALAN MURAH REZEKI

Alhamdulillah berpagi2 lagi kita hari ni. Masih ada ruang yang diberikan-nya untuk menikmati keindahan di muka bumi ini. Lagi pun berpagi2 itu kan ada keberkatan. Berpagi2 juga salah satu punca dimurahkan rezeki kita.

Mesti ramai yang sker kalau bercerita tentang murah rezeki. Rezeki dari Allah ; mohon pada-Nya selalu. Mudah2an murah rezeki kita. Selain itu antara amalan yang boleh dilakukan untuk murah rezeki seperti yang aku dapat melalui Program 'Tanyalah Ustaz' malam tadi :-

1. Beristighfar
2. Banyakkan berzikir (Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar)
3. Solat sunat Dhuha (kalau tidak mengganggu tugasan kita )
4. Amalkan membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam
5. Menjaga silaturrahim sesama ahli keluarga
6. Bijak berbelanja
7. Mendirikan rumahtangga ( Ini untuk yang belum berumahtangga lah ye. Yang sudah tu...baca je hokay...:)

Banyakkan amalan yang boleh kita buat. Tak dapat buat semua ; jangan sampai tinggal semua. Macam berzikir tu sambil2 kita buat keje...sambil2 kita menaip ni....boleh berzikir. Banyak keberkatannya.

Mudah2an kita sama2 dapat kebaikannya.Insyaallah.....

Isnin, 21 Februari 2011

BLOGGING BERTEMANKAN ORANG DEMAM

Dah hampir pukul 10 malam. Aku blogging bertemankan orang yang demam . My princess lah, sape lagi. Makin panas plak badan dia.Kesian...dah lama tak demam tetiba demam. Harap2 dia cepat lah sembuh.

Sambil tu sambil layan citer Awan Dania kat ASTRO RIA. Actually mata agak mengantuk, tapi disebabkan siang tadi tak de ruang sangat nak berblogging...so aku amik le msa sikit malam ni untuk update dan blogwalking.

Korang dah ngantuk juga ke? Takut2 ada yang pejam mata sambil menaip tu....hu3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs