UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 14 Februari 2011

JOM MAKAN TOMYAM CAMPUR MASAKAN SENDIRI

~ Tomyam Campur ....Boleh masukkan apa2 ikut sker....he3....


Jom makan Tomyam Campur hasil masakan sendiri! Kadang2 asyik makan masakan kat kedai tu jemu juga kan. Lagipun masak Tomyam Campur ni senang je. Main masuk2, campak2 dan campur2 je....Tau2 dah siap.....:)

Kebetulan dah lama tak masak Tomyam ni. So semalam kena plak cuti.....Adalah masa yang banyak untuk masak yang berkuah2 cam gini. Selalu2 tu masak yang simple2 je. Yang tak guna banyak bahan. Dan aku bertuah sebab bahan2 Tomyam Campur dah disediakan dengan jayanya oleh my hubby ; selaku pembantu chef untuk tempoh yang singkat...heh3....


BAHAN2 NYA:-


1. Ayam, udang dan sotong yang sudah dibersihkan. Jumlah ikut sker. Ayam tu plak kalau aku sker potong kecik2 je....

2. Bunga kobis, 1 biji tomato (dibelah 4), sebatang lobak merah, bawang besar dipotong bulat ; aku sker masukkan bawang besar sebab rasanya yang manis.

3. 4-5 Biji cili padi dan sebatang serai (diketuk) - tak de dalam gambar lupa nak snap.

4. 2 kiub Pati Tomyam



CARA2 MEMBUATNYA:-

1. Masak air dalam periuk sampai mendidih (Lebih kurang 1000 ml / 1 botol air mineral yang besar tu).

2. Bila air dah mendidih, masukkan kiub Pati Tomyam bersama2 cili padi dan serai tadi.

3. Bila kuah dah mula sebati dengan kiub masukkan ayam terlebih dahulu dan juga bunga kobis serta carrot tadi.

4. Kemudian bila kuah mula mendidih dan ayam dah mula empuk, masukkan plak bawang besar yang dipotong bulat bersama2 sotong dan udang tadi. Sotong dan udang masukkan akhir sekali coz tak perlu masak lama sangat nanti isi udang dan sotong jadi keras dan kurang manisnya.

5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa sedikit. Kalau tak nak serbuk perasa pun tak pe. Akhir sekali baru masukkan Buah tomato yang dibelah tadi.

6. Bila siap, bolehlah dihidangkan.


Kan ke keje senang tu......Main campak2......campur2....dan kacau2 je......:)



P/S: Makan Tomyam ni lebih sedap kalau ada ikan masin sekali. Makan plak dengan nasi panas!.....perghhhhhhh.....meletops!!!




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kecur2... huhuh... sedap!!

Shafa berkata...

tambah plak ada sambal belacan.. sedap!!!

Unknown berkata...

mmmm...sedapppnyeee kalu ado mcm2 seafood kt dlm tuuu....betoll tu apo kato Shafa tuu...sedappp kalu ado SAMBAL BELACHANN...

ejaMaria berkata...

akak plak suke klu ade telur dadar... perghhh... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs