UpDaTeR

Pengikut

Pages

Ahad, 27 Februari 2011

SIAPA KITA NAK MENGHUKUM INSAN LAIN ....

Sejahat manapun anggapan seorang insan terhadap insan yang lain....kalau Allah nak bagi 'dia ' hidayah sekelip mata dia boleh berubah. Mungkin 'dia' boleh berubah lebih baik dari 'orang' yang menganggapnya jahat.

Kerana siapa kita nak menghukum insan lain ; mengatakan dia baik atau pun jahat.Kita pun belum tentu baik ataupun betul. Hanya Allah yang lebih Mengetahui.

Siapa pun kita, selagi kita bergelar manusia, takkan ada manusia yang tidak berbuat kesilapan. Kemahuan diri sendiri untuk berubah itu yang perlu. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang insan, selagi insan itu sendiri tidak mahu mengubahnya.

Ingat sesuatu....kita hidup bukan kerana puji dan tak mati dek kerana keji. Dengan izin Allah juga semuanya berlaku. Bukan pujian dan kejian jadi penentu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs