UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 9 Disember 2011

KEMATIAN SUATU KEINSAFAN KEPADA KITA YANG MASIH DIPANJANGKAN USIA

Setelah lebih kurang 2 minggu tak ada kesempatan nak update blog ; baru hari ni ada ruang untuk kembali 'bercerita'. Bukannya disengajakan ...selain daripada kekangan masa dengan keje-keje hakiki kat office , ada beberapa perkara yang berlaku selama 2 minggu ini.....

First of all, terima kasih kepada kawan-kawan yang sempat mendoakan kesihatan abang ipar aku yang admitted kerana stroke sblm ni ; TAPI Allah lebih sayangkan dia. Selepas 7 hari bertahan dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia menghembuskan nafas terakhirnya pada subuh Sabtu ; 26/11/2011 yang lalu. Al-Fatihah untuk aruah. Mudah-mudahan roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.....amin.

Pemergian beliau di saat Maal Hijrah terlalu hampir untuk menampakkan sinarnya. Dan kehadiran Maal Hijrah kali ini benar-benar bererti buatku. Dengan suasana kehilangan abang ipar yang baru aku terima......betapa kematian itu memang memberikan suatu keinsafan buat kita yang masih dipanjangkan usia, andai hati sering berharap akan petunjuk dan hidayah dari-Nya. Alhamdulillah kerana Allah memberiku kekuatan untuk merendahkan diri..mengakui kelemahan....beralah demi silaturrahim yang lebih utama. Betapa kini aku merasakan kemaafan itu adalah amat indah andai kita mampu melakukan dan merasakannya.Terima kasih Ya Allah...

Dan sejak daripada hari itu, satu demi satu berita kematian aku terima dalam tempoh 2 minggu...bermula dengan abang ipar meninggal dunia ......kemudian pada petang4/12/2011; Makngah ( kakak ipar kepada aruah abah aku) pulak meninggal dunia kerana sakit tua. Hari yang sama juga bekas rakan sekolah semasa di sekolah menengah dulu turut menghembuskan nafas terakhirnya setelah beberapa hari di masukkan ke hospital.....Tak habis di situ, satu lagi berita sedih aku terima pada keesokan harinya, bila adik ipar kepada my litle sista Areleez meninggal dunia ketika tidur ; cuma disedari oleh ibunya bila nak kejutkan aruah bangun waktu pagi. Menurut doktor punca kematiannya kerana jantung berair....Sedih..sayu..insaf...takut....bermacam-macam perasaan datang dalam diri. Yang pasti dalam setiap 'kematian' itu, aku makin menghargai nyawa yang Dia kurniakan . Betapa ajal itu tidak mengenal usia..... Kerana itu jalani hidup ini dengan bahagia dan apa adanya. Di samping terus berusaha dan mengharap hanya pada-Nya...


Aruah abang ipar ;duduk dari kiri no 2 (baju Melayu hitam)....



Banyak perkara yang telah berlaku dalam kehidupan aku sehingga ke saat ini, membuat aku merenung kembali kelemahan diri sendiri.....dan cuba merendahkan ego sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri...alhamdulillah

Segalanya bermula dari hati.....Dan insyaallah selepas ini akau akan cuba dan sentiasa berusaha untuk menjaga hati.....agar hati lebih redha dan tenang dengan apa yang terjadi dan apa yang dimiliki.....


Moga sinar bahagia, rahmat serta perlindungan-Nya akan terus bersama-samaku sentiasa. Mudah-mudahan.....

Aku turut mengharapkan senyuman ini bukan hanya diwajah ....tapi senyuman yang lahir dari hati yang diredhai-Nya.....Amin


'Ya Allah aku bersyukur dengan hidayah dan rahmat dari-Mu. Kekalkan aku agar sentiasa bersyukur dan kekal taat pada perintah-Mu.....'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs