UpDaTeR

Pengikut

Pages

Ahad, 26 Jun 2011

BE DATANG LAGI ..YEAY!

~ Yeay2! Dapat 2 BE...

~ Dalam hati ada taman bila dapat 2 BE....:) bebunga-bunga hati rasanye....


Setelah 6 hari 'senyap' dari mengupdate ; selepas entry ni yang aku update pada 20/6/2011......hari ni bila cek akaun Nuffnang, hati terus ada taman......:)

Mana taknya dapat BE ; Ada 2 sekali. Alhamdulillah, rezeki kan. Terima kasih untuk En Nuffnang yang masih sudi bagi BE kat blog ni. Terima kasih juga untuk kengkawan yang tak jemu2 datang singgah ke blog ni.

Aku macam beselah masih busy dengan keje2 kat office. Banyak program yang dah diaturkan sana -sini. Tapi alhamdulillah masih sempat menerima tetamu yang datang bertandang ke rumah aku pagi tadi.......*abang ipar aku datang dari Melaka dengan wife dan anak2 dia..:)*


P/S: Seronok dapat jumpa dengan adik-beradik yang datang bertandang. Asam Pedas yang aku masak kira sold-out le juga.....he3....


Isnin, 20 Jun 2011

HAPPY FATHER'S DAY...ESPECIALLY TO MY BELOVED HUBBY...


Happy Father's Day @ Selamat Hari Bapa....teristimewa buat my beloved hubby. Mudah2an akan jadi bapa yang baik, penyayang, beriman dan bertanggungjawab. Insyaallah.

Juga buat semua rakan2 blogger yang bergelar bapa dan bakal bergelar bapa.......Dan juga buat semua rakan2 blogger yang bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dipanggil 'bapa' dan kepada bakal2 isteri yang akan diperisterikan oleh bakal 'bapa2' ini......hu3...*faham ke ayat nih?*

Tak kisah lah. Mudah2an semua 'bapa2' ini akan terus ikhlas menjaga, mendidik dan membimbing anak2 menjadi insan yang berjaya di dunia sampai akhirat nanti.

HAPPY FATHER'S DAY.......


*Entry terbaru selepas 2 minggu aku tak de kesempatan jenguk blog sendiri...apelagi blog kengkawan....hu3.....BUSY......

Isnin, 6 Jun 2011

HAI KORANG......DAH 5 HARI TAK UPDATE BLOG


Dah masuk 6/6/2011 ; ni bermakna dah 5 hari aku tak update blog. Bw pun ntah ke mana. Hadoiyai!!!!!! Tak taulah bila kebusyan aku ni nak abis.Hu3.......Ni sebab dah tension sangat ; tu yang curi2 juga masa update nih.

Rindu dengan blog kengkawan sume.Lama gak tak menyinggah ke blog korang. Hari ni masuk je keje pagi2 lagi dah mengadap komputer . Agaknya komputer pon dah menyampah tengokmuka aku.

Hajat hati nak join senamrobik petang ni.......tapi tak taule jadi ke tidak. Ni pun dah letih je rasanya.....:(

Rabu, 1 Jun 2011

KORANG SEBUT NI APA? GETUK UBI KANNNNN

Aku panggil ni getuk ubi....

Korang sker tak makan ni? Aku panggil ni getuk ubi. Ubi kayu rebus yang dilenyek dan dikepal bulat dan kemudian digoreng.Aku sker makan getuk ubi ni cicah sambal ikan bilis. Sedapppppp.Kat depan Masjid Kajang ada gerai menjual getuk ubi nih. Kalau pakcik tu tak meniaga .....tak dapat le aku nak makan getuk ubi.Sesuai gak untuk minum petang nih...

BAKAL PENGANTIN NYARIS KE LOMBOK

IBNU SINA menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap seorang lelaki yang ingin melarikan Nurul ke Lombok ketika ditemui di Kota Masai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Tindakan pantas seorang bapa menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengesan anak perempuannya yang bakal berkahwin pada Sabtu ini dapat menyelamatkan wanita berkenaan daripada dilarikan seorang lelaki ke Lombok pada 9 Mei lalu.

Ibnu Sina, 50, mendakwa, dia menyedari kejadian itu pada pukul 4 pagi apabila mendapati anaknya yang dikenali sebagai Nurul, 21, hilang ketika dia bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Katanya, dia terus memberitahu penduduk kampung sebelum anak kedua daripada lapan beradik itu dikesan di laluan 'tikus' di Ulu Tiram di sini yang biasa digunakan oleh warga asing untuk pulang ke Indonesia.

"Dalam SMS itu, saya nyatakan segala maklumat peribadi mengenai anak saya sebelum seorang tekong bot di situ dapat mengesan Nurul sebelum dia dilarikan ke Lombok.

"Ketika disoal, lelaki Lombok yang dikenali sebagai Hasan Basri berusia 24 tahun itu memberitahu wanita itu berketurunan India namun pemeriksaan pada Mykad menunjukkan namanya sama dengan SMS yang diterima," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai di sini semalam.

Tambahnya, lelaki Lombok itu kemudian dibelasah sebelum diserahkan kepada polis

*Sumber - KOSMO


P/S: Berhati2 lah kepada anak2 gadis sume ye....Menyesal dahulu pendapatan ; menyesal kemudian tidak berguna....

TAK TAU NAK MAKAN APA?

Gambar tuan tanah wajib ada ; sory le kalau tak de kene -mengene ngan entry...:)

.....Ada orang sker makan nasi lemak daun pisang cam gini

Ade ke pagi2 ni yang dah kering idea ; tak tau nak makan apa.......Besele kan, kadang2 memang macam tu. Selera tetiba je cam tak berapa nak makan. Faktor umur pon may be juga .....faktor tekanan keje pon boleh jadi juga...dan faktor kewangan pon menyumbang gak tu....he3...

Apa2 pon terpulang le pada diri masing2 nak pilih makanan. Asalkan tak membazir sudah. Kalau tak selera nak makan maybe minum je. Kalau tak selera juga nak minum.........ajak member keluar dan belanja memeber makan pon okay kot.....:P


P/S: Dah 1 Jun hari ni. Dah setengah tahun kita di dalam tahun 2011. Cepat je rasanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs