UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Surau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Surau. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mac 2011

JOM MAKAN !

~ Bawak bekal....Nasi putih, Bayam goreng dan Telur goreng kicap


Korang dah makan? Jom makan......Hari ni aku tapau lagi ; Nasi putih, Bayam goreng dan Telur goreng kicap. Sayur wajib ada, Kalau makan tak de sayur rasa ada je yang tak cukup. Nasi sikit tak pe....tapi sayur kasi lebih...

Korang makan ape? Bismillah dulu ye. Tangan tu jangan lupa cuci dulu......Dah lepas makan ni boleh le update blog sekejap sementara nak ke surau ; solat Zuhur.

Sekarang ni dah malas nak balik umah. Rehat kat office lagi selesa. Tak de terkejar2 sangat. Masa 1 jam tu bukannya panjang ; cam suntuk je. Dok kat office ni lagi okay....sejuk.....relax...sambil2 tu boleh update blog.....:)

Rabu, 23 Februari 2011

MACAM-MACAM CERITA ; TAPI MASALAHNYA KAT SURAU

Dari cerita pasar malam bertukar kepada kisah makanan kegemaran anak2. Tak cukup dengan tu kisah jalan yang selalu jem dan jalan yang tak jem plak. Lepas tu siap bagi panduan kat mana nak beli ikan dan sayur yang murah2 sebab tak semua pasar malam tu murah kata'nya'.

Habis citer ikan beralih plak citer pencen ; tentang jumlah pencen yang akan adpat setiap bulan. Tak abis lagi citer pencen.....tukar lagi topik naik pangkat dan kursus plak. Amboi2, banyak betul cerita ye. Macam2 cerita lagi tu. Banyak idea orang cam gini. Kalau jadi blogger sure boleh popular nih.Agaknya BE hari2 ......ha3...

Tapi masalahnya...tempat yang dia bercerita tu kat tempat orang nak beribadah ; kat surau. Bercerita plak dengan suara yang amatlah kuat. Tu belum lagi part dia jawab telefon sampaikan jemaah lelaki pun boleh dengar perbualan dia agaknya. Azan yang berkumandang pun dia buat2 tak tau je....ghalit bercerita tak henti2.

Dalam hati aku cuma kata ..."Mudah2an Allah bagi petunjuk pada aku dan juga 'dia' tu". (itu je yang mampu aku buat). Petunjuk pada aku supaya jaga adab ; jaga percakapan masa dalam surau. Petunjuk untuk 'dia' plak mudah2an dia takkan ulangi perlakuan macam tu lagi lain kali. Yelah sapelah kita nak 'menghukum' dia kannnnnnnnnnn...



P/S: Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah 'guru' buat kita...

NASI PUTIH, IKAN GORENG DAN SATU JENIS SAYUR ..

Nasi putih, ikan goreng dan 1 jenis sayur ; tak kisah le sayur ape pun . Coz sume jenis sayur aku makan asalkan halal.

Eh2.....ni citer ape , tetiba cakap pasal nasi dan lauk bagai nih. He3.....actually ni menu yang aku plan untuk lunch hari nih. Aku mintak my hubby tapaukan je nasi dan ikan goreng kat umah tu. Sayur mintak dia belikan yang dah siap masak. Malas nak balik rasanya tengahari ni. Tak de kelam kabut sangat . Boleh jimat masa.

Surau pun dah besar ; selesa je nak solat kat surau office. So tak payah le aku nak balik lagi waktu lunch ....lagi2 sekarang dengan cuaca panas terik. Nak drive pun sakit je mata.

Korang camne? Balik ke?

Khamis, 17 Februari 2011

SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI .. SURAU UNTUK DIIMARAHKAN

Alhamdulillah bila tengok surau office ni dah makin cantik..makin luas..makin selesa, macam yang aku citer kat sini.

Dan di surau itu jugalah hati2 kami dah bertaut kembali. Syukur pada Allah.Paling tidak pun selesa keje kat tempat yang menyediakan tempat selesa untuk kita menunaikan kewajipan kita pada-Nya.

Cuma yang sedihnya, bila surau dijadikan tempat persinggahan.....setakat tempat untuk menukar baju.....tudung dan perkara2 lain. Bukanlah nak tunjuk kuasa (siapalah aku pun nak tunjuk kuasa...staff bese2 je )...cuma agak terkesan juga di hati, bila ada hamba Allah yang datang ke surau tu sekadar nak menukar baju.

Dan ada yang memang datang untuk bersolat...tapi boleh plak terlepas cakap ...."Sebab ada hal petang ni...tu yang solat AWAL sikit tu...." Means, kerana ada hal jelah baru surau itu kita singgah.....kerana ada hal jelah, baru kita solat di awal waktu....dan kerana -kerana bersebab jelah surau itu ada tetamunya.....

Entry untuk mengingatkan diri sendiri. Teringat kata2 seorang rakan di sini...surau untuk diimarahkan....* sekadar peringatan untuk diri sendiri....*

Jumaat, 11 Februari 2011

SURAU MENYATUKAN SEMULA HATI -HATI KAMI ...

~ Surau..tempat ibadah yang juga mampu menyatukan hati2 yang ingin selalu dekat dengan Allah.... Gambar ihsan google


Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku nak kongsi satu kisah benar yang aku alami sendiri. Alkisahnya, sebelum ni ada perselisihan antara aku dengan bekas kawan serumah aku. Bukan bertengkar pun cuma aku terasa dengan kata2 yang aku anggap tak sepatutnya keluar dari seorang yang lebih muda dari aku.

So, since that day lepas aku pindah dari umah dan sampai semalam aku dengan diaorang (3 orang) tak ada lagi bersembang macam biasa. Setakat pandang2 senyum gitu jelah. Tapi bukan lah masam muka ; cuma tak mesra macam dulu lagi.

Tapi semalam lepas aku solat Asar kat surau office aku.... 'kawan2 ' aku tu pun datang untuk menunaikan solat juga. Bila aku perasan dengan kedatangan mereka...terus terlintas dalam hati aku untuk menegur. Teguran ku disambut dengan baik. Selama ini pun aku memang nak tegur tapi ...mungkin masa yang kurang sesuai. Tapi since aku pindah dari umah tu ,aku memang pasang niat takkan benci pada diaorang yang aku anggap adik2 tu...dan kalau ada ruang aku nak jalinkan semula hubungan kami semula yang agak renggang.

Benarlah sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Mungkin berkat surau yang kita muliakan sebagai tempat ibadah dan niat kita sendiri yang inginkan kebaikan......alhamdulillah Allah dah tunjukkan jalannya kepda aku semalam. Dan di surau itulah juga hati kami bersatu semula dengan kuasa dari-Nya yang Maha Berkuasa mengetahui hati hamba2-nya....Allahuakbar. Syukur pada -Mu Ya Allah.


* Dalam apa juga situasi, muhasabah diri sendiri itu yang perlu kerana takkan ada jalan penyelesaian kalau kita hanya menuding jari kepada orang lain sahaja......Kerana kita juga tidak sempurna..

Rabu, 17 November 2010

KECURIAN BARANG DI R&R DAN SURAU

Baru je balik dari kuar shopping! Heh3.....Best dapat shopping hari raya ni, coz tak berapa ramai orang. Rasa tenang je.........

Keluar pukul 3:30 petang. Tak jauh pun ; Alamanda je....(Alamanda lagi......hu3......) Pusing punya pusing dan makan2.......rupa2nya dah masuk waktu solat.Terus le ke surau yang disediakan. Tempat pun selesa dengan kemudahan berwuduk dan telekung yang disediakan.

Jenguk ke tempat Wudhu'.......ada 2-3 orang tengah ambil Wudhu'. Masih ada tempat yang kosong.......TAPI.........Aku lebih selesa menunggu tempat wudhu' di sebelah tepi sekali coz disediakan tempat meletak beg . Bukan apa.....memang lah surau tempat beribadah.....tapi tak mustahil boleh berlaku 'kehilangan barang' juga......Tu yang kena hati-hati tu!

* Rasa cuak sebab minggu lepas seorang teman telah kehilangan beg tangan semasa singgah di satu R&R.........Kena curi semasa singgah solat!!!

Jumaat, 3 September 2010

SURAU YANG BANYAK BERJASA

~ Wif my princess


Since aku dah sampai kat umah lama aku masa kecik2 dulu, so aku pun amik kesempatan tu untuk pegi ke surau yang berhampiran dengan umah tu. Kat surau tulah aku selalu ikut aruah abah waktu Maghrib untuk solat berjemaah. Masa tu abah adalah salah sorang imam di kampung tu.

Masih kukuh lagi surau tu. Surau tu juga banyak menyumbangkan jasanya untuk aku. Tempat aku belajar mengaji dengan anak2 lain dikampung tu. Aruah abah lah yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar mengaji. Kadang2 abah mengajar di rumah je. Masa tu aku berumur dalam 4-6 tahun.

~ Di hadapan surau.......


Banyak betul kenangan manis aku dengan aruh abah di surau tu. Rasa sayu sekali lagi. Terbayang2 suara abah mengaji...........Sedih rasanya. Terima kasih yang tak terhingga buat aruah yang banyak mengajarkan ilmu kepada aku. Jasa beliau sukar untuk kubalas dalam bentuk apa jua sekalipun.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs