UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Senamrobik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Senamrobik. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mac 2011

SENAMROBIK DALAM HUJAN...

HA3......Best kan main hujan? Dulu masa kecik2 sker sangat main hujan. Kalau takut mak tau....sanggup sorok2 main hujan. Rasa dah happening sangat bila dapat rasa air hujan kena badan nih....Ha3...

Tapi bila umur dah macam sekarang ni.....stil sker main hujan sesekali. Macam semalam semangat nak bersenamrobik punya pasal ; walaupun hujan gagahkan juga. Mula2 tu cuaca okay je...memang mendung sikit....tapi dah 15 minit pas tu tetiba hujan.

Lagu plak tengah rancak so kami teruskan je bersenam kat atas pentas sekali dengan instructor senamrobik tu. Memang kecoh dibuatnya. ha3....Bayangkan kalau pentas yang boleh muat 5-10 orang ; jadi penuh sampai 30 orang....Tak kecoh ke jadinya...

Sampai sudah le kami bersenam dalam keadaan hujan. Cuma ada bumbung sikit je . Tak delah basah sangat. Memang best....hujan2 pun tetap kuar peluh!

Isnin, 28 Februari 2011

JOM SENAMROBIK !

Petang ni senamrobik macam bese. Jadual mingguan untuk satff di sini. Ni dikira latihan kecergasan jugalah untuk staff kat sini. 1 jam ; sekali seminggu kira okaylah. Tak delah mengganggu sangat jadual kita yang lain kalau diuruskan betul2 kannnn.

Jom sape2 nak ikut aku bersenamrobik hari nih. Kita sama bermambo dan berpoco2 hari nih...Chicken dance jangan dilupa...ha3.....

Isnin, 14 Februari 2011

BADAN SIHAT, KAWAN PUN BERTAMBAH

Selamat petang sume, dah pukul 5 lebih sekarang ni. May be sekarang ni aku dah terpacak kat padang tu untuk join senamrobik mingguan kat office aku nih. Last week aku dah get ready tukar baju , tapi senamrobik dibatalkan kerana keadaan cuaca masa tu yang tak mengizinkan.

Kalau pagi tadi dengan Perhimpunan Bulanan...petang ni kami bersenamrobik le plak. Senamrobik yang bagus untuk kesihatan. Esok pun cuti , mesti ramai yang sibuk dengan sambutan Maulidur Rasul di sana-sini. Masing2 dengan urusan masing2. Ada yang dapat join dan ada juga yang tak dapat join.

Apa2 pun yang pastinya aktiviti2 yang aku sebut tadi masing2 ada kebaikannya yang tersendiri. Yang nyatanya....dah tentulah dapat merapatkan silaturrahim sesama kita. Macam aktiviti senamrobik ni...... kat padang nilah baru kita kenal sape yang selalu kita hubungi di telefon....sape yang selalu kirim e-mail pada kita. Ada masanya berselisih bahu pun kita tak tahu itulah orangnya.

Tapi kalau bersenam je pun tanpa peduli orang sekeliling tak boleh juga...Habis bersenam, dia ke mana kita ke mana. Kan ke bagus sambil2 bersenam tu bertegur sapa. At least tak rugi keluar peluh...Badan sihat, kawan pun bertambah. Kan ke untung tu...:)

Isnin, 31 Januari 2011

ALHAMDULILLAH.....400 FOLLOWER BLOG AZZEYATIN


Aku baru sampai ke rumah ; baru selesai sesi senamrobik mingguan kat office tadi. Rasa segar badan bila kuar peluh masa bersenam tadi. Masa mula2 join senamrobik ni, badan rasa sakit2 tapi bila dah nese....every week join dah tak de rasa sakit dah ; bak kata orang tua2 ...'alah bisa, tegal biasa'.....

Sampai umah terus update blog. Alhamdulillah bila cek follower blog AZZEYATIN ni dah mencecah 400 orang.

Follower yang ke 400 ; isal (SIAPAKAH KITA DI SISINYA).....Tak de hadiah pon.......sorry ye cuma ucapan terima kasih sangat2 untuk isal dan sume follower blog ni dan terima kasih kepada yang setia menjengah blog ni, tinggal komen dan tinggal jejak kat shoutbox. Korang sume pembakar semangat aku untuk terus berblogging!


P/S: Hajat di hati nak sebut sume nama2 follower; tapi apakan daya....semput nafas aku kalau nak sebut sume nama.....hu3....I REALLY APPRECIATED ALL OF YOU!

Isnin, 27 Disember 2010

AZAM BARU ; SENAMROBIK

Lenguh2 kaki masih terasa penangan senamrobik petang tadi. 1 jam yang berbaloi2. Berpeluh2 dibuatnya lepas senamrobik tadi. Tapi best. Next week mesti aku join lagi ; azam baru di tahun baru......Senamrobik salah satu aktiviti minggaun yang diharuskan! Hu3......

Kalau tak aku just joging kat kawasan umah je. Tapi tak best joging tak berteman. Senamrobik best coz ramai2. Kelakar tengok macam2 step yang boleh dilihat hasil peserta2 senamrobik on the spot. Tapi tak kisahlah......yang penting sume sporting.....

Paling best poco2 dan chicken dance.......Memang enjoy.......


P/S: Semangat nak bersenamrobik coz my princess temankan.......Officer aku plak kata .....'dah boleh jadi kawan'.....aku senyum meleret je......heh3......

Sabtu, 16 Oktober 2010

FAMILY DAY KIPP 2010

~ Me & my hubby pakai baju sama kaler......merah, coz tema kaler Family Day hari ni adalah MERAH


~ Senamrobik beramai yang disertai oleh kakitangan dan ahli keluarga masing2!

Sampai2 je kat sana dalam pukul 8:15 pagi, orang dah ramai. Program pertama adalah senamrobik. Tapi aku tak join coz badan tak bape sihat. My hubby pon bila dah wife nya ni tak join dia pon mendiamkan diri juga. Maka jadilah kami sebagai pemerhati sahaja hokay!

~ Senam jangan tak senam......heh3....

~ Jangan tak tau....Ustaz pon ikut senamrobik.......Ustaz Hakim.......untuk kesihatannnnnn......

~ Me & my hubby kat khemah yang disediakan untuk tetamu


Senamrobik ni bagus untuk kesihatan. Kat office aku every week on Monday akan diadakan senamrobik selepas abis waktu keja.

Program senamrobik berakhir sekitar jam 9 lebih. Lepas tu acara makan2 le plak. Sarapan memang disediakan. Bihun goreng, kuih-muih , ayam goreng & kopi 'O' panas!.......Alhamdulillah,kenyanggggggggg.......

* To be continue......

Isnin, 12 Julai 2010

SeSi ReGaNgAn PuLaK

~ Poco poco pon best kalau diselitkan dalam senamrobik.... tq google

Kita ke sesi regangan otot2 plak ek.......Actually, dah lebih kurang 2 bulan office aku organised aktiviti senamrobik untuk staff pada setiap hari Isnin kul 5.00 petang (after working hour lah tuh...) Tapi aku tak pernah nak merajinkan diri untuk join sama. Yelah joging kat area umah aku tu adelah gak....... cuma rimas nak senam2robik ramai2 nih......

Tapi hari ni tak dapat nak excuse lagi, tak dapat nak quit ke hape pon lagi....coz last week, masa aku men'coti'kan diri tu dah kuar jadual untuk sume staff menghadirkan diri dalam aktiviti nih dan yang paling2 aku tak sker tu.....ayat paling power....KEHADIRAN MENGIKUT JADUAL ADALAH DIWAJIBKAN !!!

So, no more reason.....aku dan kengkawan yang 'seangkatan' dengan aku, kena juga join aktiviti ni bermula hari nih. Actually bagus aktiviti nih. Banyak manfaatnya, boleh slimkan badan, pecahkan lemak2 yang ada, boleh keep fit, tambahkan stamina dan macam2 lagilah.......

Cumanya, kan ke lagi best kalau diselitkan poco poco sekali...... Ha3....memang i love it !!!!!!!!!!!!!

So, kengkawan sume....jom join aku pegi senamrobik. Tak dapat kat sini, kat umah ; depan TV pon bolehhhhhhhhhhh....ha3...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs