UpDaTeR

Pengikut

Pages

Ahad, 30 Oktober 2011

TAHNIAH UNTUK PASUKAN NEGERI SEMBILAN - PIALA MALAYSIA 2011

Hairuddin meraikan gol jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam.


JARINGAN emas Hairuddin Omar membuktikan ia sudah cukup untuk membantu Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 2-1 di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus memastikan kejuaraan Piala Malaysia 2011 milik skuad Hobin Jang Hobin.


Selepas S Kunanlan memadam kelebihan awal Terengganu menerusi gol pembukaan Ashaari Shamsudin, Hai-O tampil menyambut hantaran lintang kapten Shukor Adan dengan sepakan libas menarik untuk menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee pada minit ke-85.
Selain dipilih selaku Pemain Terbaik Final, penyerang 32 tahun itu turut memenangi anugerah Kasut Emas apabila jaringan di final itu memberikannya gol peribadi kelapan dalam saingan tertua bola sepak negara.

Sabtu, 29 Oktober 2011

WORDLESS SATURDAY...



....Setelah sekian lama...yang terakhir di sini, nak juga WORDLESS entry..hu3..... Adakalanya biarlah gambar sahaja yang 'berkata-kata'...


P/S: Rindu kawan-kawan sume.............................:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs