UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogging. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2011

KEMBALI SELEPAS 7 HARI ...

~ Muka orang penatttttttttt........:(

Dah 7 hari .......hari ni baru le 'mampu' diri ni nak bukak dan jenguk blog kesayangan aku nih. Sumenyer gara2 ke'busy'an yang tak dijangka.

Bermula dengan banyak perkara baru yang aku kene belajar.......dengan arahan dari pelbagai ragam boss yang ada * tapi alhamdulillah masih dalam kawalan....tu yang sampai tak dapat nak manage blog tu*...hu3....

Hari Isnin busy dengan pihak media yang buat liputan. First time dapat tugasan dengan media ; memang suatu perkara baru bagi aku. Rasa insaf bila melihat sendiri kehidupan 'insan2' di sebalik tembok batu. Satu pengajaran yang aku dapat......Hargai 'kebebasan ' hidup bersama insan2 tersayang yang kita miliki di 'luar' sekarang ini....dan tak sume yang dihukum bersalah itu melakukan kesalahan itu 'buta' hati dan perasaannya.......

Kemudian hari Rabu sibuk dengan seminar yang aku kene attend di Sungai Buluh. Sehari suntuk kat situ ; balik umah badan dah naik lemau. Otak pon penat. Tapi tak pelah.....yang penting komitmen dan ilmu yang kita dapat.

Masuk office hari Khamis sampai ke hari ni tak abis2 dengan discussion dan surat2 yang perlu disiapkan untuk beberapa program yang telah diatur oleh Jabatan. Bermula hari Ahad ni di Jitra , Kedah.

Cuma kali ni aku mintak excuse becoz my princess exam ; tak dapat join. Tapi keje2 di office tetap kene update......Ni pon entry curi2 dan aku dh simpan dalam draft 2-3 hari.....Minggu depan insyaallah ada tugasan yang memerlukan aku ke Gemas Negeri sembilan plak. Yelah dah arahan kan.

Takkan sume pon nak dibagi alasan je.......Buat jelah sebagai tanda komitmen dan setia pada jawatan yang ditugaskan.......'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'


P/S:Rindu dengan kengkawan yang setia berkunjung ke blog ni ; insyaallah aku akan jenguk juga korang ye.....



Isnin, 21 Februari 2011

BLOGGING BERTEMANKAN ORANG DEMAM

Dah hampir pukul 10 malam. Aku blogging bertemankan orang yang demam . My princess lah, sape lagi. Makin panas plak badan dia.Kesian...dah lama tak demam tetiba demam. Harap2 dia cepat lah sembuh.

Sambil tu sambil layan citer Awan Dania kat ASTRO RIA. Actually mata agak mengantuk, tapi disebabkan siang tadi tak de ruang sangat nak berblogging...so aku amik le msa sikit malam ni untuk update dan blogwalking.

Korang dah ngantuk juga ke? Takut2 ada yang pejam mata sambil menaip tu....hu3...

Jumaat, 11 Februari 2011

TIPS BERBLOGGING..

Sape aku nak bagi tips tentang berblogging? Nak kata follower ramai....takat 400 lebih tu ; syukurlah juga da yng sudi follow tapi tak segah blogger2 yang follower dah ribu riban.....Nak kata income Nuffnang dah boleh cover expensess aku sebulan...jauh panggang dari api. Tak delah macam RM..Dia blogger terkenal. Pengalaman pun dah banyak......

Cumanya yang aku nak kongsi kat sini macam yang RM (Redmummy) cakap juga.....blogging kena ada minat. Kalau tak de minat susah. Soal income ia akan datang kemudian. Tak semestinya bukak blog hari ni...esok lusa dah dapat hasilnya. Kenalah sabar. Dan tak boleh jemu.

BW sume tu ramai yang dah tahu kepentingannya, so apelagi teruskan BW di samping terus update citer2 yang menarik dan sekreatif mungkin yang boleh kita kongsikan. Sekali orang sker ; mesti orang akan datang bertandang lagi itu yang akan membawa trafik sebenarnya. Trafik yang mampu menaikkan blog dan seterusnya .....Insyaallah berambah juga nanti earnings Nuffnang kita.

Cepat atau lambat; berbalik juga pada rezeki masing2. Dia yang memberikan rezeki. Macam RM pun only after 2 yrs blogging baru beliau dapat cek dari Nuffnang. Teruskan berblogging dengan minat dan tanpa jemu BW sambil tinggal jejak / komen. Yakin lah setiap usaha pasti ada hasilnya.....Insyaallah.


P/S: Sape aku nak kasi tips....cuma perkongsian dan luahan hati semata2....:)

Ahad, 30 Januari 2011

ANDA ADA 60 SAAT DAN PLAN TONTON 7 LAGU ..

Cuaca mendung kat luar dan masih hujan lagi. Aku plak masih dengan aktiviti blogging aku ni ; lepas minum petang dengan air teh 'o' panas dan keropok lekor tadi. Sambil2 BW layan lah Program 'ANDA ADA 60 SAAT ' kat ASTRO WARNA. Macam2 aksi peserta untuk mendapatkan hadiah yang lumayan.

60 saat dengan hadiah ribu riban ....kalau berjayalah.....sape nak bagi kan. Yelah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape yang tau. Aku yang tengok ni tumpang gembira jelah kalau ada yang menang.

Malam ni plak citer seram 7 LAGU di ASTRO juga ; lakonan utama oleh Farid Kamil. Aku plan nak tengok. Citer2 seram ni memang favourite aku. Kalau tak, takkan aku selalu jadi penonton setia citer2 genre seram ni kat sini dan sini.


P/S: So far dah 30 blog aku sempat ziarah......Malam ni sambung lagi sambil layan citer 7 LAGU......

Sabtu, 29 Januari 2011

AKTIVITI PAGI SABTU

Pagi ni sarapan dengan ubi kayu goreng dan teh 'O' panas je. Mula2 plan nak rebus je ubi tu....tapi tak jadi. Ubi rebus pon sedap gak ; lagi2 cicah dengan ikan masin atau pon sambal ikan bilis.

Lepas breakfast , dalam pukul 7:30 kuar anta my princess ke sekolah coz ada aktiviti kokurikulum.Next week sekolah cuti seminggu ; cuti Tahun Baru Cina. Cuti berganti katanya.

Balik umah aku terus sambung buat keja2 umah. Sekarang ni sambil2 blogging.....sambil mesin kain baju yang kotor...2 in 1 punya keja. Pakej tu...hu3....

Korang ape je aktiviti pagi ni? Ada yang balik kampung ke? Maklum le baru dat gaji ....:)

Selasa, 25 Januari 2011

YM, CHATTING, BLOGGING ...

Sambil YM ngan my litle sista ; Areleez...aku chatting ngan my ex-classmate. Dan sambil2 tu blogging.Ha3...okay tak?

YM ngan my sista ; sembang2 pasal family ; tanya khabar....

Chatting ngan my ex-classmate ; pon tanya khabar masing2.....tentang ank2....

Blogging.....sebab nak cari kawan baru dan cari duit gak kot....hu3.....

Yang penting, sumenya ada sebab. Temanya kat sini....Apa2 yang berlaku adalah 'ber'sebab.........*Itu yang aku nak cakap sebenornya......*

Ahad, 23 Januari 2011

LAYAN TRANSPORTER 2 KAT ASTRO CITRA SAMBIL BLOGGING

Tengok TRANSPORTER 2 @ ASTRO CITRA sambil2 blogging. Sker tengok lakonan aksi dalam Filem ni. Kalau aku dapat keta sebijik macam yang hero tu gunakan dalam filem TRANSPORTER 2 nih......mesti sah2 hari2 aku sampai paling awal kat office. Ha3.....

Memang best citer nih. Kisah penculikan anak seorang tokoh politik. Perut plak terasa lapar ni ; tadi makan agak awal juga. Pukul 11 pagi.

Pergi dapur jap , bancuh milo okay gak nih. Pas tu sambung lagi tengok TRANSPORTER 2.......

Ahad, 9 Januari 2011

PETANG YANG DAMAI ..

Suasana petang yang damai, dengan cuaca yang sejuk dan angin bertiup lembut ; tak hujan dan tak panas............

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Sangat sesuai untuk blogger macam aku untuk menulis dan terus berblogging......hu3......


P/S:Syukur pada ALLAH........................:)

Khamis, 16 Disember 2010

CHATTING WITH MY LITLE SISTA AND KAKCHIK .......

Tengah chatting ngan my sista ; Areleez dan blogger yang muda sokmo nih.....kakchik@ella. Sambil2 tu update blog.

Chatting dengan my sista boleh dapat tau tentang khabar family esp my mum di kampung. Chatting ngan kakchik plak sebagai permulaan sebuah perhubungan.....* hu3....skema plak aku....

Banyak plak kerja aku buat dalam 1 masa....Blogging...chatting......BW.......Hu3......Boleh cepat kaya nih, banyak projek boleh dibuat....:)

Tapi kerja hakiki tetap yang utama.....

Ahad, 22 Ogos 2010

MAKIN LAMA MAKIN BEST BERBLOGGING

Kejap lagi aku nak ke bazar Ramadan cari juadah berbuka. Sementara tunggu my hubby solat.....sempat update blog dulu........he3. Diam tak diam dah hampir 5 bulan aku berblogging. Makin lama makin best!

Kalau dalam sehari aku tak tulis entry, rasa macam ada yang tak kena........Lagi2 kalau aku balik kampung, memang 'berjauhan' lah aku dari dunia blog sketika. Coz, kat kampung line tenet memang problem! So , masa cuti raya ni.......kenalah aku get ready untuk wat autopublish entry. So tak delah blog aku ni sepi tanpa entry........hu3......

Memang best menulis kan. Lagi2 kalau kita tulis tentang apa saja yang terlintas dalam fikiran. Yang penting kita happy. Dan harap2 serba sedikit boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Okay, aku stop dulu. My hubby pun dah siap tu. nanti malam kita jmapa lagi ye........Doa2kan aku atak kepenatan dan ' ketiduran'.......ha3.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs