UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 31 Julai 2010

RoTi + ScRaMbLe Egg + NeScAfE 'O' PaNaS

~ Jom try Roti + Scramble egg + Nescafe 'O' panassssssss...........


Sesaje jerk nak citer tentang breakfast aku pagi tadi........Roti + Scramble egg( bahasa melayu nyer.....telur masak hancur) + Nescafe 'O' panas. Easy to prepare dan yang penting.......mengenyangkan!

Untuk breakfast, besenyer aku memang tak boleh blah dgn menu yang agak heavy.......ha3.....bukan nak belagak, tapi may be semenjak 2 menjak umur dah makin 'banyak' ni.....dah tak berapa selera nak makan yang heavy sangat awal2 pagi.

Tu yang prefer roti @ bijirin segera je tuh.....hu3....... Poket pon boleh jimat gak...... Breakfast penting coz memberi tenaga untuk kita teruskan aktiviti seharian. Apa pon yang kita makan untuk breakfast, makesure menyihatkan dan yang penting jangan sampai berlebihan. Sebab berlebihan itu membazir namanya hokay!!!

p/s: Menu ni kalau nak buat untuk minum petang pon...... boleh juga. Gantikan dengan kopi 'O' panas plak!!!

TrY AsaM PeDaS BaNGi PuLaK........

~ Asam Pedas Bangi.....Tak dpt gambar penuh coz guna camera hp & masa tu ramai orang.......

~ Nasi putih, sayur peria & telur masin

Dah lama teringin nak makan Asam pedas yang betol2 rasa asam pedas. Sebab ramai orang boleh masak asam pedas nih, tapi tak menjadi........ So satu hari yang cuaca agak cerah dan perut pon terasa lapor sesangat........ jalan2 cari makan pon terjumpa kedai ni yang terletak di Bangi. Betul2 berhadapan dengan Kompleks PKNS (Shopping Kompleks).

Bukan Melayu jerk yang makan kat situ.....Kaum Cina pon ramai juga penggemar asam pedas ni. Macam2 ikan ada. Ada Kembung, Pari, Terubuk, Selar dan macam2 lagilah. Sume masak asam pedas. Tapi stil ada menu @ lauk2 lain dan memang banyak pilihan!

~ Asam Pedas Ikan Kembung

~ Asam Pedas Ikan Pari

My favourite.....beselah Ikan kembung. My hubby pulak try ikan pari. Not bad rasanya dan memang berbaloi!. Memang puas hatilah. Coz kuah pon pekat dan tak pedas sangat.Harga pon tak mahal. Makan untuk 2 orang, termasuk air minuman......dalam RM18.

So, kepada penggemar asam pedas.....bolehlah cuba Asam Pedas Bangi nih. Pasti puas hati!!!

EnJOy & HaPPeNiNG !!! KuRsUs KoMuNiKaSi DaN pEnAmPiLaN DiRi (Prt 3)

~ Dr Stylo of the day......En Hafiz dari UKOM.....

Tentang penampilan diri.....teorinya oleh penceramah yang 'very the special.'....hu3.....Dr Stylo En. Hafiz dari UKOM. Beliau ni fesyen blogger dan selalu dapat jemputan untuk attend fashion show dari dalam dan luar negara.......Memang enjoy dengar ceramah beliau coz very the enjoy gilerrrrrrr!!!

Penampilan diri ni bermula dari kebersihan tubuh badan.....bila dah badan bersih barulah fikir tentang penampilan dari segi pakaian dan pembawaan diri kita (how we present ourself). Pemilihan warna dan corak tertentu penting untuk kita kelihatan lebih menyerlah.

~ Makeup artist of the day.....'Joe kuala'

~ Pelembab dan makeup base @ foundation penting untuk solekan lebih menyerlah dan tahan lama

~ Sebelum makeover........

~ Selepas makeover.....solekan ke majlis makan malam

~ Lelaki pon perlu makeover.......hu3......

Yang paling best semestinya sesi makeover.....Makeup artist........ 'Joe kuala'........ Beliau ni aktif dalam keje2 andaman pengantin. So hari tu we alls diajar cara2 makeup ke pejabat dan majlis makan malam yang betul dan juga tentang jenis2 solekan mata.

Aku suggest dia ajar cara solekan smokey eyes. Dapatlah ilmu solekan baru hari tu.....hu3....Tak sia2 En Joe datang jauh dari Kuala Kangsar semata2 untuk memenuhi jemputan kursus ni.....Next time kita jumpa lagi ye.........

* to be continue...........

EnJOy & HaPPeNiNG !!! KuRsUs KoMuNiKaSi DaN pEnAmPiLaN DiRi (Prt 2)


~ One of my group member (Zul).....sesi pembentangan.....

Actually, kursus macam ni dapat mengasah bakat kepimpinan dan komunikasi di kalangan peserta. Yelah kalau sebelum ni takut2 nak bercakap di depan orang ramai.....tapi kalau dah selalu join kursus2 macam ni.....kuranglah sikit rasa takut dan segan tu.......

~ Tea time.....sempat lagi posing.....hu3........

~ From Left: Agnes, Leen.....Alice & me.......Di sinilah dapat jumpa semula kengkawan yang sama2 lapor diri setahun yang lepas.....hu3.....(masa mula2 masuk keje)


And the best part is......bila aku dapat jumpa semula dengan kengkawan batch yang sama melapor diri masa kami sama2 masuk keje tahun lepas. Dah setahun aku jadi penjawat awam.Tak terasa cepatnya masa berlalu.....Yang penting sume aku dah completekan.....baik exam,,,baik kursus......So tak sabar nak tunggu dapat pengesahan dalam jawatan pulak!!! hu3......

* to be continue..........

ProGrAm ImaM MuDa KeMuNcAk...... ImAm MuDa TeRuNggUL

~ Imam Muda Kemuncak Astro Oasis........30/07/2010......9.00 malam

~ Saat2 manis menerima trofi kemenangan sebagai IM terunggul Astro Oasis musim pertama

~ Wajah seorang IM terunggul.....IM Asyraf

Seperti yang dijangka, kemenangan berpihak kepada IM Asyraf sebagai Johan IM Astro Oasis musim pertama. Walaupun selepas tugasan di kampung masing2....IM Hizbur mendahului tetapi memang rezeki berpihak pada IM Asyraf juga.

Mungkin pengalamannya sebagai imam telah membantu anak muda yang berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang ini untuk membuktikan kehebatannya, selain kelainan hujah2 yang diutarakan, berjaya menarik perhatian juri. Markah dikira sebanyak 50% dari ujian bertulis, 20% daripada tugasan dan 30% lagi menerusi ujian secara langsung malam kemuncak ini.

Sebagai johan, beliau berjaya memenangi:

  • Sebuah kereta Exora
  • Wang tunai berjumlah RM20,000
  • Menjadi imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan
  • Pakej pelancongan ke Indonesia
  • Pakej menunaikan haji dan umrah
  • Biasiswa melanjutkan pelajaran tajaan Yayasan Madinah
  • Telefon iphone
  • 1 set komputer riba Apple iMac
  • Sebuah trofi
  • Sijil penyertaan
  • Sijil pentauliahan

~ IM Taufek

~ IM Nuri

Pembuka tirai......alunan azan yang menyentuh hati oleh IM Taufek dan IM Nuri. Ternyata keduanya juga tidak kurang hebat sebagai Imam muda.

Selepas itu diteruskan dengan zikir Asmaul-Husna oleh 6 orang lagi pelajar IM, menambahkan lagi kehangatan persaingan IM malam kemuncak ini.

~IM Hizbur, Selaku Naib Juara Imam Muda Astrp Oasis musim pertama

~ IM Hizbur bersama isteri

~ Isteri IM Hizbur yang cantik manis........yang sentiasa mendoakan kejayaan suaminya

Dengan kemenangan IM Asyraf, maka Gelaran Naib Johan disandang oleh IM Hizbur, seorang guru tahfiz yang berasal dari Baling, Kedah. Kebolehannya di dalam bidang tahfiz membawa beliau hingga ke peringkat ini.

Tugasan terakhirnya sebagai pelajar IM ialah menyampaikan khutbah di kampungnya sendiri yang tidak pernah terfikir oleh beliau selama ini.

Dengan gelaran Naib Johan, melayakkan beliau untuk menerima:

  • Wang tunai sejumlah RM15,000.00
  • Pakej pelancongan ke Indonesia
  • Pakej menunaikan umrah
  • Biasiswa melanjutkan pelajaran tajaan Yayasan Madinah
  • Telefon iphone
  • 1 set komputer riba Apple iMac
  • Sebuah trofi
  • Sijil penyertaan
  • Sijil pentauliahan
Yang memeranjatkan lagi bilamana, kelapan2 orang pelajar IM yang terkeluar juga telah menerima biasiswa melanjutkan pelajaran tajaan Yayasan Madinah seperti mana Juara & Naib Juara! Diharap program ini akan disambung lagi untuk musim yang akan datang.

Jumaat, 30 Julai 2010

KeReNaH YaNg Di LuAr JaNgKa!!!

Remaja sekarang susah nak dijangka kerenahnya. Nampak macam pemalu, pendiam, pakaian sopan.....TAPI AWAS.....perangai tak sebegitu!!!
Ini cite semalam yang berlaku di depan mata aku sendiri. Kat shopping kompleks.Remaja2 lelaki dan perempuan.........bertepuk bertampar sesama diaorang tanpa segan silu. Yang perempuannya...bertudung, nampak sopan jerk....Yang lelakinya...nampak sangat budak hingusan lagi.....Tapi kelakuan dah mengalahkan kita yang dewasa!!!
Merokok satu hal...tapi berani pulak berpeluk2 sakan tanpa rasa malu langsung! Mata kita yang sakit.....tapi diaorang buat bodo jerk.....
Tetiba aku teringat my princess kat kampung. Takutnya dengan apa yang aku nampak kat depan mata tu. Mintak2 dia sentiasa dikuatkan iman dan dalam peliharaan-Nya selalu.....aminnnn....

AuRaNyA MaKiN TeRaSa.......

~ Ketenangan........sayu.......hening......
Tilawah Al-Quran dah bermula...... semakin ramai orang yang berpuasa sunat ( ada juga yang masih pose ganti.....), tapak2 bazar dah mula disediakan...... Kain baju dah makin banyak di pasaran....... Ni sume antara tanda2 dah nak hampir Ramadhan ..... dan seterusnya Syawal.
Sayu rasa bila aura Ramadhan makin terasa. Rasa tenang dalam bulan yang penuh berkat itu. Jadi, sempena Ramadhan yang bakal tiba ni, jomle kita sama2 saling memaafkan dan berniat untuk mengimarahkan bulan yang mulia itu.
Tak susah mana pon dan tak perlu bayar pon. Yang penting ada niat dan keazaman. Janji pada diri kita ..... untuk sentiasa buat yang terbaik....bukan untuk Ramadahan jerk, tapi bulan2 yang seterusnya...Insyaallah......

EnJOy & HaPPeNiNG !!! KuRsUs KoMuNiKaSi DaN pEnAmPiLaN DiRi

~ Kursus Komunikasi & Peanampilan Diri.....24/07/2010 - 25/07/2010

~ From left: Leen, Me & Efi

~ Duduk ikut sker....sebelum masuk dalam kumpulan......hu3.....

Inilah dia kursus yang aku kene attend baru2 ni. 3 hari berturut2...........Start from 23/07/2010 ( sila jenguk2 entry sebelum ni ) hingga 25/07/2010.Dua kursus yang berbeza....tapi di tempat yang sama.

Kursus ni tentang Komunikasi & Penampilan Diri. I like it!!! 2 hari jerk tapi.....memang enjoy!!! Hari pertama pukul 8.oo pagi aku dah sampai katDewan Gemilang, KDN Putrajaya. Actually kursus mula pukul 9.00 pagi.....tapi beselah......hari pertama harus tunjuk komitmen yang jitu !!! hu3..... Tapi member aku Leen, lagi terror.....pukul 7.30 dah terpacak kat situ. Almaklumlah dia tengah buat kajian jarak dan masa.......ha3....... ( Leen jgn marah hokay.....sekadar selingan jerk.....he3)

~ Penceramah......Puan Rahimah Yeop, Ketua Program......dari INTAN


~ This is my group.....INOVASI

Penceramah pada sebelah pagi hari pertama tu ialah Puan Rahimah Yeop, selaku Ketua Program dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Sebelah pagi tu lebih banyak teori. Yelah tentang pentingnya perkihidmatan yang berkualiti untuk memberikan imej yang terbaik untuk jabatan masing2. Salah satunya dengan cara mengetahui siapa pelanggan kita dan bagaimana untuk memberi mutu perkhidmatan yang optimum kepada mereka.

Tentulah dengan cara komunikasi yang baik. contohnya, dengan senyuman, cakap yang bersopan santun, bahasa badan yang betul dan juga ketrampilan diri yang kemas dan menarik.

Selebihnya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. So, terpisahlah aku dengan kengkawan office aku. Masing2 dalam kumpulan yang berbeza. Kumpulan aku namanya.....INOVASI....... Aku yang bagi idea untuk nama tuh......ha3......

Banyak lagi cite tentang kursus ni.....So tungguuuuuuu hokay.Aku akan selang selikan dengan entry yang lain. tak delah boring kannnnnnnnn.........

KuRsUs LaGi ........ GaNggUaN SeKsUaL (FinALe)

~ Penceramah jemputan dari UM.....Prof Madya Pn Sabitha bt Marican

~ Prof yang anggun lagi jelita.....he3.....


Actually kursus ni menerangkan tentang Gangguan Seksual sebagai satu perkara negatif yang boleh membuatkan prestasi kita di tempat kerja tergugat (kat mana2 pon boleh terjadi.....tapi kursus ni lebih fokus kepada gangguan di tempat kerja.

Gangguan seksual boleh terjadi melalui sentuhan, pandangan dan juga perkataan yang dituturkan. So, bila orang yang diganggu tidak menyenangi perkara itu.....itulah namanya gangguan seksual. Dan boleh le kita wat laporan kalau ada bukti yang kukuh kepada pihak berkuasa.


~ Means ketahanan aku terhadap gangguan seksual sebesar belon yang berjaya aku tiup ni.....ha3..... x juga........ sekadar utk gambaran jerk........

Tahap ketahanan gangguan seksual ni berbeza di antara satu sama lain. Macam belon. Sume orang boleh tiup belon .....tapi tak sama dari segi saiznya (ada yang mudah semput tak bolehla nak tiup besor2.....ha3). Kalau boleh pon.....sampai masa belon tu boleh pecah.

Macam tulah juga kita manusia....kalau dah selalu sangat diganggu, sampai satu tahap, tak boleh bertahan juga. So, masa tulah kita perlukan bantuan.........Itulah serba sedikit maksudnya......

~ Dah pon sampai rumah daa.......

Hampir 1/2 hari juga tempoh kursus tu. Dalam pukul 1 .30 pm aku dah sampai umah. Kesimpulannya yang aku dapat......jangan biarkan diri kita diganggu dan terus diganggu.....Dan yang penting .....kita jangan jadi pengganggu! Ingat tu.........

Khamis, 29 Julai 2010

TaK SeiNDaH RuPa !

Tak seindah rupa! Rupa nampak baik, tapi hati busuk! Mulut pulak memang tak berlapik bila bercakap. Senang kata memang biadap!!!


~ Ros...... tq google
Adelah sorang 'senior' kat office aku ni. Kat depan kita macam baik.....tapi kat belakang mengata kita yang bukan2. Dia ingat dia senior, kita yang baru ni kene ikut cakap dia. Sume perkara tentang kita dia nak ambik tau. Dah mengalahkan pegawai yang sepatutnya!
Dengan aku senang jerk. Aku kalau tak sker ...aku cakap depan2. Tak de kipas2, tak de gosok2. Yang aku tau, hormat mengikut yang sepatutnya. Bukan kurang ajar atau terlebih pandai, coz dua2 pon orang tak sker.
Kan lagi elok kita jadi macam bunga ros tuh....Indah dipandang dan harum bila dicium.....Bukannya indah dipandang, tapi busuk gilerrr bila kena kat hidung.....macam bunga tahi ayam......( tau kan????)....ha3....

CiTeR PaSaL MaKaN

Cite pasal makan.....teringat lunch hari nih. Tetiba jerk rasa cam nak makan Rojak Ayam yang agak popular kat tempat aku nih. Sejenis rojak yang bese juga.....cuma di tambah dengan ayam goreng.


~ Jom Makan.....By google
Tapi hari ni punya roak..... tak memenuhi citarasa aku.....coz ayamnya yang tak digoreng garing. Isi ayamnya rasa tak berapa sedap. Selalu aku boleh habiskan...Tapi hari ni aku cuma makan rojak tanpa ayam goreng!
Pelik la orang berniaga ni.....bila dah laku...bila dah ramai customer....mulalah tak jaga dari segi kualiti makanan. Tu yang boleh buat orang 'lari' dan tak nak datang lagi....Macam aku. Rasa bengang je bila selera nak makan tengah ada....tapi makanan yang kita teringin....tak seperti yang kita harapkan!!!

ThUmB PrInT BoLeH BeRuBaH Ke?

~ KWSP......Credit to Google
Ade sape2 tak buleh bagi jawapan untuk pertanyaan aku pada tajuk entry kali nih??? ( 3 tanda soal menandakan tahap kepelikan aku hokay..... )
Coz semalam aku pegi buat penamaan dan tukar alamat surat-menyurat kat KWSP. Part address tu okaylah....tapi part nak wat nomination tuh, a bit problem. My thumb print unmatch! Even dah 3 kali cuba!!!
Dengan muka pelik, aku pun tanya kenapa jadi macam tu pada staff yang bertugas. Then dengan muka slumberland nyer dia kata...."Puan jangan risau, memang bese berlaku macam ni. Coz kekadang bila kita dah buat keje jari2 tangan kita ni boleh berubah......."
Dan dengan muka double kepelikan aku terus cakap......" Of course la risau, ini soal duit. Kalau u pon akan risau bila masuk soal duit macam ni. Bukan senang nak cari duit!".....Ha3.....okay tak aku cakap macam tu ?
Sampai hari ni aku still tak dapat jawapan lagi kenapa jadi macam tu. So semalam nomination tak dapat nak buat secara online.... Cuma manuallly jerk. After 1 month staff tu mintak aku follow-up semula........Haiiiiii........ apelah punca sebenarnya ye???

Rabu, 28 Julai 2010

UbAhLaH SiKaP.... TaK SuSaH PoN

~ Credit to google
Entry ni aku nak cite tentang sikap sombong. Ade la satu minah kat office aku ni....susah sangat nak senyum. Nak kata dia bagus sangat.....tak juga. Nak kata dia bijak sangat .....pun tak juga, coz sama je gred ngan aku. Nak kata anak orang kaya pon tak juga....coz pakai kete bese2 je....
Aku pon tak faham napelah dia bersikap macam tu. Susah sangat nak senyum kat kita. Even dari jauh lagi aku dah cuba senyum kat dia. Bukan aku je yang komplen.....ramai lagi kawan2 lain cakap benda yang sama.
Sikap sombong ni tak bawak kita ke mana. Cubalah maniskan muka. Senang dapat kawan...orang pon sker nak kawan dengan kita. Lagi boleh tambah pahala.Daripada tunjuk muka masam....dahle orang benci...lagi bertambah dosa adalah......Haiiiiiiiiiii manusia.....bilalah nak berubah???

KuRsUs LaGi ........ GaNggUaN SeKsUaL

~ Pagi2 buta lagi aku dah kuar.....semata2 nak attend course....

~ From left: Leen & Fizah

23/07/2010......pagi2 lagi dah kua umah nak attend course tentang Gangguan Seksual kat Putrajaya. Adalah dalam 12 orang yang pegi. So kami kene berkumpul kat office sebelum sama2 pegi naik bas jabatan ke sana.

~ From Left: Me & Fizah.......

~ From left: Leen & me......

~ Sitting In front: Kak Rafiah & Fizah
~ Centre: Mariana & Yus
~ Standing: Me & Leen

Yang bestnya, course ni dah boleh completekan 1 day punya kursus yang wajib aku completekan every year sebanyak 7 hari. Sebelum ni dah ada 5 hari. So plus this one, dah ada 6 hari kursus. Tinggal nak tambah sehari je lagi........Tu yang best tu...... Selain tu boleh jalan2 cari makan gak..... ha3......

* to be continue........

Selasa, 27 Julai 2010

PeNaT BErKuRsUs

~ Credit to google....


Dek terlampau penat berkursus 3 hari berturut2 (23 - 25/07/2010), sampai ak tertanggung badan ni dibuatnya. So, bila dah macam tu, apelagi...MC le jawabnye aku semalam (26/07/2010)
Seram sejuk badan, kepala pon rasa pening sebab tak cukup rehat. Ni pon masih tak berapa okay lagi, tapi terpaksa buat2 okay juga. Yelah takkan nak MC lagi ???
Yang penting aku tak salah gunakan MC. MC bila betol2 tak sihat ataupon demam. Jangan sesekali salah gunakan MC. Tak baik tau....

JoM BuAt SaMa2

~ Tq google.....


Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan ( bulan pose). Semalam aku dah siap2 bagi nama untuk join program tadarus sepanjang bulan pose ni kat office aku. Last year pon join gak. Bukan amik masa panjang pon. Everyday 1/2 jam, setiap sesi.

Last year ramai juga yang join. This year rasanya makin ramai kot. Banyak faedahnya. Kan ke Al-Quran tu banyak manfaat. Kalau dengar orang mengaji pon dah dapat pahala....ni kan plak kita sama2 baca.

So, jom sama2 kita menjoinkan diri dalam program yang penuh manfaat nih. Tak leh join kat office......kita buatlah kat umah dengan ahli keluarga.....

GeRaMMMMMMMM BeToL!!!!!!!!!

Geram betol aku dengan line internet aku mlm tadi. Memang hampeh punya broadband! Masa kita nak beli.....bukan main lagi janji2 manis yang depa taburkan....Bila dah guna baru nampak belang nya yang macam2 kaler.....arghhhhhhhhhhh!!!!!!!

Memang geram betol. Line lembap cam siput. Nak upload gambar pon tak boleh. Berjam2 aku nak tunggu 1 gambar pon tak dapat nak upload!



~ Credit to google........ Kekadang okay, kekadang tak okay......Macam broadband jugak.....


Malam ni tak taulah macam mana. Dah le aku 3 hari cuti berblogging dek kerana bz dengan kursus. Mintak2 malam ni okay le line naknye.......Senang aku nak update entry. Tak delah update entry tanpa gambar jerk.....

IMaM MuDa ... LaTeSt InFo (MiNggU Ke-9)

~ Mudir Imam Muda........ terharu mengumumkan imam yang tersingkir.....

~ Imam muda Aran & Taufek .....disarungkan jubah Imam Muda sebelum meninggalkan rakan2 lain......

Untuk minggu ke-9, cuma tinggal 4 pelajar imam muda iaitu, Imam muda Asyraf, Taufek, Aran Dan Hizbur.

Tema untuk minggu ke -9 ini ialah Warga emas. Pelajar diberi tugasan untuk ke Rumah Sri Kenangan , Seremban Negeri Sembilan. Rumah ini menempatkan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Setiap pelajar diberikan seorang bapa angkat. Masing2 dinilai terhadap cara mereka untuk mengambil hati dan memahami masalah yang dihadapi oleh warga emas berkenaan.

Yang buat aku agak tersentuh......bila ada di antara warga emas iu mengaku datang secara sukarela ke situ, kerana sudah tidak dihiraukan oleh anak2 sendiri. Hape punya anaklah macam tu. Memang tak ada hati perut langsung!!!

~ Imam Muda Aran berpelukan dengan rakan2 selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang imam muda yang tersingkir untuk minggu ke-9

Di akhir program.....memang suatu kejutan lagi, bila 2 orang Imam muda yang disingkirkan. Mereka ialah ialah imam muda Aran (pegawai bank)dan imam muda Taufek (perunding motivasi).

Aku jangka imam muda Taufek boleh bertahan ke final.....tapi bukan rezeki beliau. Mungkin juga kelebihan imam muda Hizbur sebagai seorang guru tahfiz, membolehkan beliau bertahan hingga ke final.

Aku pun tak sabar nak tunggu tarikh 30 Julai ni. Mesti ramai juga nak tau sape agknye bakal jadi Imam Muda terunggul nanti. Sama ada imam muda Asyraf atau pun imam muda Hizbur??? Sama2 kita tengok nanti ye.........

p/s: Rasa bangga bila program ni dapat liputan pemberita dari luar negara.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs