UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 17 Februari 2011

UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

~ Udang masak lemak cili api....Gambar sikit blur coz aku sanap masa tengah2 panas tu..dengan asap2 sekali...hu3...


Beselah kan. Entry bila dah masuk sesi tengahari ni banyak berkisar pada makanan le. Perut pun dah mula lapor ni....mulalah mencongak2 nak makan apa ...heh3.....

Kali ni aku nak share resepi Udang masak lemak cili api plak. Aku masak menu ni semalam ; request by my hubby. Dia yang bagi idea suruh aku masak lemak plak. mula2 aku tak nak ; takut tak sedap udang dimasak lemak.....tapi tak sangka sedap juga..* bukan aku kata....my hubby yang kata cam gitu...he3....*


BAHAN2NYA:-

10 ekor udang bersaiz sederhana
Santan dari sebiji kelapa / santan yang dalam kotak tu pun boleh juga
6-7 biji cili api (ditumbuk)
Serai 1 batang (dititik)
Bawang merah 2-3 biji (ditumbuk)
4-5 biji belimbing buluh (dibelah dua)
Sehelai daun kunyit
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis



CARA2 MEMASAKNYA:-

1. Tumiskan bawang merah, cili api dan serai sampai naik bau.
2. Masukkan santan dan kacau perlahan. Bila santan mula mendidih masukkan sedikit air (agak2 je...jangan banyak sangat)
3. Bila kuah mendidih sekali lagi, masukkan udang bersama2 daun kunyit dan belimbing buluh . Perlahankan api.
4. Jangan masak udang terlalu lama, takut hilang rasa manis udang tu. Sambil2 tu perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
5. Bila udang dah masak bolehlah tutup api dan hidangkan.Seeloknya kuah agak pekat bila dah selesai memasak ni.


Selamat mencuba ye...:)



P/S: Yang buat rasanya agak lain..sebab resepi ni menggunakan belimbing buluh. Sedap...tak caya??? Tak pe cuba dulu....hu3.....





7 ulasan:

Adii NakHeran berkata...

fuhh,, sedap,, ada lagi x?? heh

nurkass berkata...

amboiii azzey..
sedapnyer..ketam pun tak kurang hebat tau azzey..lg sedap..

tumis ke azzey..selalu kass msk terus masuk jek..nak cuba lah nanti..

Unknown berkata...

azeey............sama lah menu kat CR..heheheh
sejiwa

eelobor berkata...

lain kali ambik gambar yang dah siap di hidangkan pulak yer....

ardinihumaira berkata...

nyum3 :)

Tuan Cimot berkata...

nampak sedap..heheh..

Fairus Bin Mamat berkata...

BALIK NI NAK BELI UDANGLAH.. SURUH ORANG UMAH MASAK..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs