UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 25 Februari 2011

HARGA RON 95, DIESEL TIDAK NAIK

HARGA petrol RON 95 dan diesel akan kekal walaupun harga minyak dunia meningkat. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam.

Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.


*Sumber - KOSMO

4 ulasan:

Fairus Bin Mamat berkata...

HARAP2 BETUL TAK NAIK..

JunAina berkata...

kalau bab minyak, naik ke turun ke terpaksa jugak guna! nak gi kerja naik keta naik moto kena guna minyak tapi kalau ada yang boleh boh ayaq saja bessttt...

PAKSA RELA!!!

My Little Diary berkata...

elok ler, jgn lah dinaikkan RON95 tu...

kakchik@ella berkata...

skrg pun dah RM80=5 hari azzey. kalo naik lagi mau KC kna byr RM100=5 hari pulak. adoiii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs