UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 15 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 H - 1 MALAYSIA , 1 UMMAH

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 H untuk semua umat Muslimin dan Muslimat. Dengan tema tahun ini ; 1 Malaysia, 1 Ummah. Sama2lah kita mengambil iktibar dari contoh keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. Rasul yang diutuskan kepada kita semua.

Baginda yang dikenali dengan peribadi yang terpuji sepatutnya dijadikan contoh untuk kita jalani kehidupan seharian. Sama2 kita menghidupkan sunnah2 baginda. Moga dengan itu hidup kita lebih diberkati.

12 Rabiul Awal.....Tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w . Setiap tahun pada tarikh ini juga kita menyambutnya sempena memperingati hari keputeraan baginda. Moga2 selawat yang sama 2 kita laungkan pada tarikh ini akan berterusan . Bukti kita mengasihi seseorang....sering kali mulut kita menyebut namanya. Begitu juga sepatutnya yang perlu kita zahirkan dalam membuktikan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga kita semua sama2 dapat manfaat dari apa juga aktiviti atau majlis sambutan Maulidur Rasul yang kita hadiri hari ini dan hari2 yang seterusnya selepas ini. Ilmu yang kita dapat adalah untuk diamalkan. Kalau tak dapat nak buat semua pun.....janganlah sampai kita tak buat langsung.....


* SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK KAWAN2 SEMUA.....

3 ulasan:

JMR berkata...

salam maulidur rasul...

ardinihumaira berkata...

salam maulidur rasul, kak ;)

Fairus Bin Mamat berkata...

SALAM MAULIDUR RASUL JUGA BUAT KAMU..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs