KOTA KINABALU: Cadangan Cuepacs supaya kerajaan menetapkan gaji minimum antara RM850 dan RM920 bagi penjawat awam mendapat sambutan positif.
Dalam satu tinjauan rambang di sini hari ini, beberapa penjawat awam berkata langkah itu dapat membantu khususnya pekerja yang sudah berkeluarga.
Dayrrl Dominic, 31, warder penjara di pusat pemulihan juvana, Sekolah Henry Gurney di Keningau, berkata walaupun gaji pokok beliau kini melebihi RM1,000 sebulan, paras itu hanya dicapai selepas 11 tahun bekerja dengan Jabatan Penjara Malaysia.
Semasa beliau mula bekerja dahulu, gaji pokok beliau hanyalah RM489 dan ditambah elaun, ia berjumlah RM600.
Beliau menyokong cadangan Cuepacs baru-baru ini supaya kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam untuk menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
"Memang ini berita gembira jika diluluskan, terutama kepada mereka yang baru memasuki perkhidmatan awam. Sebelum ini ada teman-teman yang terpaksa mencari kerja sampingan seperti bertani atau mengusahakan ladang, untuk cari duit lebih," kata Dayrrl.
Ros Barinau, 29, seorang jururawat di hospital kerajaan, turut menyokong cadangan itu kerana ianya akan dapat dinikmati oleh setiap peringkat penjawat awam.
"Bagus jugalah kalau mereka naikkan gaji minimum, (gaji) kami pun mungkin naik," katanya.
Ros, yang sudah berkhidmat selama lima tahun, berkata walaupun beliau tidak mempunyai masalah daripada segi gaji pokok kerana ianya memang melebihi paras minimum yang disyorkan oleh Cuepacs, beliau dan beberapa rakan sekerjanya pada mulanya menghadapi masalah apabila ditugaskan di kawasan pedalaman kerana elaun khas yang diberikan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan sebenar.
"Semasa saya di pedalaman Beluran dulu, kami terima elaun hidup susah RM100 lebih.
"Tapi kalau sewa kenderaan untuk sekali perjalanan ulang-alik pergi ke pekan terdekat untuk beli barang keperluan, sudahpun menelan belanja RM200, mana cukup," katanya.
Ros berharap dasar gaji minimum ini dapat dilaksanakan pada masa terdekat untuk memastikan beban penjawat awam terutamanya yang ditugaskan di kawasan pedalaman, dapat dikurangkan.
Julita Benjamin, petugas di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, berharap kerajaan negeri turut menimbang perkara itu bagi pekerja-pekerja awam di bawah kerajaan negeri.
Beliau berkata adalah wajar gaji yang diberikan setimpal dengan tugas yang dijalankan. "Terdapat kes pekerja bawahan membuat kerja pegawai tetapi mereka ini tidak menikmati ganjaran sewajarnya," kata Julita. BERNAMA
*Sumber - mStar
Mudah2an keputusannya nanti mengembirakan semua.....
7 ulasan:
apsal interview kat sabah srawak je... kat KL ni tak tanya ?...
dengan petrol naik rege... gula pun naik rege... elok la gaji pejawat awam suma naik terutamanya kumpulan sokongan... ;p
tu baru hasrat ceupacs jer, belum tentu lagi dapat di penuhi kerajaan. mimpi jer lah....
gaji minimum sangat bagus bagi memastikan semua pekerja dapat gunakan untuk basic needs
mungkin hanya mimpi..nape COLA tak diselaraskan..luar bandar harga brg lagi mahal coz takde penguatkuasaan
gaji mininum tu tak mampu tampung kos sara hidup yg makin tinggi... apapon kalau betul diluluskan... bagus la ~
dni setuju!
:)
KALAU YANG BAWAH NAIK, YANG ATAS2 PON MESTI NAIK KAN.. KALAU TAK NAIK NANTI, GAJI SAMA LEVEL PLAK.. :)
Catat Ulasan