UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 16 Februari 2011

KARI TERUNG ALA-ALA AZZEYATIN

Hari ni nak share Kari Terung Ala-Ala Azzeyatin plak. Ha3.....Ade yang tak sker terung ke? Takpe2...len kali kita citer sayur lain plak ye. Tapi this time...citer tentang terung dulu.......hu3.....

Actually Kari Terung ni aku masak semalam. Rasanya ramai pun yang terror bab2 masak kari ni. Cuma cara je yang berbeza. So kalau nak ikut cara aku a.k.a Ala-Ala Azzeyatin boleh ikut step kat bawah ni.


BAHAN2NYA:-

Terung bulat 2 biji (dibelah 4)
Udang kecil (ikut sker)
2 sudu serbuk kari ( bancuh dengan sedikit air , gula dan garam)
Bawang merah 3 biji (dimayang)
Bawang putih 2 ulas 9dimayang)
Bawang besar sebiji (dipotong bulat)
Daun kari
Santan dari 1/2 biji kelapa
1 batang Kayu manis
Sekuntum bunga lawang
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa




CARA2 MEMASAKNYA:-

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yang dimayang dan dipotong tadi. Masukkan kayu manis dan bunga lawang sekali . Tumis sampai naik bau.

2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh tadi . Tumiskan sampai terbit minyak. Kemudian masukan plak udang.

3. Masukkan santan dan kacau perlahan. Tambah sedikit air jika perlu

4. Bila santan dah mula mendidih, masukkan pula terung. Kacau2 dan masak sehingga terung jadi lembut.

5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

6. Boleh lah dihidangkan.



* Masakan kari macam gini sedap dimakan dengan kicap masa nasi masih panas2 lagi.....Kalau ada ikan masin goreng lagi terangkat.......:)

4 ulasan:

atty's berkata...

lapar tertiba perut ni tgk kari terung

Jom baca: DiamondRing

♥ manje ♥ berkata...

mmg best mkn ngan ns pns2 hihi
*** lapar!

nurkass berkata...

owh..first time dgr kari terung ni..selalunya masak ikan or ape2 br letak terung..leh try nih..

Fairus Bin Mamat berkata...

TAK MAKAN TERUNG.. PS: CLICK UR HB. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs