UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 30 April 2011

MOOD; PENAT....PEKENA AIS KACANG MEMANG SYOK...:)

~ Lebih kurang cam gini le ABC kat Restoran Nasi Kandar Pelita tadi....cuma ada aiskrim je kat atasnya.....Ni masa makan kat tempat lain.....:)


Mood: penat ...balik dari Pesta Buku kat PWTC tadi. Punyalah ramai orang....sampai nak pitam pun ada. Hajat nak pusing sume gerai2 yang ada terpaksa dibatalkan . Sebab aku rasa kepala aku dah mula 'ting tong' tadi.

Cuma sempat belikan my princess novel je. Dapatlah diskaun RM3; Dengan harga after diskaun RM15. Okay lah kannnnnn....Sesak punya pasal jalan pun tak pandang kiri kanan...tu yang terlepas pandang ada gak kawan blogger kat situ.

Itupun bila dia inform aku kat komen n3 nih. Sory ye TE ....memang tak perasan tadi. Kalau tak boleh gak kenal2 kannnnnnn. Agak nya mesti ramai lagi blogger2 lain kat situ.....Sape ada kat situ tadi...sila angkat tangan ye..heh3....

Kuar dari situ terus ajak my hubby pegi makan. Restoran Nasi Kandar Pelita kat Bangsar jadi pilihan. Layan ABC dia....rasa lega sikit....hu3...


P/S: Ada masa nanti aku upload gambar 2 kat Pesta Buku tu ye.....Sape yang belum pegi masih ada 1 hari lagi. Esok ; 1/5/2011 last day:)

'STICKY MODE ENTRY - PLEASE SCROLL DOWN FOR THE LATEST ENTRY....'HEARTBEAT DAH BOLEH CASHOUT .. JOM JOIN HEARTBEAT ..HEARTBEAT PROGRESS



Dah beberapa hari aku tak cek akaun Heartbeat (HB). Tetiba hari ni tergerak hati nak cek. Bila masuk je akaun .......so surprised! Aku dah boleh cashout.........Syoknya. Semakin bersemangat nak berheartbeat.

Yang paling buat aku rasa teruja bila tengok kat ruangan OTHERS ada RM24.00 . Setau aku earnings OTHERS ni akan diberi kalau kita selalu wat promosi tentang HB kat blog kita. Owhhhhhhhhhhhh..alangkah indahnya dunia. Tak sia2 aku promote HB selama nih. Rm24.00 tu baru earnings untuk OTHERS , yang lain2 belum lagi. Kan ke masyukkkkkkkkkkkkkkk tu.

Berbaloi2 gak apa yang dibuat walau pun secara sambil2 je. Yelah ape nak bagi duit sesaje kannnnnnn......

Kalau ada sesape yang berminat nak baca lagi tentang HB Progress kat blog ni , klik je link kat bawah ....


So, sape2 yang belom lagi join HB, klik je banner kat bahagian atas blog nih dan ikut je arahannya. Sekejap je pun register. Boleh tambah income.Semudah A...B....C je....


P/S: Mood ceria.....coz tak sabar nak cashout HB plak lepas nih.....:)

Jumaat, 29 April 2011

JOIN BLOGLIST ATIEN ABERN


join bloglist atien abern
pulak...hehehe..nie bloglist my princess sendiri nih...saje2 lah nak meriahkan lagi die punye segmen bloglist nie....

Khamis, 28 April 2011

PENYANYI ORKID ABDULLAH TERLANTAR SAKIT

PELAKON veteran, Datuk Sarimah Ahmad (kiri) memegang tangan Orkid semasa lawatan Karyawan ke rumahnya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penyanyi era tahun 60-an, Datin Orkid Abdullah, 64, kini terlantar di rumahnya kerana menghidap penyakit ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lepas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu berirama Ghazal, Penawar Rindu itu tidak mampu bergerak dan aktiviti hariannya terpaksa diuruskan oleh tiga anaknya.

Anak bongsu Orkid, Eenaz Datuk Mokhtar, 31, berkata, ibunya menjadi semakin lemah sejak awal tahun ini kesan daripada tumor yang kini sudah merebak ke sistem badan.

“Kami difahamkan oleh doktor bahawa penyakit itu jarang ditemui di dunia. Kira-kira 20 peratus sahaja penduduk dunia menghidapnya di mana hormon berkembang dengan tidak menentu sehingga menjadi tumor.

“Ibu menjalani pembedahan pertama pada 2008 untuk membuang satu tumor. Bagaimanapun ia tumbuh semula kira-kira dua tahun selepas itu dan terpaksa dibedah lagi pada Februari tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Dataran Ukay di sini semalam.


*Sumber - KOSMO

KEK COKLAT BERKRIM JADI SANTAPAN PAGI NI

Kek coklat berkrim. Itu breakfast pagi ni. Kek yang officemate aku bawak. Sedap......Makan kek memang aku sker ; tapi buat kek jangan disuruh aku buat. Kang jadi lempeng je kang..ha3....

Ada sape2 nak belanja aku makan kek lagi. Meh sini......he3...


P/S: Selamat pagi sume..........................:)

Rabu, 27 April 2011

TETAP BERBLOGGING WALAU DALAM KEPALA TENGAH PUSING

Hai korang...dalam pada kepala ting tong' lagi ni , masih lagi gigih nak berblogging. Baru je lepas lunch. Hari ni beli kat kantin je; okaylah dari tak de. Kadang2 kena belajar juga mensyukuri apa yang ada kannnnnn....


Nasi putih dengan kari terung berlaukkan ikan goreng ; cukuplah buat mengalas perut. Asal jangan perut masuk angin cukup. Sementara nak tunggu waktu ke surau, layan fb dan blog sekejap.


Terima kasih untuk kawan2 yang datang blog ni dan juga baca entry2 kat sini.Even 2-3 hari ni aku kurang update entry sebab busy , tapi masih ada kawan2 yang sudi datang dan baca entry kat blog ni. Sayanggggggggggg korang sume....

PAGI YANG HUJAN ; KEPALA PUN TING TONG LAGI

Pagi yang hujan. May be dari malam tadi ; aku tak perasan. Balik shopping barang2 dapur dari MYDIN, Bangi aku terus tido. Sebab kepala pening. Subuh baru tejaga. Bangun pagi ni pun dalam keadaan kepala 'ting tong' lagi....hadoiyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Kat tempat korang ujan? Ujan2 ni jalan pon jem. Sume pakat2 kuar lepas ujan ; dalam waktu yang sama . Itu pun penyebab ujan juga tu.

Macam tadi , kat trafic light......agak jem juga. Dah le aku dah lambat......Senario bese waktu ujan kannnnnnnnnn. Apa nak buat.

Selasa, 26 April 2011

DAH LUNCH KE?

Masih kat office ; baru je lepas lunch sorang2 kat pantry tadi. Nasi putih berlaukkan telur masin dan sup petola je. Itu je yang buat aku selera nak makan. Lauk2 lain kat kantin sume tak menyelerakan....:(


Korang dah makan ke? Kat office ni makin sunyi plak sejak gaji dah kuar semalam. Besele......time gaji je ramai yang makan kat luar. Kan macam2 pilihan kat luar tu....Janji sediakan RM nya je.


Aku malas nak kuar lunch. Lagipun pukul 2:30 nanti dah siap2 mintak permission kuar office. Ada urusan sikit kat Bangi. So selamat menjamu selera kepada kawan2 sume....



P/s: Sorry aku tak sempat lagi nak bw hari ni. Agak busy.....

PAGI INI DENGAN SARAPAN NUGGET

Ha3....Tak boleh blah punya tajuk. Straight to the point. Actually pagi ni aku tapau Nugget yang teah siap sedia digorengkan oleh my huby untuk breakfast aku pagi ni...*mood: sker yang teramat...* Tq untuk my hubby..:)

Dah pagi Selasa pun. So, rasanya dah tak de Blues2 dah hari ni kannnnnn. Jadi jom kita teruskan keje cam bese. Hilangkan sume rasa Blues2 tu sambil layan lagu kat radio yang best2 pagi ni.....


*Minggu ni agak busy...so entry pendek ni akan jadi sinonim dalam blog ni...he3.....

Isnin, 25 April 2011

SELAMAT BERSARAPAN DAN JANGAN LUPA JAGA KESIHATAN

Hari Isinin lagi. Ada yang sker kaitkan Isnin dengan Monday Blues ; sebab rasa berattttttttt je nak datang keje selepas 2 hari bercuti. Itu perkara bese untuk orang2 yang bekerja. Whatever...keje tetap keje. Kena teruskan jugak walau macam mana Bluse sekali pun.

Sebelum tu jangan lupa breakfast dulu. But makesure, menu untuk breakfast jangan terlalu heavy sangat. Kesihatan kene jaga, so apa yang kita makan kena amik tau. Lagi2 untuk anak2 kita yang masih kecik tu.

Kalau tak jadi macam yang dilaporkan dalam KOSMO hari ni.Ibu Bapa Punca Anak Obes. Bahaya tu. Menjejaskan kesihatan. Anak2 ni muda lagi ....Tapi perlu diingat juga , kesihatan perlu dijaga untuk semua peringkat usia, bukan untuk anak2 kecil je...So , selamat bersarapan dan jangan lupa jaga kesihatan.

Ahad, 24 April 2011

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


Selamat berhari minggu. Dah breakfast? Breakfast apa? dan breakfast di mana? Aku tak ke mana2 pagi ni. Breakfast kat umah je. Dengan teh 'O' panas dan biskut cam kat atas tu. Rasa boring juga tapi tak tau nak ke mana....

Plus , my princess masih di sekolah ; ada camping. Bila dia tak de memang sunyi sikit. Dah bese bertiga....bila berdua..macam ada yang kurangnya.

Cuaca agak panas pagi ni. Teringat aku pada kain yang belum disidai. Yang tengah di mesin pun ada lagi tu...hu3.......Inilah kerja yang bese kalau hujung minggu.....Basuh kain...sidai kain..lipat kain....:P

Sabtu, 23 April 2011

ASHRAF MUSLIM - DAYANA NIKAH 1 SYAWAL DI MEKAH

Ashraf dan Dayana ketika majlis pertunangan di rumah keluarga Dayana di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Sabtu. - Foto M AZHAR ARIF

Ashraf tersenyum ceria di samping tunangannya.

Hantaran buah-buahan untuk pihak perempuan.

Hantaran coklat untuk pihak lelaki.


Alhamdulillah, selamat sudah majlis pertunangan pelakon Ashraf Muslim pada hari Sabtu, di Kampung Sungai Pusu, Gombak dengan pasangannya Noor Dayana Lokman. Dan kedua2nya sepakat untuk memilih Mekah sebagai tempat untuk melangsungkan pernikahan pada 30 Ogos nanti (bersamaan dengan 1 Syawal).

Mudah2an niat murni mereka dimakbulkan. Insyaallah. Tahniah buat kedua2nya.

*Sumber - mStar

TINGGALLAH KAMI BERDUA ..MY PRINCESS ADA CAMPING

~Orang kata , kadang2 berdua lebih baik. Tapi ye ke? sebab macam we alls .....dh bese bertiga (me , my hubby n my princess), tetiba bila tinggal berdua, rasa sunyi plak jadinya.....hmmmmmm..

~ Apa nak buat, my princess ada perkhemahan kelab beruniform di sekolahnya. Bermula petang tadi. So , malam ni tinggalah aku dan my hubby je kat umah. My princess tido kat sekolah. Harap2 perkhemahan itu berjalan lancar.....


P/S: Bila tiada.......terasa sangat 'ketiadaannya'...:(


Jumaat, 22 April 2011

KAMI KE SINILAH...NILAI 3 - CARI BAJU RAYA

~ Mesti korang tertanya2 ; ke mana dan kenapa aku buat entry hari tu? *tapi ada ke yang nak tau pon...* Actually ke sinilah kami....


Ke NILAI 3.....Untuk cari baju raya...:)



~ Pasar Borong NILAI3 ....Ni 2nd time aku sampai sini. First time tahun 2008....

~ Dah jumpa tempat yang dituju, baru le boleh senyum sikit...hu3....



~ Macam2 ada kat NILAI 3 ni...dari sebesar2 benda sampailah kepada sekecik2 benda....macam yang ini RM7.90 je

~ Grip untuk langsir ; murah je RM2.90

~ Ni pon untuk langsir gak..ni RM7.90

~ Yang ini bukan langsir ye kawan2...hu3....Tapi inilah baju raya kami tahun ni. First raya kaler krim (umah MIL)....2nd raya kaler silver (umah my mum ; this year turn aku pilih kaler untuk tema hari raya...)


2 pasang aku dah anto kat tailor 2-3 hari lepas. Pantas kan...sebab tailor kat sini amik tempahan sampai awal bulan Jun je. Pas tu bolayan...

Yang lagi 2 pasang , anto kat my mum je. My mum tailor ....tapi anak2nya nan ado yang berbakat jadi tailor.... Berbakat pakai baju yang dah siap ade le...ha3....



P/S: Amacam? Korang plak dah beli baju raya ke?

'UP' SIKIT RASA 'DOWN ' PAGI TADI BILA DIHARGAI...TQ BUAT MISYA DAN KAWAN2 SEMUA



~ Terima kasih untuk kawan2 yang mendoakan....Areleez, misya, Mommy Fara, Miecyber,Izan Ishak, Sharinginfoz, amirah, eelobor, mama maman , meniti senja ..dan sume kawan2 yang singgah ke blog ni. Kata2 dan doa kalian sedikit -sebanyak melegakan 'rasa' yang aku alami...:)

~ Tak sangka ada juga silent reader yang selama ni sering datang dan membaca entry2 di blog aku yang tak seberapa ni ; misya . Walaupun cuma beberapa baris ayat yang ditinggalkannya di sini...cukup meanikkan semula semangat aku yang agak 'down' tadi....

~ Dan paling buat aku rasa dihargai ; bila misya sudi buat entry hanya kerana aku follow blog dia di sini. Memang tak sebesar mana bagi blogger2 yang memang dah gah 'namanya'...tapi bagi aku cukup besar kesannya. Kerana tanpa sokongan kawan2 sume....siapalah AZZEYATIN dalam dunia blogging ni.



P/S: Thanks a lot untuk misya dan kawan2 sume.....'up' sikit rasa 'down' aku tadi & mudah2an 'rasa' itu akan terus pergi.........:)

NAK MAKAN ROTI CANAI KE ???


Dah hampir dengan waktu lunch ni. Bese kalau lunch mesti orang cari nasi punya. Kali ni kalu nak tukar selera ...pekena roti canai pun okay juga kot. Roti telur ke....roti sardin ke......roti planta ke.....yang penting cicah dengan kuah kari kaw-kaw punya.

Ada ke yang teringin makan roti canai tengahari ni??? Kalau ada.......SILALAH KE KEDAI MAMAK YANG BERHAMPIRAN YE....:P

HEARTBEAT DENGAN BANNER BARU SEMPENA MOTHER'S DAY

~ Banner baru Heartbeat....sempena Mother's Day


Perasan tak.... yang pasang banner Heartbeat kat blog ; dah ada banner baru. Sempena Mother's Day yang bakal tiba tak lama lagi. Jadi kepada sume anak2 yang tengah berkira2 nak belikan hadiah untuk ibu masing2 boleh le ke Heartbeat nih.

Klik je banner Heartbeat kat atas blog ni. Explore kat situ...macam cenderamata ada.....Mug yang comel...T-shirt yang menarik....Keychain yang pelbagai bentuk...frame gambar yang nampak ekslusif.....dan macam2 lagi.

Dan jangan tak tau dengan memasang banner Heartbeat kat blog pun boleh mendatangkan income tau. Dengan klik2 je RM dah boleh masyukkkkkkkkkkkkkk. Baca kat sini untuk informasi ye.



P/S: Jom kita terus berheartbeat....:)

ADA KETIKANYA RASA 'DOWN' JE.....

Salam pagi Jumaat......Sekadar nak mengingatkan semula. Perbanyakkan zikir 'Ya Allah' di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga kita sama2 dapat manfaat dan perlindungan dari-Nya.

Kadang2 bila ujian datang....kadang2 bila jiwa tertekan...kadang2 sekuat manapun hati...kadang2 sejauh mana pun pergi...ujian bersilih-ganti.......

Rasa resah....gelisah.....'down' tiba2....Mudah2an rasa ini tidak lama. Ya Allah beri aku kekuatan menempuhi semua ujian dalam hidup ini.


MOOD: Rasa ingin seperti di zaman kanak2 dulu ......penuh dengan rasa ceria...gembira...tiada duka. Yang taunya seronok je.....:)

Khamis, 21 April 2011

PEKENA CENDOL UNCLE HUSSAIN KAT SENTOSA EVENUE , KAJANG

~ Restoran Cendol Uncle Hussain kat Sentosa Evenue, Kajang

~ Senarai harga untuk menu yang disediakan.

~Cendol Kacang Merah for me

~ Cendol longan for my hubby

~ Cendol Extra for my princess

~ Ni my favourite....Lempeng kelapa makan dengan sambal dan kuah kari....marvellous!


Apa menu minum petang korang hari ni? May be nak ubah sikit dari kebiasaan....apa kata pekena cendol dan lempeng. Petang2 ni syok kalau dapat layan menu2 nih.

Macam yang aku try kat CENDOL UNCLE HUSSAIN di Sentosa Evenue ni.....Pada sape2 yang tak tau kat mana kedai ni ; senang je..kat area belakang hospital Kajang. Ada satu kawasan perniagaan , deretan kedai2 dan pejabat. Kat situlah.

Sedap cendol kat sini. Macam2 pilihan ada. Lempeng pun ada macam2 jenis. Order je. Selain tu ada juga laksa dan beberapa menu lain. Citer banyak tak guna....tengok gambar pun dah terliur kan ....so apa lagi.....cubalah!

AZZEYATIN ...DAH LEBIH SETAHUN RUPANYA...

Tak sangka....diam tak diam, dah setahun lebih rupanya 'usia' blog AZZEYATIN nih......

~ Inilah entry pertama aku pada 26 Mac 2010....Ist Day In My Blog.....HERE I COME. Masa ni saje nak cuba2.....lama2 jadi sker..


Dan selepas setahun lebih....aku tetap aku....AZZEYATIN tetap AZZEYATIN....Dengan follower seramai 543 orang ; aku rasa happy sangat sebab ada juga yang sudi datang ke blog aku yang tak seberapa ni......

~ Aku tetap aku......


~ Kadang2 ada juga rasa stress.....mental blocked sekejap...tak tau nak update tentang apa.....TAPI, aku teruskan juga menulis ; bak kata orang terus pandang ke depan

~ Paling tidak pun ada 'sesuatu' buat kenangan untuk orang2 tersayang . Apa yang ada di dalam blog ini adalah tentang diri aku....family aku..dan segala2nya yang berkaitan dengan kehidupan aku

~ Sampai kadang2 terpaksa 'relax ' sekejap....sekadar nak mencari ilham......yang penting AZZEYATIN perlu terus terisi.....dengan apa juga yang boleh dikongsi


HARAPANKU.............

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


~ Semoga AZZEYATIN akan terus kekal....mekar.....*bak bunga yang berkembang*......di hati kalian .......


TERIMA KASIH YE KAWAN2.........

BIHUN GORENG DAN SAMBAL KERANG

~ Bihun goreng dan sambal kerang


Ni menu breakfast hari Sabtu lepas. Actually aku memang susah sikit nak breakfast menu yang heavy cam gini. Normally aku breakfast dengan air susu @ milo dan roti atau biskut je. Tapi pagi tu bila terpandangkan Bihun Goreng ni .....rasa teringin plak.

Tak sia2 aku cuba . Memang sedap. Sambal kerangnya pon sedap. Kadang2 asyik sambal ikan bilis je pun jemu juga. Sesekali tukar ke sambal kerang .........okay gak....:)


P/S: Bihun Goreng Singapore pon best gak.....

SYABAS UNTUK ASTRO..

Ni pasal siaran ASTRO kat umah akulah...kena block. Bukan masalah tak bayar ; tapi sebab ada arears lebih kurang RM20. Perkara ni disebabkan memang dah jadi bese , every month aku akan bayar RM50 ke akaun ASTRO . Sikit je jumlahnya sebab apply channel yang basic je.

Tapi aku 'terlepas pandang' le plak yang baru2 ni aku ada melanggan citer kat ASTRO FIRST. So of course le bayarannya pun lebih.

Dek kerana 'terlepas pandang tu' pagi2 lagi my hubby dah kal kata siaran ASTRO kena blocked dan dia on the way nak buat payment kat Public Bank. Aku terus kal Customer Service ASTRO. Memang tip top layanan dia .

Yang paling best dia terus sambungkan semula siaran ASTRO on the spot ,even aku just kal dia by phone je. Tapi aku mentioned lah on the way untuk buat bayaran Kalau mengikut prosedurnya siaran akan aktif semula selepas 3 jam buat bayaran.......

Tapi tak samapai 1 jam (bila my hubby dah balik umah) , siaran ASTRO kat umah aku dah di sambung semula. Syabas untuk ASTRO atas servis yang mesra dan tip top ni. Yelah bukan aku sengaja tak nak bayor...cuma terlepas pandang je.


P/S: Untuk info bersama ; bayaran melalui mesin CDM kat Public Bank adalah lebih cepat prosesnya berbanding di tempat lain. Atau pun kalau menghadapi masalah yang sama ....boleh bayar guna Kredit Kad saja dengan menghubungi Customer Service ASTRO. Itu yang dimaklumkan pada aku tadi.

SELAMAT PAGI ; SEMALAM DAPAT UPDATE 1 ENTRY JE

~ Selamat pagi sume


Disebabkan semalam agak busy ...aku cuma sempat update 1 entry je. Bw pun tak berapa sempat. Pagi aku atend Program Kesejahteraan Psikologi kat Putrajaya. Mula pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 12:30 tengahari.

Balik ke office dah pukul 1:10 ; dah waktu lunch. Lepas lunch plak sempatlah bukak blog sekejap dan bw ke beberapa buah blog ....sebelum blackout kat office aku nih. Kebetulan semalam aku tak bawak laptop. Tu yang cuma sempat update 1 entry je tu.

So, hari ni insyaallah aku akan update lagi mana yang boleh dan bw ke blog kawan2 cam bese ye...:)

Rabu, 20 April 2011

MIN MALIK - MAHU JADI SEPERTI BAPA

WALAUPUN sudah menyertai askar Wataniah, Min masih menyimpan hasrat untuk kembali menyanyi.


Ingat lagi ke dengan penyanyi ni ; Min Malik yang pernah popular dengan lagu 'Flora cinta' sekitar tahun 90-an. Dah lama tak dengar berita tentang dia ni kan.

Rupa2nya dia dah beralih minat dengan memasuki bidang ketenteraan - askar simpanan atau wataniah sebagai Parajurit Muda Askar Wataniah. Malah tiada siaap menduga akan kehadirannya dia dalam pasukan Platun Media Wataniah di Rejimen 515 Askar Wataniah , Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dia juga tidak kekok begaul dengan rakan2 sepasukan. Untuk cerita lanjut boleh klik di sini - KOSMO


P/S: Suatu masa dulu lagu 'Flora Cinta' ni jadi salah satu lagu siulan anak2 muda....Termasuk le aku sendiri yang masih bersekolah masa tu..:)

Selasa, 19 April 2011

ADD AUTHOR UTK JADIKAN ADMIN KAT BLOG DAH SETTLE...

Alhamdulillah. Dah puas cari info sana sini...tanya sana sini...akhirnya masalah nak jadikan author kat blog sebagai admin dah pun settle.

So kepada yang berdepan dengan masalah macam aku ; yang aku citer kat sini......Boleh follow step kat bawah ni ye.

Tapi makesure kita dah cuba buat ikut tutorial yang ada kat sini dulu. Kalau okay ; tak yah le buat step2 kat bawah ni. Kalau tak okay boleh le cuba buat ye.


LANGKAH PERTAMA: Klik profile kat blog kita.....


LANGKAH KE-2: Klik pada EDIT PROFILE

LANGKAH KE-3: Pegi ke option Identity.
Pastikan Username = email gmail (cth - azzey77@gmail.com)
Email Address= masukkan email gmail juga (cth - azzey77@gmail.com)


LANGKAH KE-4: Klik SAVE PROFILE

LANGKAH KE-5: Double check dengan pegi ke setting >> permission.
Make sure author yang kita add (azzey77@gmail.com) dah bertukar jadi admin macam kat atas tu.


Senang rasa hati bila dah jelas admin yang baru kat situ. Time kasih banyak2 untuk Yus yang bagi tips ni macam komen yang dia tinggalkan kat sini.

Dan time kasih juga pada lya - blog Cahaya Hatiku yang spend time chatting ngan aku pagi tadi dan tak jemu2 tolong jawab soklan2 aku tentang masalah ni.

Juga pada kawan2 yang drop by komen kat entry aku sebelum ni. Time kasih banyak2. Sayang korang sume.



P/S: Kalau tak nak tukar ; terpulang pada masing2.Cuma aku nak share info yang aku dapat. Sebab akau dapat rasa betapa aku perlukan pertolongan seseorang masa aku facing problem ni sejak semalam, memang tension jadinya ; so may be ada kawan2 yang perlukan info yang sama......:)

KEMANA ? KENAPA?

~ Di mana ni? Nak kemana ???


~ Hu3...serius tu ; tengah fokus...mana nak pegi dulu....dan apa yang nak dibuat dulu...:P



P/S: Entry sesaje nak release tension lepas dah bertungkus -lumus buat ADD AUTHOR dalam blog.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs