UpDaTeR

Pengikut

Pages

Ahad, 20 Februari 2011

MEMANG DOSA PAHALA MILIK MASING2...TAPI HIDUP PERLU ADA PRINSIP

Hidup ini perlu ada prinsip. Lagi2 kalau perkara2 yang berkaitan maruah diri. Jangan hanya kerana ingin ‘sama macam orang lain’....prinsip diri diketepikan. Jangan hanya kerana ‘semuanya sekali je dalam seumur hidup’, maruah diri jadi pertaruhan.

Hmmmmmmmmmmmmm...entahlah. Nak dikata tak berpelajaran, susah payah ibu ayah bergolok bergadai menghantar ke Universiti hingga tamat pelajaran dan menggenggam segulung ijazah ;malah jadi pelajar contoh....tapi kesudahannya prinsip dan maruah diri tercalar.

Apa2 pun ujian yang mendatang, pokok pangkalnya diri sendiri. Katakan ‘tak’ pada yang memang ‘SALAH’ dan jangan susah mengatakan ‘ya’ kepada yang 'JELAS BENARNYA.' Hidup memang cuma sekali ; dan pengakhiran kehidupan juga tidak mungkin berulang-kali.

Dosa pahala memang masing2 yang punya. Tapi sanggup ke hidup terus berdosa. Tau ke kita bila ajal bakal menjemput tiba? Pahala yang dicaripun kalau mata memandang tanpa berkata apa2 pada yang jelas salahnya......dapat saham juga. Sama2lah kita muhasabah diri.

3 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

selamat malam azzey

semakin, ramai yang kita kenali/temui semakin banyak ragamnya

tapikan, prinsip mmg boleh bergegar tanpa iman

jeBateja berkata...

ahakz.....kata kan tidak pada rokok jugak...ahakz

ozzy berkata...

Assalam..

Perlu yakin pada diri dalam membuat apa jua keputusan.Kdg kala perlakuan kita byk menimbulkan persepsi negatif pada org lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs