UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 31 Januari 2011

SUAI KENAL BLOGGER BARU : EDISI FEBRUARI


Aku pon masih baru lagi dalam dunia blogging nih. Baru 10 bulan. Belum cukup setahun. Masih banyak perlu belajar.

Pendapat aku mengenai laman web : www.1tube.my

Laman web yang bagus. Memang ada macam2 di dalamnya. Sekali imbas yang boleh dijelaskan di sini ; ada tutorial, lagu, video yang boleh di download dan ditonton.Untuk lebih jelas mengenai laman web ini, boleh le cuba2 jengah ke sana.

Pendapat saya mengenai : DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA setiap hari akan ada blogger2 baru dengan blog yang memaparkan idea2 tersendiri yang menarik dan boleh dikongsi bersama.

Blogger2 baru yang bakal menjadi pelapis kepada blogger2 popular yang sedia ada. Tiada yang baru takkan ada yang lama. Semakin ramai blogger baru lahir, maka semakin meriah dunia blog sekarang ni. Pembaca semakin banyak pilihan untuk mendapatkan info2 yang diperlukan.

Dengan wujudnya blog2 baru ini dengan blogger2nya yang sentiasa tidak kering dengan idea mampu untuk mencetuskan semangat untuk menulis juga kepada para pembaca. Ini secara tidak langsung menjadi pencetus keinginan kepada pembaca2 ini pula untuk menulis di dalam blog mereka sendiri.

So, semakin ramai...semakin meriah jadinya dunia blog di Malaysia sekarang ni. Yang penting ianya mempu menyumbangkan kebaikan kepada kita semua.



ALHAMDULILLAH.....400 FOLLOWER BLOG AZZEYATIN


Aku baru sampai ke rumah ; baru selesai sesi senamrobik mingguan kat office tadi. Rasa segar badan bila kuar peluh masa bersenam tadi. Masa mula2 join senamrobik ni, badan rasa sakit2 tapi bila dah nese....every week join dah tak de rasa sakit dah ; bak kata orang tua2 ...'alah bisa, tegal biasa'.....

Sampai umah terus update blog. Alhamdulillah bila cek follower blog AZZEYATIN ni dah mencecah 400 orang.

Follower yang ke 400 ; isal (SIAPAKAH KITA DI SISINYA).....Tak de hadiah pon.......sorry ye cuma ucapan terima kasih sangat2 untuk isal dan sume follower blog ni dan terima kasih kepada yang setia menjengah blog ni, tinggal komen dan tinggal jejak kat shoutbox. Korang sume pembakar semangat aku untuk terus berblogging!


P/S: Hajat di hati nak sebut sume nama2 follower; tapi apakan daya....semput nafas aku kalau nak sebut sume nama.....hu3....I REALLY APPRECIATED ALL OF YOU!

PAGI YANG INDAH SEINDAH BUNGA YANG MEKAR BERKEMBANG..



Selamat pagi yang ceria untuk pagi Isnin ni. Alhamdulillah pagi ni agak betsemangat dan ceria. Walaupun badan rasa sakit2. Beselah semalam dan kelmarin sibuk dengan keja2 umah. Terasa penatlah sikit. Tapi berbaloi2 sebab dapat dapat spend time dengan family tersayang.

Sambil update sambil dengar lagu kat radio. Rasa ceria je. Pandang plak ke atas meja yang ada hiasan kuntuman bunga....bertambah2 mekar taman yang ada dalam hati.....hu3.

Kan bagus kalau setiap pagi cam gini. Barulah boleh meningkatkan produktiviti. Hubungan dengan orang sekeliling pun mesra je....tak de nak masam2 muka. Harap2 kawan2 sume pon ceria dan bahagia hari ni ye.......

P/S: Indahnya hari andai sering di kelilingi bunga2an macam dalam gambar tu.......Harum mewangi je kehidupan ni kannnnnnn....:)


Ahad, 30 Januari 2011

ANDA ADA 60 SAAT DAN PLAN TONTON 7 LAGU ..

Cuaca mendung kat luar dan masih hujan lagi. Aku plak masih dengan aktiviti blogging aku ni ; lepas minum petang dengan air teh 'o' panas dan keropok lekor tadi. Sambil2 BW layan lah Program 'ANDA ADA 60 SAAT ' kat ASTRO WARNA. Macam2 aksi peserta untuk mendapatkan hadiah yang lumayan.

60 saat dengan hadiah ribu riban ....kalau berjayalah.....sape nak bagi kan. Yelah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sape yang tau. Aku yang tengok ni tumpang gembira jelah kalau ada yang menang.

Malam ni plak citer seram 7 LAGU di ASTRO juga ; lakonan utama oleh Farid Kamil. Aku plan nak tengok. Citer2 seram ni memang favourite aku. Kalau tak, takkan aku selalu jadi penonton setia citer2 genre seram ni kat sini dan sini.


P/S: So far dah 30 blog aku sempat ziarah......Malam ni sambung lagi sambil layan citer 7 LAGU......

REZEKI KALA HUJAN .. NUFFNANG


Hujan tu kan rezeki. Bila hujan makin suburlah tumbuh2 an kat muka bumi nih. Agaknya ni pon rezeki kala hujan ni. He3....

Cek Nuffnang pagi tadi adele RM3.00 lepas 5-6 hari aku cashout! Sedap le sikit mata memandang kat ruangan earnings tu. Takdelah earnings '0' je....Hu3...Bukannya nak menunjuk2 ; tak banyak mana pon....tapi dapatle memotivasikan diri untuk terus berblogging.

Sikit2 lama2 jadi bukit. Lebih baik ada dari tak de kannnnnnnnnnnnnn.....:)

HUJAN ..... UBAH STYLE DI HAIRAZONE

Dari pagi tadi hujan. Bangun awal je macam hari2 keja bese. Ingatkan nak online lepas mandi pagi tadi. Tengok2 my hubby dah booking dulu. Mengalah je lah aku jawabnya....hu3....

Bukan selalu pon dia online, so aku pon continue buat keja2 umah. Dah siap buat keja umah ; hari ujan lagi kat luar, rasa sejuk plak.....mata terus je rasa nak tido......Tertido le plak. Lepas lunch tadi kuar sekejap.....bawak my princess potong rambut kat HAIRAZONE, Kajang.

Not bad. Ada 2 jenis service kat situ ; SENIOR RM 15 dan PROFFESIONAL RM25. Aku pilih yang senior je. Tapi cantik gak hasilnya.....:)

P/S: Kat luar masih ujan.....mesti ramai yang amik peluang tido nih.....heh3.....

Sabtu, 29 Januari 2011

SEBELUM NI TAKDE GAMBAR , HARI NI BARU LETAK GAMBAR

~ Dulu guna logo ni je...................

~ Inilah gambar profile aku kat Nuffnang........:)


Dah lama nak letak gambar, tapi setiapkali nak letak gambar mesti ada je halangannya. Selalunya sebab tenet le. Hampeh!

Tapi hari ni aku dah letak gambar profile kat Akaun Nuffnang aku. Semalam edit blogger Bio Survey....so hari ni baru le lengkap bila dah letak gambar plak.....

Baru le orang kata balance. Macam makan nasi dengan sayur je...kena le ada lauk sekali, baru sedap menjamu selera....heh3.....*tapi gambar aku bukan 'makanan' ye...hu3...*

MENJADI JUGAK IKAN KEMBUNG MASAK DALAM DAUN PISANG AKU !

Akhirnya menjadi juga Ikan Kembung Masak Dalam Daun Pisang yang memang jadi favourite aku ; Aku cuba masak sendiri hari ni. Dah lama nak cuba tapi takut tak menjadi. Sudahnya dengan daun pisang yang my mum bawakkan dari kampung baru2 ni, aku cuba juga masak hari nih.

Memang tak hengat2 aku makan masa lunch tadi. Kebetulan menu Ikan Kembung Masak Dalam Daun Pisang ni pon jadi favourite my princess. Dia siap request aku masak selalu untuk dia. Hu3.....

Yelah, sebelum ni kalau teringin kena tunggu balik kampung mintak my mum masakkan. Tapi dah boleh wat sendiri ni.....bila2 je boleh makan. Kalu ada yang nak cuba resepi Ikan Kembung Masak Dalam Daun Pisang ni boleh ikut je cara2 memasak kat bawah :-


~ BAHAN2NYA:

1. Ikan kembung 5 ekor
2. Cili kering 10-12 biji (dikisar)
3. Bawang besar 1 biji (dikisar)
4. Bawang merah 3 biji (dikisar)
5. Asam keping (2 keping)
6. Sebatang serai
7. Garam dan serbuk perasa
8. Sedikit air

~ Alaskan kuali yang telah dituang sedikit minyak (bagi mengelakkan daun hangus) dengan daun pisang sebanyak 2- 3 lapis. Agak2 jangan koyak cukup le....

~ Susunkan ikan di tas daun pisang yang dah mula panas tu.

~ Tuangkan cili yang dikisar bersama dengan bawang besar dan bawang merah tadi.

~ Masukkan sekali serai dan asam keping

~Bila kuah mula mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Biar lagi sampaibetul2 masak. Perlahankan api.

~ Tutup dengan daun pisang lagi kat atasnya.....

~ Inilah hasilnya ! Ikan Kembung Masak Dalam Daun Pisang hasil tangan aku sendiri......hu3......

~ Dan ini plak yang my mum masak masa aku balik kampung hari tu.....SAMA kan?....Hu3......


P/S: Pesanan untuk my Litle Sista ; Areleez....."I MAKE IT"!........*Sebab dia kata aku m.a.l.a.s nak buat sendiri, sekarang dah terbukti.....TAK DE M.A.L.A.S hokay.....:)

TAK DAPAT YANG BESOR...YANG KECIK PON OKAYLAH ..


Ha3......Jangan ada yang fikir bukan2 ye bila baca tajuk entry tu.Hu3.....Straight to the point ye. 2-3 hari ni banyak blog citer tentang dapat limau free sempena Tahun Baru Cina ni. Dulu masa aku kat company lama ; memang every year masa Tahun Baru Cina, berkotak2 dapat buah limau nih.

Punyalah banyak sampai boleh sedekah2 plak kat sedara-mara dan jiran2. Yelah nak makan sorang tak abis...so bagi le sorang sikit.

Tapi bila dah keje kat sini, jangankan kotak limau ...kulit limau pun tak nampak bayang. hu3......Kalau nak, beli jelah sndiri. Ha3.....*padan muka aku....*. So baru2 ni pegi pasar malam aku beli le limau yang kecik2 dan comel2 ni. Sker limau kecik ni coz rasanya manis. Walaupun kecik je saiznya tapi berbaloi2 rasanya.....:)

CUTI TAHUN BARU CINA DAN BALIK KAMPUNG

Pagi ni banyak entry tentang nak balaik kampung kat blog2 yang aku sempat pegi. Ada yang dah on the way ke kampung. Yang dah sampai kat kampung pon may be ada kot....Bestnya kan dapat balik kampung. Cuti next week kan ; sempena Tahun Baru Cina.

Member2 office pon ramai yang plan nak balik kampung. Kat office sampai ke pantry.....tak cukup itu kat kantin pon sembang pasal balik kampung. Dah macam 'berkampung' plak kat office tu...hu3...

Memang le seronok balik kampung. Dapat jumpa family. Macam aku ni, nasib baik my mum datang umah baru2 ni. Lepas le juga rindu nak balik kampung tu. Tapi mana nak sama dengan balik kampung betul2 kan......Hu3......


P/S: Tema sebenornya n3 ni nak citer......AKU SEDIH TAK BALIK KAMPUNG.........Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

AKTIVITI PAGI SABTU

Pagi ni sarapan dengan ubi kayu goreng dan teh 'O' panas je. Mula2 plan nak rebus je ubi tu....tapi tak jadi. Ubi rebus pon sedap gak ; lagi2 cicah dengan ikan masin atau pon sambal ikan bilis.

Lepas breakfast , dalam pukul 7:30 kuar anta my princess ke sekolah coz ada aktiviti kokurikulum.Next week sekolah cuti seminggu ; cuti Tahun Baru Cina. Cuti berganti katanya.

Balik umah aku terus sambung buat keja2 umah. Sekarang ni sambil2 blogging.....sambil mesin kain baju yang kotor...2 in 1 punya keja. Pakej tu...hu3....

Korang ape je aktiviti pagi ni? Ada yang balik kampung ke? Maklum le baru dat gaji ....:)

Jumaat, 28 Januari 2011

BERPANTANG MAUT, SEBELUM AJAL.....SETENGAH JAM BERTARUNG NYAWA

OKASI bot dinaiki lima nelayan terbalik di Kuala Tok Bali, Pasir Puteh semalam.


Orang kata berpantang maut sebelum ajal. Selagi boleh berjuang, jangan terus menyerah kalah. Kecuali jika takdir memang begitu.

Itulah yang terjadi kepada 5 orang nelayan yang terpaksa berhempas-pulas selama 1/2 jam untuk menyelamatkan diri selepas bot laut dalam yang mereka naiki terbalik dipukul ombak besar. Dah memang rezeki mereka di laut.....itulah antara risiko yang perlu ditempuhi.

Berita selanjutnya di sini - KOSMO

POSING MANDI ? ADA KE PATUT ???



Dalam banyak2 entry.....entry itu juga yang dicarinya. Entry posing mandi. Alahai........posing mandi yang macam manalah agaknya yang dimaksudkan. Bab posing2 ni memang favourite aku, tapi posing mandi ni ......tak taulah plak, nak komen hape.

Macam2 keywords kan yang boleh kita jumpa. Yelah macam2 orang, macam2 ragam lah.Lain manusia , lain kehendaknya. Bak kata pepatah 'lain padang , lain belalang'........*eh2 betol ke aku tulis ni?....*

EDIT BLOGGER BIO @ NUFFNANG

Dalam sibuk2 BW tadi terfikir plak nak edit Blogger Bio Survey kat Nuffnang. Bukan apa , manalah tau kot2 ada cik2 dan puan2 BE sudi menyinggah lagi. Bertambah lagi income Nuffnang untuk tahun baru ni.

Sape tak nak BE kan. Mana ada yang tak sker BE kan.....Ramai yang sker BE (Buffered Earnings) ni. Jadi kenalah kemaskinikan survey tu. Kot2 boleh menarik minat Tuan Advertiser.

Masyukkkkkkkkkkkkkkk lagi le jawabnya.....


P/S: Nak BE lagi ye En Nuffnang.....* tak malu mintak BE.....HU3.....*

MAKAN FREE PUN TAK NAK ?

"Majlis Sejambak Kasih, Sekalung Budi" dah pun selesai sebelum Solat Jumaat tadi. Aku tak pegi pon , ramai member yang ajak. Malas nak pegi coz aku plan nak balik makan kat umah je. Majlis abis pukul 1 sedangkan waktu rehat hari ni 12:15 t/hari. Kesian plak my hubby makan sorang2 kat umah.

Ramai member yang kata ..."kenapa tak nak pegi, makan free lah". Aku cakap "ko nak pegi...pegilah. Makan free tak semestinya kita kena pegi."

Yelah sekalipun free, kalau kita ada hal lain yang dah dirancangkan sebelum tu....tak payah pegi pon tak apa. Lagipun tak de effect apa pon. Tapi beselah kan, bila cakap pasal makan free ni.....sure FULL HOUSE punyalah.

Sudahnya aku balik makan kat umah lagi selesa. Sambil makan boleh sembang2 ngan my hubby. Quality time gitu.......


P/S: Dalam membuat pilihan kita perlukan ketegasan......*itu tema nya sebenornya......hu3....*

JOM BALIK LUNCH!

Dah dekat pukul 12:15 nih. Dah waktu rehat. Hari ni masa rehat agak panjang. 12;15 t/hari - 2;45 petang.

Aku dah nak balik ni. So, kepada sume hati2 di jalan raya ye. Mesti jalan agak sibuk t/hari ni kan. Apa2 pon harap2 sumenye selamat.Dan selamat menunaikan ibadah Solat Jumaat juga ye.

Satu lagi , selamat menjamu selera t/hari ni....:)

i- CITY SHAH ALLAM

~ I like this picture......Gaya ibu dan anak.....hu3.......Then view kat belakang tu pon cam cantik je......:)



~ Tangga nak naik ke atas dari tempat parking.....My granny pon gigih juga tu nak tengok lampu2 kat atas tu

~ Cantik kannnnnnn......

~ Me, my mum n my granny.....

~ Tangga laluan ke tempat parking. Sempat posing lagi coz nak kan view lampu2 yang macam2 kaler kat belakang tu

~ Ini kaler merah

~ Replika pokok cactus yang diisi dengan lampu2.......nampak cantik je cahayanya.....


~ Bentuk peta dunia......ada lampu plak kat tengah2 nya

~ Ni jangan salah faham plak.....replika je tau....siap macam2 kaler lampu lagi kat badan 'lembu' tu

~Ni kalr putih plak......pon cantikkkkkkkkkkkkkkk...

~ 'Zirafah' berlampu....hu3....kreatif!

~ Sementara nak tunggu hujan teduh.....sempat amik gambar sendiri ngan my princess. Abis tudung kena hujan.....hu3.....

~ Ini plak macam2 kaler....

~ 'Burung merak '........i like it!


~ Bergambar dengan 'itik' yang manja ni.....he3...

~ My princess

~ My hubby.....sker gambar ni coz of kaler nya!

~ It's me.....mata pejam2 pon aku nak tepek gak kat sini......


Masa hari ke-2 my mum datang umah tu (26.1.2011) ; malamnya we alls ke i-CITY, Shah Alam.Sebelumni dah lama plan nak pegi. asyik baca kat blog kengkawan je tentang i-CITY nih......Diri sendiri tak juga pegi lagi.

Bayaran masuk untuk 1 keta ; RM10. Tempat parkingkat i-CITY ni pon senang. Tapi sayangnya malam tu tetiba hujan. Tak sempat lagi explore sume tempat kat situ......

Gambar2 yang ada ni je lah yang sempat aku snap. Memang cantik view waktu malam kat i-CITY tu. Penuh dengan lampu yang pelbagai kaler. Terasa indahnya donia!......He3.......

SAMBAL UDANG FOR MY PRINCESS

Semalam terbaca entry kat blog kakchik@ella (DARI JARI JARI HALUSKU)....tentang Butter Prawn yang dia masak untuk bodyguard dia .Rasa macam teringin plak nak makan udang.

So, petang semalam lepas balik keja aku pon terus ke Pasar Malam kat PRIMA SAUJANA. Cari udang yang fresh2 dan murah kat situ. Teringin nak buat Butter Prawn .....tapi tak reti......*shhhhhhhh...jangan citer kat orang ek....*

Jadi aku masakle Sambal Udang ni untuk lauk makan t/hari my princess hari ni.




RESEPI SAMBAL UDANG VERSI AZZEYATIN:-

Udang (yang sederhana besar tu) 10-12 ekor
Cili kering 10 biji
Bawang besar 1 1/2 biji (1 biji dimayang dan 1/2 biji lagi dikisar)
Bawang merah 4-5 biji
Bawang putih 2 ulas
Air secukupnya
Asam keping (sekeping)
Garam dan serbuk perasa


CARA-CARA MEMASAKNYA :-

1. Udang dibersihkan
2. Tumiskan bahan2 yang dikisar bersama sehingga naik bau
3. Masukkan sedikit air dan asam keping.Kacau2 sampai mendidih
4. Masukkan udang dan kacau2 lagi sampai udang masak. Perlahankan api
5. Taburkan dengan bawang besar yang dimayang dan kacau bersama2 udang tadi
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
6. Bila dah masak boleh lah dihidangkan


Selamat mencuba.....:)

WAKTU MINUM PAGI

Dah pukul 9:15 pagi. Dah ramai yang kuar minum. Kat kantin pon ada ; yang kuar pon memang le ramai gak. Aku malas nak kuar. Dah tapau air susu n roti ngan sosej dari umah tadi.

Cuma belum makan je lagi. Sekejap lagi baru minum....Korang dah minum?

MAJLIS SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI

Salam untuk semua. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia juga ye. Pagi Jumaat......beselah semangat kerja memang agak 'up' sikit. Coz waktu kerja yang pendek untuk hari Jumaat ni.....he3....

Hari ni ada makan2 lagi. Tak sudah2 kita dengan makan2 ye. Sana makan, sini makan......Pukul 11 pagi ni kat office aku ada buat 'Majlis Sejambak Kasih , Sekalung Budi'.....ha3.....Tak hagak2 nama majlis tu.

Actually majlis ni untuk meraikan kakitangan yang bertukar dan bersara. Semua kakitangan dijemput untuk hadir. Majlis akan berakhir pukul 1 tengahari ; sebelum solat Jumaat. Aku tak pasti lagi nak pegi ke tidak. Tapi yang pastinya , bila majlis makan2 ni ........ sure ramai yang akan pegi....:)

Khamis, 27 Januari 2011

ENTRY HILANGKAN MENGANTUK

Sejuknya cuaca sekarang ni. Dari pagi tadi mendung je. Hujan sekejap2. Kalau kat umah memang sedap layan tido nih. Kat office nak tido macam mana plak.......Hu3....

Korang ada ke yang tersengguk2 kat depan PC tu? Kalau ada, bawak2 le rehat kejap. Take 5 kata orang ; tarik nafas panjang2 dan hembus pelan2..... Pegi pantry ke bancuh air secawan. Tak pon ke Toilet ke cuci muka. Buat chicken dance ke......Lagi best kalau 1 office tu boleh buat sama2.......Ha3.....


P/S: Entry nak hilangkan ngantuk ni sebenarnya........:)

BIARKAN IA BERLALU MENGIKUT RENTAKNYA

Sesuatu perkara kalau terlalu difikirkan memang menyesakkan kepala.......

JADI

Biarkan je ia berlalu mengikut rentaknya........


P/S: Tapi boleh ke cam gitu?

SAYA MAHU SPONSORED POST DARI EYRIQAZZ.COM


Secara jujurnya saya mengaku "Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com". Sape tak kenal Blogger Eyriqazz ; follower pon ramai. Blogger yang selalu je menang contest dan dapat sponsored post dari Nuffnang.

Alhamdulillah, rezeki blogger Eyriqazz ni memang murah. So, dengan itu beliau nak berkongsi kegembiraan itu dengan kita semua. Dengan cara memberikan satu tajuk sebagai Sponsored Post kepada pemenang contest ni. Post may be berkisar kepada blog review,pandangan tentang sesuatu isu atau produk ; bergantung kepada blogger Eyriqazz sendiri untuk menentukan tajuknya nanti.


Syarat-syarat untuk menyertai contest ini:-


1. Buat 1 entry bertajuk "Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com" dan nyatakan sebab kenapa anda mahu kan Sponsored Post ini dengan cara penulisan yang paling kreatif.

2. Letakkan gambar GTO di atas entry anda dan permalink entry ini.

3. 10 entry yang paling Eyriqazz gemari , akan diberikan satu job untuk menulis tentangnya macam Pay Per Post/Sponsored Post dan RM30 tunai /Top Up akan diberikan.

4. Tinggalkan permalink anda di komen entry ini.

5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Februari 2011.


Sebab kenapa "Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com" ialah:-


1. Saya meminati bidang penulisan sejak di bangku sekolah jadi dengan adanya job/tugasan itu nanti ianya dapat melatih saya untuk memperbaiki skil penulisan dan gaya persembahan kepada para pembaca. Ini penting supaya isi yang mahu disampaikan mudah difahami dan pembaca tidak merasa bosan dengannya.

2. Melaluinya juga saya dapat menambahkan kenalan terutamanya dari kalangan rakan-rakan dalam dunia blogger sendiri.

3. Dengan cara itu juga ilmu kita terhadap sesuatu isu / perkara akan bertambah. Ini kerana untuk menulis kita perlu mengkaji ; samaada melaui pembacaan sendiri atau bertanya kepada yang lebih arif.


So, kepada yang berminat untuk menyertai contest ni, masih ada masa lagi. Try the best!

BEN ASHAARI BLOG


Sepantas kilat aku join. Harap2 sempat lagi ye Ben!

Dalam sehari aku update dalam 10 entry untuk hari biasa ; kecuali kalau ada kursus/outsation akan kuranglah sikit update. Kalau hari cuti plak memang kurang sikit ; dalam 5-6 entry besenya. So far, jumlah entry blog ni adalah 1454 (tak termasuk entry yang ini).

Aku nak blog aku ada dalam bloglist Ben Ashaari supaya mudah dapat kawan baru ; becoz trafik kat blog Ben memang tak dinafikan lagi ....besar jumlahnya. Dengan adanya kawan -kawan baru makin bertambahlah juga info yang boleh dikongsi dan turut mneyumbang kepada peningkatan trafik dalam blog aku ni.

Kalau blog ni popular....aku nak buat sesuatu yang boleh menyumbangkan suatu kebaikan/ pertolongan kepada insan yang memerlukan dan di samping itu cuba untuk membantu blog2 baru yang baru 'bermula' dalm dunia blogging ni supaya turut sama dikenali dan popular suatu ketika nanti.......*Kalau boleh...*


Okay, done as per Mr Ben requested.....Tq Ben...:)

BADMINTON DI PAGI HARI

~ Sebelum acara ber mula posing dulu.....kat sebelah yang baju pink tu my litle sista......Areleez

~ My hubby; duta minuman kesihatan untuk sukan Badminton ! .....ha3

~ Ni turn aku dengan my hubby




~ Me n my litle sista ; Areleez.....Gaya bebas....hu3.....

~ Wif my mum

~ My hubby n my granny.....


~ Aksi 'sengal' n aksi kanak2 riang pasangan suami isteri.....Heh3.....


Inilah aktiviti aku di pagi hari Rabu semalam (26.1.2011) yang aku citer aku cuti tu ,sampai tak sempat nak BW.

Lepas sarapan pagi tu, we alls main badminton secara beramai2. Mula dengan turn my litle sista wif her hubby.....dan dituruti dengan turn aku dan my hubby plak. My mum dan my granny jadi penonton setia.....hu3......

Seronok gak sesekali habiskan masa dengan family macam ni, at least boleh merapatkan hubungan silaturrahim. Yelah kami pon jarang jumpa. Balik kampung pon sesekali ; lagi2 bila my princess dah dok kat sini lagilah aku jarang balik kampung.

Actually ni kali ke-3 my mum datang umah aku. Sebelum ni bulan 10 tahun lepas. Yang we alls ramai2 ke SOGO dan Jalan TAR tu. Lepas ni may be bulan 3 nanti my mum akan datang lagi.....So dapatlah kami menghabiskan masa bersama lagi....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs