UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 14 Februari 2011

PASANGAN TERBAIK .. LISDAWATI DAN FAUZI NAWAWI

Calon Anugerah Seri Angkasa ... LISDAWATI dan suaminya FAUZI NAWAWI


Aku memang minat dengan lakonan pasangan LISDAWATI dan suaminya, FAUZI NAWAWI ni. Lisdawati yang sering tampil dengan lakonan yang bersifat lemah lembut dan penuh santun.....Fauzi plak selalu dikenali dengan watak antagonis. Aku masih ingat lakonannya dalam Telemovie TAUBAT NASUHA (Kalau aku salah tajuk betul kan ye...hu3..). Memang cukup mengesankan. Watak seorang suami dan bapa yang panas baran yang sering menyakiti isteri dan anak2nya dari segi mental dan fizikal. Memang geram aku tengok lakonan dia dalam telemovie tu....hu3....

Tapi itu cuma lakonan je, dia juga manusia biasa macam kita sume. Dia juga ada kehidupan sendiri di luar kaca TV. Seperti yang diakui oleh isterinya ; beliau ialah seorang suami dan bapa yang dipenuhi sikap humor dan penyayang terhadap isteri dan anak2 nya.

Yelah yang kat TV tu kan ke sekadar memenuhi kehendak skrip dan watak semata2. Barulah lakonan itu nampak berkesan dan berbekas di hati penonton. So ,tak hairanlah kalau Fauzi berjaya merangkul gelaran Aktor Terbaik dalam Anugerah Skrin baru2 ni.

Kehidupan kedua2nya yang cukup bahagia dengan kehadiran 2 orang cahaya mata penyeri rumahtangga, tidak terlepas dari kata2 sumbang masyarakat sekeliling. Ada yang mengatakan kemesraan yang ditunjukkan itu sekadar lakonan. Tapi pasangan ini menganggap itu semua sebagai lumrah kehidupan.

Yelah tak semua orang senang dengan kita kannnnnn.... Jadi kalau nak tau cerita selanjutnya sila klik kat sini - BERITA HARIAN

3 ulasan:

atty's berkata...

suka gak dgn lakonan diaorg nie.

eelobor berkata...

pasangan bahagia tuh....semoga kekal hingga ke akhir hayat

ardinihumaira berkata...

dua orang ni sangat memahami antara satu sama lain ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs