UpDaTeR

Pengikut

Pages

Ahad, 2 Januari 2011

REVIEW FILEM DAMPING MALAM

~ DAMPING MALAM


Semalam ke Alamanda lagi untuk tengok citer DAMPING MALAM. Memang citer2 seram ni dah jadi my favourite so nak buat macam mana kannnnn. Nak tengok JANIN hari tu tak dapat, so tengoklah DAMPING MALAM ni plak.

Sampai kat kaunter tiket tu lebih kurang pukul 12:45 tengahari, so elok sangat lah coz tayangan citer DAMPING MALAM pukul 1: 00. Nasib baik ada lagi tiket.


Sinopsis Filem Damping Malam:

Filem ini mengisahkan kehidupan WADI (lakonan Ahmad Idham) , isterinya KU KALIRA(lakonan Amy Mastura) yang hidup bahagia bersama anak remaja mereka yang berusia 13 tahun NUR AZIA( lakonan Eryn Eryna).

Wadi seorang usahawan berjaya memang menyayangi keluarganya. Tetapi kerana kesibukannya membuatkan isterinya, Ku Kalira rasa kesepian dan tidak dipedulikan. Cerita bermula bila anak gadis mereka , Nur Azia dihantar ke sekolah berasrama penuh dan pelbagai kisah aneh dan misteri berlaku sehinggalah Azia sering diganggu di asrama dan mengalami histeria.

Ku Kalira yang berketurunan keluarga kaya sering dihantui perasaan takut. Sejarah keluarganya yang mempunyai ‘pendamping’ sering menghantuinya. Cerita ini telah diberitahu oleh bondanya Sharifah Shafiha sebelum kematinnnya. Dan selepas bondanya meninggal dunia, UMI SIAH (lakonan Azizah Mahzan) iaitu makcik kepada Ku Kalira telah diamanahkan untuk menjaga keluarga itu.

Watak Umi Siah yang serius dan sedikit aneh juga menyumbang kepada ‘misterinya’ filem Damping Malam ini.Wadi merasa pelik kerana pelbagai kejadian aneh berlaku di rumahnya termasuk merasa sering diperhatikan, terpandang wajahnya sendiri yang seperti makhluk aneh di cermin dan macam2 lagi.....

Sehinggalah Wadi meminta bantuan teman lamanya USTAZ BAKRI (lakonan Eizlan Yusof) untuk mengatasi masalah itu. Ustaz Bakri yang agak tinggi ilmu agamanya juga dapat merasakan sesuatu yang tidak kena di rumah apabila dia bermalam di situ atas pelawaan Wadi.

Dalam pada itu Azia terus diganggu sewaktu berda di asrama. Apakah sebenarnya ‘dalang’ di sebalik semua kejadian itu? Dan apakah sebenarnya yang berlaku? Kenalah saksikan kesudahannya di pawagam berhampiran.


Pelakon dan Watak:

Ahmad Idham – WADI

Amy Mastura – KU KALIRA / KU ‘AR

Eryn Eryna – NUR AZIA

Azizah Mahzan – UMI SIAH

Ezlan Yusof – USTAZ BAKRI

Nina Juren – TEMAN KU ‘AR

Sharifah Shahora – TEMAN KU ‘AR


Pendapat :

Bagi aku filem DAMPING MALAM ni lebih kepada misteri dan ada juga elemen seram di dalamnya. Perjalanan cerita dalam DAMPING MALAM akan membuatkan penonton tertanya2 apakah yang seterusnya bakal berlaku. Means, kita tak rasa jemu lah menontonnya. Tapi memang banyak juga babak suspen........Kepada yang meminati cerita2 seram dan misteri memang di cadangkan untuk menonton filem DAMPING MALAM ni. 4 bintang dari 5 bintang untuk DAMPING MALAM nih.....

6 ulasan:

Boloque berkata...

macam best jer filem nih

tengkorakemas berkata...

banyak cite hantu ni..tahun ni KRU keluarkan KARAK rasanya

Miecyber berkata...

Jerantut takder panggung wayang...uwaaaaa..

Biawak Komodo tersenarai 10 benda ajaib di dunia

ardinihumaira berkata...

uiskkk kak cite seram.. hehe tutup mata :D

░♥si lampu neon♥░ berkata...

TAKOTT AAAHH TAPI BEST KER ? HUHU


CHECK OUT ENTRI MANTAP :
MANUSIA MATA TIGA ! # CHICKEN CHOP RM4.00 ! # CARA BUAT BUTTON FLASH

ArELeEz berkata...

kat sini, janin yg tgh on showin'. damping mlm belum lagik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs