UpDaTeR

Pengikut

Pages

Isnin, 20 September 2010

IKAN KEMBUNG MASAK DALAM DAUN PISANG

~ Ikan kembung yang dah dibersihkan degaul dengan cili kisar dan asam keping.....


Masakan ikan cam gini memang favourite aku........ Aku boleh' lupa daratan' kalau makan nasi dengan lauk ni. Lagi2 kalau my mum yang masak! Hi3.....

Senang je tengok cara my mum masak ikan ni.......Masa balik kampung sehari sebelum raya ari tu.......

Mula2 gaulkan ikan kembung dengan cili kisar. Bahan2 cili kisar adalah cili kering, bawang besar dan sedikit kunyit. Kalau ada belimbing buluh , pon sedap sebagai ganti asam keping!

~ Letakkan daun pisang ke dalam kuali yang telah dipanaskan.......biar daun tu layu sikit


Alaskan kuali yang telah dipanaskan dengan daun pisang........ Jangan sampai daun tu terhangit plak......

~ " Masukkan ikan yang dah digaulkan dengan cili kisar tadi . Ratakan cili ke atas ikan dan bungkuskan ikan dengan daun pisang".......kata my mum........he3......


Chef of The Day adalah my mum. Beliau begitu sporting ari tu sambil tunjukkkan cara masak ikan tu ala2 chef dalam rancangan masakan masa aku snap gambor beliau! Cayalah mak!!!

~ Inilah rupanya ikan tu kat atas daun pisang....


Then balik2an daun pisang tu......Sampai le ikan tu masak. Lebih sedap kalau kuah ikan tu kering sikit. Baru sebati rasa masam masin sambal nya!!!

P/S: Sedapnya......tapi tak reti nak buat!

3 ulasan:

HANNA PLEASURE berkata...

mcm senang jer, nak try lah..ecehhh..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

xreti ke 'mim alip lam alip sin'? ha3..

azzey berkata...

SC: Try la.....sedap tau......:)

Areleez: hish! mana ade cam gitu.....orang 'ro alif jim ya nun' la.......tp bab mkn je le....hi3.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs