UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 27 Januari 2011

PAHIT-PAHIT PERIA .... YANG PAHIT TU UBAT....:)



Sape sker makan peria? Ada yang sker ......ada yang tak sker kannnnnn. Yang tak sker peria tu sebab rasanya yang pahit. Dulu aku pon tak sker peria. Tapi my mum yang sker makan. Dia kata pahit tu ubat.

Kalau nak yang manis je.......nanti jadi penyakit plak.Betul juga tu kannnnnnn. Bila dah mula cuba makan peria ni.....lama2 rasa sker plak. Sampai sekarang salah satu sayur favourite aku adalah peria.

Aku sker Peria masak Tumis dengan Cili Padi. Nak masak pon senang je macam kat bawah ni :-


RESEPI PERIA TUMIS CILI PADI

Sebiji peria yang sederhana

Cili padi 4-5 biji (ditumbuk)

Bawang merah 2 ulas (ditumbuk)

Bawang putih 2 ulas (ditumbuk)

Sedikit ikan bilis (dibelah2)

Sedikit air, garam dan serbuk perasa

CARA2 MEMBUATNYA:-


1. Peria dipotong kecil2 dan direndam dalam air garam sebentar (bagi mengurangkan rasa pahitnya)

2. Tumiskan cili padi bersama bawang merah, bawang putih yang ditumbuk dan ikan bilis dengan sedikit minyak.

3. Bila dah terbit baunya, masukkan peria yang sudah dibersihkan tadi.

4. Kacau2 sampai agak layu dan masukkan sedikit air.

5. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

6. Sedia untuk dihidangkan.

12 ulasan:

wahida berkata...

sampai sekarang pun x tertelan peria tu...huhu...

ejaMaria berkata...

mengaku siap-siap... akak pun tak pandai makan peria... pernah cuba... pahit... terus tak mo dah... hehehe

~ yus ~ berkata...

Saya sangat suka peria, goreng cili + udang kapas dan telur...yummy.

♥ manje ♥ berkata...

kita lak tak pernah cuba mkn peria... kena cuba la kot lepas ni... ~

- zuriey - berkata...

dah jadi lauk sedap je rasanya

amirah berkata...

dalam nona datuk yusof haslam buat jus peria campur epal hijau.tapi rasanya kalau diri sendiri tak tertelan

kakchik@ella berkata...

Eh .. kakchik suka peria tau. pahit2 pun sedap. hihi ..

goreng nipis2 garing2 lagi sedap. hihi ..

Izan Ishak berkata...

izan dah lama tak makan peria. tp betul tu kak...boleh jadi ubat kan!

makdara TERdiva berkata...

samalah! dulu masa kecik2 tak suka peria ni..now dah tua2..selera pun berubah..
lagi sedap peria katak tu makan mentah2 dengan nasi..nyum3x

atty's berkata...

kty suka peria masak cenggini pekena lak ngn ikan goreng atau ayam goreng lagi besh ..tak pun ikan masin

ardinihumaira berkata...

dni suka peria! kadang2 minum teh peria.. cuma teh peria tu tak sedap. lagi sedap makan peria cemni :)

ArELeEz berkata...

xsker! sbb pahit! hu3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs