UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 25 Januari 2011

JANGAN DISIMBAH LAGI MINYAK PADA API TU ..

Kenapa aku tulis tajuk cam gitu? Actually adelah 2 orang member aku ni. Aku namakan si 'A' dan si 'B' je lah ye. Si 'A' dah terasa hati dengan si 'B'. Sebab si 'B' ni dah bergurau terlebih sangat. Selama ni si 'A' pendamkan je. Tapi may be kali ni dah tak boleh tahan lagi. So meletuplah perang dingin di antara keduanya.

Si 'B' agak muda dari si 'A'. So, sepatutnyalah yang muda ni tau cara nak bergurau dengan yang lebih tua tu macam mana. Bukan nya sama dengan orang yang sebaya dengan kita. Si 'A' ni plak selama ni ikut je rentak si 'B' .Si 'B' ingat si 'A' tu okay jelah dengan cara dia selama ni. Rupa2nya sebaliknya.....*Ni kes memendam perasaan le ni sebab nak menjaga hati orang...*

So, si 'A' meluahkan perasaannya dengan aku. Aku secara jujurnya memang mengakui lah kesalahan si 'B' .Memang dia selama ni, sker lepas2 cakap even dengan aku pon. Tapi aku malas nak panjang2 kan citer, that's why aku banyak buat hal sendiri je.

So sebagai tempat orang meluahkan perasaan ; kalau aku nak 'panaskan' lagi keadaan boleh je. Tapi sampai bila? Sudahnya sume orang susah. Tak ke mana pon. So aku advise le si 'A' ni ....sabor je le. But one thing.....ada gak hikmahnya dia tunjuk tak senang pada si 'B' tu. At least si 'B' tau kesilapannya dan mudah2an dia akan cuba perbetulkan apa yang tak betul tu.

Api kalau disimbah dengan minyak....lagi besar jadinya ; susah plak kita nak kawal. Kelak diri kita juga binasa. Kan ke lebih elok disiram dengan air....Kalau lambat padam pun...kurang le juga bahangnya dan lama2 ia akan padam juga.......


P/S: Kadang2 situasi yang berlaku di sekeliling jadi pengajaran buat kita....Aku belajar sesuatu lagi hari ni.....:)

6 ulasan:

ejaMaria berkata...

terus terang je la antara A dgn B... biar jelas... jernihkan keadaan... mmg susah... tp kena cuba... kdg2 niat kita jd org tengah utk jernihkan keadaan tp klu salah faham nnt lagi susah... baik A dgn B tu sendiri face to face...

Shafa berkata...

ada org mmg dia jenis suka terlepas ckp / terlebih2 dlm bergurau. tapi kenalah tegur. nak harapkan dia sedar sendiri mmg tak la sbb itu mmg perangai dia.

ardinihumaira berkata...

diorang kena jumpa settlekan keadaan tak leh men orang tengah kes2 gni. karang salah paham

azieazah berkata...

Cabaran tiga segi.

Bila kita secara tak sengaja menjadi pihak ketiga, kitalah yang paling wajar bertindak bijak...

Biasanya orang ketiga yang akan memberikan kesan, samada yang baik atau sebaliknya.

Fairus Bin Mamat berkata...

SIMBAHKAN AJE DENGAN AIR YAASIN.. REDA LA TU NANTI.. :)

Miecyber berkata...

Jangan suka lepas cakap, silap haribulan makan penampar free jerr..

17 tipu KWSP dihukum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs