UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 20 Januari 2011

CERAMAH AGAMA "HIJRAH KE ARAH KEBAHAGIAAN" - Y.BHG DATO' SITI NORBAHYAH DAN Y.BHG USTAZ WAN AKASHAH

~ Muka 'bahagia' nak attend ceramah "Hijrah Ke Arah Kebahagiaan"...he3....





~ Ucapan Pengacara Majlis

~ Pasangan Penceramah yang sering tampil bersama dengan pakaian sedondon ; Y.Bhg Dato' Siti Norbahyah bte Mahmood & Y.Bhg Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid




~ Sumbangan Cenderamata dari pihak penganjur di akhir majlis


Macam aku citer sebelum ni, hari Sabtu baru2 ni (15/1/2011) aku attend satu ceramah agama anjuran jabatan . Tujuan utamanya, nak tengok dari dekat penceramah yang dijemput ; Pasangan pengacara ‘Semanis Kurma’...Y. Bhg Dato’ Siti Norbahyah dan suami , Y.Bhg Ustaz Wan Akashah.

Memang sweet dan comel muka Dato’ Siti Norbahyah ni. Gerammmmmmmm je aku tengok. Kedua2 datang berpakaian sedondon ; kaler hijau. Memang jadi tumpuan lah hari tu. Mata tak berkelip2 pandang kedua2nya...Heh3....Kelip2 je kamera dihalakan ke arah keduanya.Dah ngalahkan artis!

Tujuan ke-2, aku nak mula penuhkan LOG LATIHAN untuk this year. Yelah dalam setahun kena completekan 7 hari berkursus. So untuk ceramah ni je dah dapat 3 jam....esok plak ada lagi seminar ; dalam 3 jam juga...so dah dapa1 hari punya kursus.Tinggal 6 hari je lagi.Kan senang tu....hu3...

Selain tu, yang pentingnya dapat ilmu. Banyak yang dikongsikan oleh pasangan penceramah ; Dato’ Siti Norbahyah dan Ustaz Wan Akashah ni.Yang boleh aku share kat sini.


5 PERUBAHAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENDAPAT KEBAHAGIAAN:-

1. NIAT - Sentiasa betulkan niat ; melakukan sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah Taala.Agar dengan itu Allah akan bantu kita ketika kita dalam kesusahan.

2. IMAN - Sentiasa berusaha meningkatkan tahap keimanan kita kepada Allah dengan menjaga ibadah kita terutamanya solat. Jaga akidah agar tidak percaya kepada perkara2 khurafat.Dan sering menghadirkan diri dalam majlis2 ilmu

3. ILMU - Sentiasa menimba ilmu selagi terdaya dan cuba mengamalkan sunah Nabi S.A.W dalam kehidupan seharian.

4. AKHLAK - Jaga akhlak sesama pasangan dan ahli keluarga. Amalkan solat berjemaah dan sering mendoakan agar orang2 di sekeliling kita mendapat hidayah dari Allah bukannya mencela atas kesalahan dan kelemahan mereka.

5. AMALAN - Tingkatkan amalan2 baik yang boleh kita lakukan sepanjang masa selagi hayat masih ada.


P/S: Banyak manfaat hadir ke majlis seumpama ni. Membuat kita muhasabah diri sendiri bagi memperbetulkan kesilapan yang ada.......

5 ulasan:

erienz berkata...

suka ustazah norbahyah, bila bagi cermah menusuk jiwa...rasanye last gi ceramah dgn pakr motivasi 5 taun lps...masa tu penceramah Dato' Fadzilah kamsah...mmg best ceramahnye...

Unknown berkata...

wah..
ayu pun suka ustazah norbahyah..
azzey..serius nak habaq awak mmg cantik....

Hairun Azmi berkata...

Bagus pergi majlis ilmu niee...

Tips berkaitan madu

HANNA PLEASURE berkata...

thumb uppsss...=.=

ardinihumaira berkata...

ustazah ni berceloteh sangat best :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs