UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 22 Januari 2011

REVIEW FILEM KHURAFAT - Perjanjian Syaitan

~ Ni masa teringin nak tengok KHURAFAT hari tu.......

~ Ni plak masa nak pegi tengok citer nih......sempat pose dulu. Tapi kat pawagam tak sempat ; asyik tutup mata je. Takuttttttttttttttttttttttttt......


Dapat juga tengok Filem KHURAFAT - Perjanjian Syaitan ; walaupun di sebelah malam. Lagilah terasa seramnya......ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.......Plan asal nak tengok waktu petang tapi tiket sume dah habis. Tinggal sebelah malam je. Actually aku tengok KHURAFAT ni hari ahad lepas , tapi sekarang baru ada masa nak update.


Sinopsis Filem Khurafat –Perjanjian Syaitan


Filem KHURAFAT-Perjanjian Syaitan mengisahkan perjanjian terlarang di antara manusia & syaitan. Satu bentuk perbuatan yang nyata dilarang dalam Islam . Hanya kerana tewas dengan nafsu dan dendam yang membara, tanpa mengira akibatnya, sehingga rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita2kan. Akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan.

Inilah yang cuba disampaikan oleh pengarah muda ; Shamsul Yusof yang juga memegang watak utama dalam filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan ini. Kisah bermula dengan kehidupan Johan (lakonan Shamsul Yusof), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dengan Ayshah (lakonan Lyana Jasmay) ; seorang wanita bertudung yang penyayang, penyabar dan taatkan suami. Pada awalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun di pertengahan jalan,kehidupan mereka mula ‘goyah’ kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Watak misteri perempuan tua itu (lakonan Seniwati Mariani) menambahkan lagi misteri dan seramnya filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan ini sehingga membuatkan penonton akan membuat pelbagai tanggapan buruk tentang nya.

Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah dalam filem KHURAFAT ini tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna (lakonan Sabrina Ali).Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya. Lakonan Sabrina Ali juga memang cukup mengesankan ; lagi2 bila kita menonton adegan dia di dalam keadaan kecewa yang teramat terhadap bekas kekasihnya Johan ; memegang pisau yang tajam dan menusuk2 kan pisau itu ke pahanya sehingga darah menitis2 ke atas lantai. Memang itu salah satu adegan yang tragis dan mengerikan!

Tidak lama selepas itu, Anna ditemui mati ; bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah. Di situlah baru terungkai segalanya ; sesungguhnya segala yang berlaku ada penyebabnya. Perbuatan sialm yang menyimpang dari ajaran agama telah ‘kembali’ menuntut ‘janjinya’. Nak tau apakah yang sebenarnya berlaku........

Jom tonton filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan yang sedang menghantui pawagam sekarang........


Pelakon dan Watak:

Shamsul Yusof - Johan

Lyana Jasmay - Ayshah

Sabrina Ali - Anna

Fauziah Nawi - Ibu Johan

Mariani - Perempuan tua

Salina Saibi - Rakan Anna


Pendapat Aku Tentang Filem KHURAFAT - Perjanjian Syaitan ni:

Filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan memang sebuah filem seram yang memang terasa ‘seram’nya bila kita berada di pawagam menontonnya. Adegan2 yang akan membuat penonton menjerit ngeri dan ketakutan menambahkan lagi rasa seram menonton KHURAFAT nih. Aku sendiri dari mula cerita asyik tak lekang dari menutup mata dek kerana kejutan demi kejutan dalam setiap adegannya. 4 bintang untuk KHURAFAT – Perjanjian Syaitan. Memang serammmmmmmmmmmmmm!

4 ulasan:

tiefazatie berkata...

ala..ifa xtgk lg nie..hihi

eelobor berkata...

hehehe, pegi tgk wayang sangat. pastu tutup mata.

ardinihumaira berkata...

cni tade panggung. sob sob...

Hairun Azmi berkata...

Hati hati tido malam nie yer...mana tau ada hantu yang sesat...

Pramugari MAS mati disebabkan sindrom jet lag

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs