UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 29 Januari 2011

MENJADI JUGAK IKAN KEMBUNG MASAK DALAM DAUN PISANG AKU !

Akhirnya menjadi juga Ikan Kembung Masak Dalam Daun Pisang yang memang jadi favourite aku ; Aku cuba masak sendiri hari ni. Dah lama nak cuba tapi takut tak menjadi. Sudahnya dengan daun pisang yang my mum bawakkan dari kampung baru2 ni, aku cuba juga masak hari nih.

Memang tak hengat2 aku makan masa lunch tadi. Kebetulan menu Ikan Kembung Masak Dalam Daun Pisang ni pon jadi favourite my princess. Dia siap request aku masak selalu untuk dia. Hu3.....

Yelah, sebelum ni kalau teringin kena tunggu balik kampung mintak my mum masakkan. Tapi dah boleh wat sendiri ni.....bila2 je boleh makan. Kalu ada yang nak cuba resepi Ikan Kembung Masak Dalam Daun Pisang ni boleh ikut je cara2 memasak kat bawah :-


~ BAHAN2NYA:

1. Ikan kembung 5 ekor
2. Cili kering 10-12 biji (dikisar)
3. Bawang besar 1 biji (dikisar)
4. Bawang merah 3 biji (dikisar)
5. Asam keping (2 keping)
6. Sebatang serai
7. Garam dan serbuk perasa
8. Sedikit air

~ Alaskan kuali yang telah dituang sedikit minyak (bagi mengelakkan daun hangus) dengan daun pisang sebanyak 2- 3 lapis. Agak2 jangan koyak cukup le....

~ Susunkan ikan di tas daun pisang yang dah mula panas tu.

~ Tuangkan cili yang dikisar bersama dengan bawang besar dan bawang merah tadi.

~ Masukkan sekali serai dan asam keping

~Bila kuah mula mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Biar lagi sampaibetul2 masak. Perlahankan api.

~ Tutup dengan daun pisang lagi kat atasnya.....

~ Inilah hasilnya ! Ikan Kembung Masak Dalam Daun Pisang hasil tangan aku sendiri......hu3......

~ Dan ini plak yang my mum masak masa aku balik kampung hari tu.....SAMA kan?....Hu3......


P/S: Pesanan untuk my Litle Sista ; Areleez....."I MAKE IT"!........*Sebab dia kata aku m.a.l.a.s nak buat sendiri, sekarang dah terbukti.....TAK DE M.A.L.A.S hokay.....:)

6 ulasan:

ibuintan berkata...

wah... nampak best... nak try jugak nanti

ejaMaria berkata...

simple je cara masak dia... tak yah tumis ke hape... minta izin copy yer... ;p

umialya berkata...

akak pula bakar ikan cencaru bersambal dibungkus dalam daun pisang tadi..

nnt akak nak cuba resepi yang ni pula

n u r k i m a berkata...

nampak sedap!

Afida Anuar berkata...

yang mak saya selalu buat, panggang ikan, sambil dilalukan dengan ... santan+ cili kisar,bawang besar,serai, asam keping...last sekali baru masakkan kuah tu, letak ikan..

gulp...tetiba mcm terliur pulak..heh!

ArELeEz berkata...

alaaa.. nie musti gambar google2 nih! ha3.. larikkss..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs