UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Resepi Peria Tumis Cili Padi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Peria Tumis Cili Padi. Papar semua catatan

Khamis, 27 Januari 2011

PAHIT-PAHIT PERIA .... YANG PAHIT TU UBAT....:)



Sape sker makan peria? Ada yang sker ......ada yang tak sker kannnnnn. Yang tak sker peria tu sebab rasanya yang pahit. Dulu aku pon tak sker peria. Tapi my mum yang sker makan. Dia kata pahit tu ubat.

Kalau nak yang manis je.......nanti jadi penyakit plak.Betul juga tu kannnnnnn. Bila dah mula cuba makan peria ni.....lama2 rasa sker plak. Sampai sekarang salah satu sayur favourite aku adalah peria.

Aku sker Peria masak Tumis dengan Cili Padi. Nak masak pon senang je macam kat bawah ni :-


RESEPI PERIA TUMIS CILI PADI

Sebiji peria yang sederhana

Cili padi 4-5 biji (ditumbuk)

Bawang merah 2 ulas (ditumbuk)

Bawang putih 2 ulas (ditumbuk)

Sedikit ikan bilis (dibelah2)

Sedikit air, garam dan serbuk perasa

CARA2 MEMBUATNYA:-


1. Peria dipotong kecil2 dan direndam dalam air garam sebentar (bagi mengurangkan rasa pahitnya)

2. Tumiskan cili padi bersama bawang merah, bawang putih yang ditumbuk dan ikan bilis dengan sedikit minyak.

3. Bila dah terbit baunya, masukkan peria yang sudah dibersihkan tadi.

4. Kacau2 sampai agak layu dan masukkan sedikit air.

5. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

6. Sedia untuk dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs