UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Resepi sayur yang mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi sayur yang mudah. Papar semua catatan

Khamis, 27 Januari 2011

PAHIT-PAHIT PERIA .... YANG PAHIT TU UBAT....:)



Sape sker makan peria? Ada yang sker ......ada yang tak sker kannnnnn. Yang tak sker peria tu sebab rasanya yang pahit. Dulu aku pon tak sker peria. Tapi my mum yang sker makan. Dia kata pahit tu ubat.

Kalau nak yang manis je.......nanti jadi penyakit plak.Betul juga tu kannnnnnn. Bila dah mula cuba makan peria ni.....lama2 rasa sker plak. Sampai sekarang salah satu sayur favourite aku adalah peria.

Aku sker Peria masak Tumis dengan Cili Padi. Nak masak pon senang je macam kat bawah ni :-


RESEPI PERIA TUMIS CILI PADI

Sebiji peria yang sederhana

Cili padi 4-5 biji (ditumbuk)

Bawang merah 2 ulas (ditumbuk)

Bawang putih 2 ulas (ditumbuk)

Sedikit ikan bilis (dibelah2)

Sedikit air, garam dan serbuk perasa

CARA2 MEMBUATNYA:-


1. Peria dipotong kecil2 dan direndam dalam air garam sebentar (bagi mengurangkan rasa pahitnya)

2. Tumiskan cili padi bersama bawang merah, bawang putih yang ditumbuk dan ikan bilis dengan sedikit minyak.

3. Bila dah terbit baunya, masukkan peria yang sudah dibersihkan tadi.

4. Kacau2 sampai agak layu dan masukkan sedikit air.

5. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

6. Sedia untuk dihidangkan.

Sabtu, 13 November 2010

KANGKUNG TUMIS DENGAN UDANG

Kali ni nak share tentang Kangkung Tumis dengan Udang. Sayur kangkung ni salah satu dari sayur favourite aku! Nak masak kangkung ni senang je dan tak ambil masa yang lama pun.......

Bahan-bahannya:
  • 1 ikat kangkung (untuk 3-4 orang makan)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Udang yang bersaiz kecil (ikut citarasa ; sikit atau banyak)
  • 1 sudu ciliboh
  • Sedikit air
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:
  1. Kangkung dibersihkan.Begitu juga dengan udang.
  2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi bersama cili boh sampai naik bau. Masukkan pula udang dan kacau2 sebentar.
  5. Kemudian masukkan kangkung dan kacau2 lagi. Masukkan sedikit air. Bila kangkung agak layu perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Sekejap je pun dah siap kannnnnnnnnn........

~ Macam bese......takkan nak makan sayur je. So tambahan Ikan Kembung Masak Cili Padi, Telur Dadar dan ikan goreng untuk dimakan bersama Sayur Kangkung Tumis dengan Udang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs