UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Khamis, 19 April 2012

DARI DAPUR AZZEYATIN – SAMBAL TELUR MATA


Dah lama aku tak buat entry masak-masak kan. Alang-alang dah teringat tu , start from today and onwards (chewwah! Cakap omputih....hu3...), aku akan namakan entry masak-masak aku ni as DARI DAPUR AZZEYATIN. Memang le tak segah DAPUR chef –chef yang dah popular tu ; tapi cukuplah sekadar perkongsian resepi-resepi masakan yang aku pernah masak dan aku tau nak masak! Hu3....

So, for today aku nak share Resepi Sambal Telur Mata yang jadi favourite my hubby dan juga my princess. Boleh dimakan dengan nasi ataupun boleh juga dijadikan pencicah cekodok @ jemput-jemput bawang atau ikan bilis.


BAHAN-BAHAN:

(HIDANGAN UNTUK 3 ORANG

3@4 biji telur ayam

10-12 biji cili kering (dikisar * tips nak bagi cili tu dikisar dengan eloknya ; masukkan sikit minyak masak sebelum dikisar)

1 biji bawang besar (dikisar)

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

2-3 biji bawang merah (dikisar)

1-2 ulas bawang putih (dikisar)

1 keping asam keping

Air masak @ air mineral secukupnya (jangan guna air paip yang belum dimasak coz sambal tak masak dengan sempurna nanti)

Sedikit minyak (untuk menggoreng telur dan menumis bahan-bahan kisar)

Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA-CARA MEMASAK:

1. Goreng telur ; jangan terlalu keras. Goreng sebentar sahaja.

2. Ketepikan telur yang telah digoreng. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis bahan-bahan kisar.

3. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumiskan hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air secukupnya. Gunakan api sederhana dan biarkan sambal mendidih .

4. Setelah sambal mendidih, masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya .Biarkan sebentar. Setelah mendidih masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

5. Perasakan dengan serbuk perasa dan masak sambal sampai pecah minyak.

6. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.

7. Sedia untuk dihidangkan.

So, selamat mencuba resepi yang very the simple ni dan selamat menjamu selera ye..:)

LIKE2 EK...


Khamis, 27 Januari 2011

PAHIT-PAHIT PERIA .... YANG PAHIT TU UBAT....:)



Sape sker makan peria? Ada yang sker ......ada yang tak sker kannnnnn. Yang tak sker peria tu sebab rasanya yang pahit. Dulu aku pon tak sker peria. Tapi my mum yang sker makan. Dia kata pahit tu ubat.

Kalau nak yang manis je.......nanti jadi penyakit plak.Betul juga tu kannnnnnn. Bila dah mula cuba makan peria ni.....lama2 rasa sker plak. Sampai sekarang salah satu sayur favourite aku adalah peria.

Aku sker Peria masak Tumis dengan Cili Padi. Nak masak pon senang je macam kat bawah ni :-


RESEPI PERIA TUMIS CILI PADI

Sebiji peria yang sederhana

Cili padi 4-5 biji (ditumbuk)

Bawang merah 2 ulas (ditumbuk)

Bawang putih 2 ulas (ditumbuk)

Sedikit ikan bilis (dibelah2)

Sedikit air, garam dan serbuk perasa

CARA2 MEMBUATNYA:-


1. Peria dipotong kecil2 dan direndam dalam air garam sebentar (bagi mengurangkan rasa pahitnya)

2. Tumiskan cili padi bersama bawang merah, bawang putih yang ditumbuk dan ikan bilis dengan sedikit minyak.

3. Bila dah terbit baunya, masukkan peria yang sudah dibersihkan tadi.

4. Kacau2 sampai agak layu dan masukkan sedikit air.

5. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

6. Sedia untuk dihidangkan.

Selasa, 24 Ogos 2010

TERINGIN NAK BUAT PUDING SUSU BUAH2AN

Hari ni tetiba jerk teringat nak buat Puding Susu Buah2an. Dah lama pun tak makan. Kalau makan pun, beli kat pasar2 jerk.

Last sekali aku buat puding ni masa form 5.....ha3......Dah lebih 10 tahun tu!!! Dah tak ingat pun macam mana nak buat. Kalau buat sendiri, boleh masukkan buah2an tu banyak2. Baru lah sedap!

First time makan puding ni, masa form 5 juga ..................kat umah cikgu sekolah. Masa tu dia jemput datang open house. Nama dia Puan Muslima. Beliau juga lah yang mengajar aku dan kawan2 cara2 nak buat puding ni. ....Jangan tak tau dulu masa sekolah aku amik ERT (Ekonomi RumahTangga). Tapi tak terror mana pun memasak nya......hu3....

Tadi dah google resepi puding ni. Dah jumpa pun...Tapi rasanya esok2 kot baru boleh buat.....tu pun kalau jadi. Sebab buat puding ni bukan macam masak lauk, main campak2 & kacau2 jerk....Kena ada seninya........barule menjadi. Aku plak yang ada cuma Seni Kaligrafi jerk.......ha3.....

~ Cam ni le lebih kurang Puding Susu Buah2an tu...... Credit to Google.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs