UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 5 Januari 2011

KHAIRUL FAHMI SEDIA SERTAI PASUKAN LUAR NEGARA

KHAIRUL Fahmi ketika mematahkan cubaan Cristian Gonzales pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, 29 Disember lalu.


PENJAGA gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 21, tidak menolak kemungkinan bermain dengan pasukan luar negara jika mendapat tawaran menarik.

Begitupun, pemain yang sinonim dengan gelaran 'Apek' di kalangan rakannya itu berkata, tawaran mestilah mengikut saluran yang betul dan mendapat restu daripada pengurusan skuad kebangsaan dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
“Saya sedia menimbangkan perkara berkenaan jika benar ada kelab luar negara yang berminat untuk menggunakan khidmat penjaga gol, bagaimanapun ia mestilah melalui saluran yang betul.
“Saya juga mahu menafikan laporan laman web kononnya kelab terkemuka Eropah, Manchester United (MUFC) mahu membeli saya bagi menggantikan penjaga gol mereka, Edwin Van Der Sar yang didakwa akan bersara dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, dekat Cherang, semalam.

Khabar angin itu bertiup kencang di kalangan peminat bola sepak negara selepas sebuah akhbar tempatan melaporkan laman web mirip MUFC bakal melamar penjaga gol nombor satu negara itu selepas aksi cemerlang ketika final Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, baru-baru ini.

Khairul Fahmi berkata, dia hanya menganggap berita berkenaan sebagai 'khabar angin' memandangkan kesahihannya tidak diketahui.

“Manusia mampu mencipta apa saja, terutama dalam perkembangan dan kepesatan teknologi masa kini bidang komputer. Saya tidak memandang serius perkara berkenaan dan menganggapnya sebagai 'asam garam' kehidupan,” katanya.


*Sumber: Berita Harian

3 ulasan:

Fairus Bin Mamat berkata...

Huh, lepas ni nak training main Gol Keeper la.. :)

Ujang9897 berkata...

apek mmg best

ardinihumaira berkata...

fahmi yang hebat :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs