UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 4 Januari 2011

BUANG AIR BESAR SELEPAS MENCURI

Memang keji dan terkutuk sungguh! Huh!!!


KUANTAN - Pencuri yang memecah masuk ke sebuah pasar raya di Jalan Beserah di sini, bukan saja melarikan wang tetapi juga sempat membuang air besar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Pengurus pasar raya itu, Gan Yoke Chow berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 pagi dan pencuri berkenaan memecah masuk menerusi tandas premis dengan mencungkil batu-bata pada dinding.

Pencuri, seolah-olah tahu di mana wang disimpan kerana hanya mensasarkan ruang pejabat tertentu, katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, pencuri juga tidak memecahkan pintu bilik-bilik terbabit, sebaliknya membuat lubang pada dinding yang terdiri daripada kepingan papan lapis.

Jumlah kerugian masih diperiksa kerana wang yang dicuri adalah dalam bentuk syiling yang dibungkus dalam beberapa bungkusan.

Kata Yoke Chow, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemilik restoran bersebelahan pada kira-kira pukul 7 pagi yang melihat tandas premis dipecahkan.

"Kami mendapati ada najis di dalam mangkuk tandas dipercayai ditinggalkan oleh pencuri itu, kami sungguh tidak menyangka pencuri sanggup berbuat demikian selepas mencuri di pasar raya ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut. - BERNAMA


*Sumber: KOSMO

12 ulasan:

amirah berkata...

mesti ada pakai ilmu hitam ni

Miecyber berkata...

Saya pun rasa amalan dan ilmu yang dia ada menghendaki dia berkelakuan demikian...

Bahana dadah

sW33tdARLiNG berkata...

mmg ilmu dorang ni syarat macam tuu....
Jom Join GA PILIH THEME BLOG

kakchik@ella berkata...

penah dgr sblm ni. sah2 pngikut ilmu itam.

alinac lover berkata...

berani nyer dia

wahida berkata...

cissss..tak guna punya olang!!!

Papa Mifz berkata...

kurang asam tul eh...sempat lak melepas...dah la hilang barang,bau taik dia tinggalkan...hehe

alfa juliet berkata...

biasalah tu..dah memang jahat kan

AISHA INANI berkata...

pelik pencurik nihhh.
siap tinggal jejak lagiii...... hohh!

erienz berkata...

mmg x senonoh pencuri tu...dah lah mencuri...blh lah tinggal bahan kotor dari badan dia...keji sungguh...

Fairus Bin Mamat berkata...

Ni mesti guna apa2 ilmu sesat ni..

ardinihumaira berkata...

eeeee kejam3!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs