Actually 'dia' bukan teruk sangat….tapi tangggapan aku dan kawan2 yang lain sebelum ni yang sebegitu’….*tak baik kan, bersangka buruk*…..
So sempena tahun baru ni…nak buang sume perangai2 yang negatif termasuk tanggapan negatif …*sentiasa mencuba untuk ini*. Kerana apa yang kita pandang tak semestinya apa yang tersirat.
Sebaiknya cuba untuk lebih mengenali diri ‘dia’ dan cuba memahami kenapa ‘dia’ bersikap begitu selama ni. Kalau betul pun ada kesalahan di pihak ‘dia’…itu lumrah ; mana ada manusia yang bebas dari melakukan kesilapan.
Dengan tugas yang diberi kepada ‘dia’ ; mungkin adakalanya ‘dia’ terpaksa bersikap begitu. Sikap yang kita anggap tak menyenangkan. Yang pasti kita semua saling melengkapi. Kalau ‘dia’ tak de….tak lengkap lah cerita ni ; dan kalau aku tak de….tak siaplah gak cerita ni….Cam gitu le lebih kurangnya….
P/S: Sedang cuba untuk mengenali ‘dia’ untuk mudah urusan seharian dan mendatangkan kebaikan bersama…….DIA BUKAN TERUK SANGAT ..FIKIR POSITIF!
6 ulasan:
saper tu? mesti boss kan...ala, biasala tu :)
tulaa tertanya2 gak nie.. huhu
kadang2 mata melihat buatkan hati kita terdetik yg bukan2 kan kak. takpelah...lepas ni kita kena sentiasa bersangka baik ye~
Tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal jangan pula bermain cinta.. hehehe
Begitulah. Bila kita dapat bos baru atau supervisor baru, tentu pandangan pertama adalah segi luaran sahaja. Tapi bila sudah mengenali pasti ada banyak sudut kebaikan dalam diri orang tersebut.
siapa gerangan.. semoga Azzey dan dia dopt bekerjasama.
*tak efek nuffnang..HB tu
nie musti spesis 'makcik' kat opis nih! ha3..
Catat Ulasan