UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 14 April 2011

LONJAKAN HARGA EMAS

HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan



LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.



*Sumber - KOSMO

6 ulasan:

wahida berkata...

haraga emas nak naik lagi? susah la nak beli emas pas ni...hehehe....

klik lagi ur HB...

nur berkata...

ada yang nak belanja nur emas tak?

mummysyafie berkata...

bila la harga mas ni nak turun macam dulu2..

mzhany berkata...

uiishhh makin naik emas ha. susah la nk beli gelang ke ape ke, heheh tambah koleksi kan...

MataHati @ MH berkata...

kalau ada byk emas, boleh jual balik. yang tak punyai emas, garu kepala nak beli sbb harga emas melambung...heee

NM02 berkata...

banyak kedai mas dah tak ramai kastemer skang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs