UpDaTeR

Pengikut

Pages

Jumaat, 8 April 2011

DUA PEGAWAI SPRM DITAHAN TUGAS


KUALA LUMPUR – Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur ditahan tugas ekoran kematian seorang pegawai Kastam berpangkat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat itu di sini kelmarin.

Tindakan terhadap kedua-dua pegawai termasuk seorang pegawai pengiring Ahmad Sarbani itu dibuat bagi tujuan siasatan selepas mereka disyaki melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi di pejabat SPRM.

Kedua-dua pegawai itu juga dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa ketika individu tersebut berada di dalam premis SPRM.

“Proses tahanan kerja tersebut dilakukan bagi membantu melicinkan proses siasatan (dalaman),” kata SPRM dalam satu kenyataan semalam.

Menurut SPRM, tindakan penggantungan tersebut dibuat di bawah Peraturan 43, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 iaitu penahanan kerja bagi penyiasatan.

Tempoh penggantungan kerja bagi kedua-dua pegawai terbabit berjalan sehingga proses siasatan dalaman SPRM selesai.

Kelmarin, Ahmad Sarbani yang bertugas di Unit Import dan Eksport Pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini selepas masuk ke bangunan tersebut untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat.

Beliau merupakan salah seorang daripada 62 kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang disiasat oleh SPRM dalam Operasi 3b melibatkan salah laku rasuah serta penggubahan wang haram.


*Sumber - KOSMO


P/S: Memang misteri kematiannya....:(

4 ulasan:

sekadar satu coretan berkata...

selamat pagi azzey...
ade tengok kat tv semalam...

alfatihah...

semoga rohnye dipermudahan segala urusannye disana nnt...

sahromnasrudin berkata...

pas nie smua bangunan SPRM buat setingkat je huhuhhhh

amirah berkata...

bahaya sungguhla bangunan tinggi ni yer..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

hmm.. sesal dahulu p'dapatan, sesal kemudian.. lu pikirlah sendirik..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs