IPOH: Pemandu lori Wong Kim Wooi, 46, terbunuh selepas kenderaannya merempuh sebuah treler di Km 256 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar malam tadi.
Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata Wong, dari Taman Perling, Johor Baharu, yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku pada 11 malam.
Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya ketika dihubugni hari ini.
Wan Abdullah berkata kejadian berlaku ketika Wong, dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang, sedang menuruni bukit 4 km dari Terowong Menora.
Katanya pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan dan telah membuat laporan polis. - BERNAMA
*Sumber - mStar
P/S: Ngeri......................
2 ulasan:
hehehe....ingat ada gambar tadi
Bila dah nak malang,
dan bila dah nak ajal...
Kerjaya: Bukan Selamanya Kita Hebat...
Catat Ulasan