UpDaTeR

Pengikut

Pages

Sabtu, 16 April 2011

WAJAH BARU HENTIAN PUDURAYA

SEORANG pekerja kontraktor menyiapkan kerja-kerja terakhir pemasangan papan tanda baru di Hentian Puduraya di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Hentian Puduraya yang operasinya bermula secara rasmi hari ini selepas hampir 14 bulan ditutup untuk kerja-kerja naik taraf menampilkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai.

Kini tiada lagi asap bas yang menyesakkan nafas dan bahang yang memerah peluh.

Hentian itu kini dilengkapi sistem pendingin hawa di setiap lokasi, surau yang lebih besar serta menampilkan persekitaran yang lebih ceria.

Kemudahan lain ialah ialah bilangan kerusi dan tandas yang lebih banyak, kemudahan lif, eskalator serta skrin paparan maklumat di kesemua bangunan empat tingkat itu bagaikan balai berlepas di lapangan terbang.

Selain itu, pelbagai kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) juga disediakan.

Berdasarkan Laporan Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Penambahbaikan Hentian Puduraya oleh Uda Holdings Berhad, Hentian Puduraya menyediakan sebanyak 1,914 buah kerusi dan 20 buah platform bas.

Ia turut dilengkapi sebanyak 87 unit tandas termasuk yang dibina khusus untuk OKU selain kemudahan lif dan eskalator bagi memudahkan pergerakan orang ramai.

Dua pusat kaunter maklumat dan sebanyak 22 skrin paparan maklumat di beberapa lokasi strategik juga disediakan.

Bagi memastikannya mesra pengguna, bangunan itu turut menyediakan kemudahan untuk menukar lampin bayi, surau yang boleh menunaikan solat Jumaat serta ruangan khas untuk perokok.


*Sumber - KOSMO


P/S: Bestnya....banyak dh kemudahan yang disediakan.....:)

13 ulasan:

Hairun Azmi berkata...

Semuga servisnya canggih juga.


Kera serang bayi

zacky786 berkata...

tu la psl~ huhuu

azieazah berkata...

Tak sabar nak tengok wajah baru Puduraya.

Terminal Bersepadu Selatan pun khabarnya cantik sangat macam KLIA.

mummysyafie berkata...

last singgah ke pudu pada tahun 2000..11 tahun dah berlalu. tapi bila tengok pembaharuan berlaku skrg ni..tergerak hati plak nak jejak kaki ke sana lagi

eelobor berkata...

bangunan sebelah hentian puduraya tuh bila nak siap eh? nak banyak lama & banyak kali di tegur. PM sebelum ni pun dah tegur agar di siapkan projek tuh.

azhariahzuber berkata...

mmg cantik...mcm flight punya airport

Rohani Hashim berkata...

alhamdulillah, dah berubah kat pudu tuh, kalau dulu nak pergi sana pun scary owhhh....

ardinihumaira berkata...

teringin dni nak tengok tempat tu. tak penah pegi :)

Sharinginfoz berkata...

Nak juga pi tengok depan mata tapi tak berkesempatan lagi....

Fairus Bin Mamat berkata...

LAMANYA TAK NAIK BAS..

Misz-ella berkata...

tetiba trbyg kenangan lama di puduraya. nostalgialah!!

Redbloodsnow berkata...

wah..nice! :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

t'ingin nak naik bas ekspres. tp, macam malaslah plak. ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs