UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 1 Mac 2011

FOLIO OH FOLIO

Dulu masa sekolah menengah..aku masih ingat lagi setiap tahun akan ada projek sekolah yang diberikan kepada pelajar2 untuk disipakan ; atau disebut juga folio.Cikgu akan tentukan tajuk yang sepatutnya dan terpulanG kepada usaha pelajar sendiri nak buat folio tu macam mana.

Markah akan diberi berdasarkan isi dan juga kreativiti kita dalam membuat folio tu. Masa tulah ke sana - ke sini dengan kumpulan masing2 buat kajian. Jumpa ketua kampunglah...jumpa Penghulu lah...jumpa Pegawai Daerah lah.... Asalkan dapat info yang dikehendaki.

Itu citer masa di sekolah menengah. Tapi sekarang ni, pelajar2 sekolah rendah pun dah sibuk dengan tugasan cam gini. Kadang2 tajuk yang diberi memang menguji kecekapan pelajar2 tu. Part ini yang best...Masa nilah boleh nampak kerjasama bukan antara pelajar dengan pelajar yang lain je ; tapi antara pelajar dengan ibu atau bapa sendiri. Masa tulah nampak si ibu sibuk tolong mengguntinglah...mewarnalah...yang si bapa plak tolong fotostate ,binding dan macam2 lagi....

Actually bagus juga. Boleh mengeratkan kerjasama antara anak beranak ni....he3... Macam ada sorang kawan aku ni, tengah sibuk cari gambar bendera kat internet. Siap tolong guntingkan lagi ; coz anak dia baru Darjah 4...:)

1 ulasan:

~ yus ~ berkata...

betul betul, anak saya baru darjah 3 yg sulung pun, saya dah tolong cari info di internet. Biasanya cari gambar atau makna perkataan...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs