UpDaTeR

Pengikut

Pages

Rabu, 30 Mac 2011

PERAK HARAMKAN TARIAN POCO-POCO

POH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


*Sumber : KOSMO


P/S:Terus sentap aku baca berita nih. Memang inilah salah satu tarian yang selalu diselitkan masa kursus dan senamrobik kat office selalu tu. Mula2 tadi dapat berita dari my hubby ; dia dengar kat berita katanya. Apa2 pun bila dah dikatakan HARAM ; perlulah kita menjauhinya.


5 ulasan:

Misz-ella berkata...

sentap gak.

Sharinginfoz berkata...

I am sure mufti dan mengambil kira banyak perkara sebelum membuat keputusan ini

wahida berkata...

kalau peratikan betul2, tarian poco2 tu sebenarnya membentuk salib...sbb tu ada tarian ke kanan, kiri, atas, bawah...nauzubillah...

dah klik ur HB...

Puan Nurussalwa berkata...

ye.. btul2..
mmg ade unsur2 xpatut..
bahaya~~

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

tukarkan dgn senaman melenggang perut ala pakcik. ha3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs