ALOR SETAR: Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah  tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut  peraturan ditetapkan agama.
  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom,  berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain  menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke  masjid untuk menjalani akad nikah.  
    “Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan  lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di  masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak  lokasi perkahwinan.    
     “Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain  menjadi  satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat. 
  “Oleh itu pernikahan yang dilakukan di dalam masjid adalah sah,”  katanya selepas menyerahkan Zakat Perniagaan Tabung Haji bernilai RM3.07  juta kepada Negeri Kedah di Istana Anak Bukit di sini, semalam.  
  Selain itu, beliau turut menyampaikan bantuan banjir bernilai  RM215,182.83 yang disumbangkan melalui kutipan di masjid seluruh Wilayah  Persekutuan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 
  Zakat dan sumbangan itu diserahkan kepada Sultan Kedah, Sultan  Abdul Halim Mu’Adzam Shah. Hadir sama, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan  Mohamad Sheikh Abdul Aziz.    
Semalam, seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh dilaporkan berkata, tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah menyimpang dari amalan Rasulullah.
  Sementara itu, Jamil Khir berkata, sumbangan banjir yang  diserahkan bertujuan untuk membantu masjid di seluruh negeri ini yang  terjejas akibat banjir besar di Kedah, November tahun lalu.
*Sumber : BERITA HARIAN
*Sumber : BERITA HARIAN
P/S: Terpanggil nak wat n3 ni, coz aku dulu pun nikah kat masjid juga dengan niat nak buat yang wajib dan sederhana je sebenarnya...:)
4 ulasan:
alhamdulillah x de lagi pertikaian selepas ini..
dari dulu lagi orang kawen kat masjid kan...
SEBENARNYA kes tentang diharamkan nikah dimasjid sebab menimbulkan fitnah dan zina..lagilah kaum wanita yang datang meraikan majlis akad nikah tu..
tidak memakai tudung yang betull.kain jarang,,
ayu pun nikah kat masjid gak..
xtau plak selama ni ade pertikaian sebab dulu abg2 sume akad nikah kat masjid..
Catat Ulasan