ROMPIN: Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang  dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang  ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini sejak Januari  lalu.
  Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata  suspek berusia 40-an yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau  wanita berusia 50-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan  lelaki terbabit.  
      “Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu  mahu ke rumah mangsa untuk ‘menurunkan’ ilmu agama kepada tiga anak  perempuan ibu tunggal berkenaan.   
      “Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum  melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia  20-an dan 30-an,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
   Johari berkata, siasatan awal mendapati, tiga anak perempuan  mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap  arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.
   “Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan  berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika  semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.
“Siasatan turut mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali,” katanya.
   Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila  menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya  di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati  isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.
   Katanya, apabila menantu mangsa  tiba di rumah itu 15 Mac lalu,  didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui  dalam  keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek  yang kebetulan berada di rumah mangsa.
*Sumber : BERITA HARIAN
*Sumber : BERITA HARIAN
P/S: Awas sume ye.....Mesti lebih berhati2....
5 ulasan:
memang giler betul bomoh tu
ada elok gak orang cam nie di guna pakai hukum rimba jer
erk seram
giler punya bomoh..abes suma dia balun sorg
Liverpool, Chelsea VS Malaysia Siri Jelajah Asia Julai 2011
haish! mengong punye tok moh!
Catat Ulasan