SHAH ALAM: Mentor, Afdlin Shauki dapat merasakan kegagalan meraih perhatian pengundi SMS menyebabkan protegenya, Ratnah mendapat markah terendah pada pusingan kedua konsert Mentor 5 bagi kumpulan A yang berlansung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad.
Ratnah yang hanya mendapat markah sebanyak 38 peratus itu jauh ketinggalan berbanding dua rakannya dalam kumpulan tersebut iaitu protege Datuk Sharifah Aini, Shiha mendapat sebanyak 63 peratus dan protege Noh Hujan, Ayish pula mendapat 60 peratus.
Menurut Afdlin, dia sedar protegenya sukar mendapat undian SMS yang tinggi sejak konsert pusingan pertama lagi apabila Ratnah juga mendapat markah terendah iaitu 40 peratus berbanding Ayish (43) dan Shiha (64).
"Saya menganggap hal itu di sudut positif dimana mungkin keyakinan diri Ratnah di pentas agak kurang.
Cerita selanjutnya di sini - mStar
* Betul juga orang kata; nasib pun salah satu penentu kejayaan juga setelah puas berusaha. Mintak2 Ratnah terus success. Aku minat suara dia..:)
1 ulasan:
kesian pulak rasanya dgn dia ni..kut pun takan la jauh sgt markahnya..ermm
Catat Ulasan