UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 8 Mac 2011

BENJY PERNAH CERAIKAN ISTERI

KUALA LUMPUR – Dalam diam, pelakon Benjy yang menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar, Johor sejak Mei tahun lalu atas tuduhan penyalahgunaan dadah rupa-rupanya pernah menceraikan isterinya, Safiya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di rumah mereka di Menara Dutamas di sini pada Julai 2008.

Namun pasangan itu didakwa kembali hidup sebumbung pada hari sama mereka bercerai setelah Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, melafazkan perkataan rujuk semula terhadap Safiya.

Perkara itu hanya disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam apabila Safiya, 28, memfailkan dua permohonan serentak iaitu permohonan mengesahkan talak dan mengesahkan lafaz rujuk semula pada 7 Februari lalu.

Benjy yang dibawa dari PPA berada di mahkamah bersama Safiya semalam dengan diwakili peguam syarie, Hazirah Othman dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sebaik sampai di mahkamah Benjy dilihat terus mencium dahi Safiya.


*Sumber : KOSMO


P/S: Apa2 pun kita doakan agar Benjy dan isterinya akan menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini nanti...

8 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

tak sangkakan...
mujur depa rujuk terus hari yang sama....

mummysyafie berkata...

kesian plak..harap mereka tabah dan kembali bahagia

ainnoraini berkata...

ade bace kat berita harian td...

kesian pun ade....

eelobor berkata...

ada sorang budak praktikal kursus kat opis saya. budak tuh berkhidmat di tempat mana benjy di tahan sekarang. ada gak dia citer pasal benjy kat dalam penjara.

Miecyber berkata...

Macam macam...

Gajah liar

Sabihah berkata...

macam2 ada kan?huhuhu...takpe laa..doakan yang terbaik sudahlaa..^_^

Izan Ishak berkata...

yelah kak...doakan yg terbaik buat mereka sekeluarga~

ardinihumaira berkata...

semoga mereka dapat selesaikan perkara ni dengan baik... amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs