KENAIKAN harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran turut menyumbang kepada peningkatan harga makanan di negara ini. - Gambar hiasan -
KOSMOKUALA LUMPUR – Harga pelbagai makanan di negara ini didapati mulai melonjak secara mendadak sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan di pasaran.
Ketika ini, antara barangan keperluan yang naik di pasaran ialah bawang besar, bawang putih, kacang dal, rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayur-sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga barangan import dan peningkatan harga gas serta bahan api sejak kebelakangan ini.
Kesan kenaikan itu menyebabkan harga makanan turut mengalami kenaikan.
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, kenaikan harga makanan itu disedari hasil kajian pegawainya di restoran dan pemilik gerai makanan di sekitar Pulau Pinang baru-baru ini.
“Bayangkan, satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan lepas kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.
* Sumber - KOSMO
Mood : Tengah berkira2 ...alahaiiiiiiiiiiiiiii, barang naik harga......:(
8 ulasan:
Nampaknya semua naik..tade yg turun2
lepas ni gaji pulak naik yer..
JOM KE: ALL IN ONE
semua pun naik, tak pernah turun kan harga barang ni.
kalau gaji naik tahan jugak huhuhuh
kalu naik gaji pun.. brg mahai tak guna naik gaji gak... apa yg dpt merasa kan...nasib kita la
masalahnya,bila dengar gaji naik,harga naik pulak lagi.Dah tak dak makna dah.huhuhu......
xbley nak buat ape...sume brg dah naik..inflasi pon naik..
makin hari makin naik harga.. gaji naik pon rasa tak de guna kan.. sebab arga barangan naik huhu
Catat Ulasan