TERKENAL dengan identiti yang seksi dalam kebanyakan penampilan dan lakonannya, tidak bermakna pelakon Zila Bakarin menolak tawaran untuk memegang watak wanita berimej keislaman.
Mungkin juga peminat yang memandangnya menyangka bahawa Zila sudah beralih arah. Hakikatnya, transformasi dirinya itu sekadar untuk tatapan lakonan sahaja.
Akuinya, apabila tiba masanya nanti, dia tidak menolak kemungkinan akan menjadikan busana muslimah sebagai pilihan hati.
“Buat masa ini untuk pakai tudung belum sampai seru lagi. Perkara macam ini tidak boleh dipandang remeh. Kalau betul-betul mahu tutup aurat, saya pastikan ia benar menepati cirinya,” terangnya yang kini sudah memiliki seorang cahaya mata, Kaseh Azri, 2.
Cerita selanjutnya di sini - KOSMO
P/S: Nampak sopan dan sweet je Zila Bakarin ni pakai tudung. Walaupun cuma dalam lakonan. Mana tau satu masa dia benar2 bertudung. Sape tau? Semuanya Allah punya kuasa....
8 ulasan:
'tudung' buakn bahan lakonan.. ianya syariat..
moga Allah tunjukkan jalan buat kita hamba2nya.
igtkan btol2 tutup aurat..mintak2 pasni dibuka hati untuk tutup btol2..
cik nurussalwa: kita doakan je lah dia akan terbuka hati untuk bertudung 1 masa nanti. Insyaallah , mudah2an dengan cara lakonan yg sebegitu lembut hatinya untuk berubah ; sape tahu. Sesungguhnya hidayah itu dari Allah. Mudah2an ye..:)
Kan maneh bertudung.....tapi tu la sayang...dalam ceghite je....moge2 terbukak le hati die nak tutop lepaih ni....kami kaum lelaki ni udah tak lalu dah....tambah dose mate.....hehehe
h,m...kal a hati masih tak nak bertudung,pakse pom nnt die buke jgk...hee~sape2 yg bertudung tak bermakna tak cantek kan...tgk heliza,cantek je...heee~
umm mungkin jugak, mana tahu kan tiba2 hati dia terbuka kan...ameen
semoga 1 hari nanti, dia ikut jejak langkah irma hasmie. amin..
semoga zila dapat hidayah, amin
Catat Ulasan