UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 15 Mac 2011

PASUKAN SMART BERLEPAS KE JEPUN HARI INI

PASUKAN Smart dan perubatan dari Malaysia akan turut terlibat secara langsung membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijadual berlepas ke Jepun pada pukul 6 pagi ini untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.

Pegawai Perhubungan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kamarul Zaman Ali berkata, pasukan tersebut dijadualkan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang menggunakan dua buah pesawat Hercules C-130 milik TUDM dengan membawa 55 pegawai dan anggota.

"Penerbangan untuk misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami itu terpaksa ditangguh sebanyak dua kali sebelum ini kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diuruskan.

"Tetapi hari ini (semalam) pasukan kita telah bersedia untuk memasuki negara tersebut bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di sana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kamarul Zaman berkata, pihak berkuasa Jepun telah memberi kebenaran untuk pasukan daripada Malaysia memasuki negara tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.


Sumber - KOSMO

4 ulasan:

Fairus Bin Mamat berkata...

SEMOGA DENGAN BANTUAN DARI SMART NI DAPAT MEMBAIKI REPUTASI MALAYSIA YANG SEDANG TERCALAR AKIBAT DARI KARIKATUR DARI BERITA HARIAN MENGENAI TSUNAMI JEPUN..

eMMe berkata...

selamat pergi n selamat kembali!

munna berkata...

selamat bertugas buat anngota smart malaysia... buat kerja bagus2 dah buktikan malaysia ni bukan suka buat lawak je...

ardinihumaira berkata...

semoga semua tabah menghadapi dugaan ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs