ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi ketika melakukan kerja-kerja menyelamat di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam.
KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.
Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.
Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.
*Sumber - KOSMO
7 ulasan:
kawan saya di jepun ada inform di status fb nya, loji ke 3 dah pun meletup..huhu
uiskkk sangat bahaya.. semoga warga Malaysia di sana selamat, amin
risaunya ..semoga semuanya selamat..amin
klik hb
SABTU LEPAS BARU BERBORAK DENGAN PELANCONG JEPUN.. DIA CERITA TEMAPT DIA KAT KYOTO TAK KENA, PASAL JAUH DARI LAUT.. TAPI DIA JUGA BERSEDIH APA YANG BERLAKU WALAUPUN DIA TIADA DI JEPUN PADA MASA TU..
dlm brita tadi ada lg gempa susulan 6 skala ritcher
subhanallah..
ayu risaukan radioaktif yang berkeliaran........
td pun ada dpt msg supaya hati hati dgn hujan yang bakal turun...sbb ditakuti mengandungi bahan radioaktif...
Catat Ulasan