UpDaTeR

Pengikut

Pages

Selasa, 22 Mac 2011

AKAD NIKAH DI MASJID TIDAK SALAH

ALOR SETAR: Penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.
“Ia memudahkan kerja imam kerana kerana mereka mungkin perlu menikahkan lebih dari satu pasangan dalam sehari. Jadi lebih mudah ia diatur di masjid kerana imam tidak perlu membuang masa untuk pergi ke banyak lokasi perkahwinan.
“Kita lihat secara keseluruhan, ia dapat menjimatkan masa selain menjadi satu pendekatan dakwah sebab bila ke masjid kena tutup aurat.

“Oleh itu pernikahan yang dilakukan di dalam masjid adalah sah,” katanya selepas menyerahkan Zakat Perniagaan Tabung Haji bernilai RM3.07 juta kepada Negeri Kedah di Istana Anak Bukit di sini, semalam.

Selain itu, beliau turut menyampaikan bantuan banjir bernilai RM215,182.83 yang disumbangkan melalui kutipan di masjid seluruh Wilayah Persekutuan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Zakat dan sumbangan itu diserahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah. Hadir sama, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Semalam, seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh dilaporkan berkata, tindakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah menyimpang dari amalan Rasulullah.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, sumbangan banjir yang diserahkan bertujuan untuk membantu masjid di seluruh negeri ini yang terjejas akibat banjir besar di Kedah, November tahun lalu.


*Sumber : BERITA HARIAN


P/S: Terpanggil nak wat n3 ni, coz aku dulu pun nikah kat masjid juga dengan niat nak buat yang wajib dan sederhana je sebenarnya...:)

4 ulasan:

Kak Amy berkata...

alhamdulillah x de lagi pertikaian selepas ini..

ardinihumaira berkata...

dari dulu lagi orang kawen kat masjid kan...

Unknown berkata...

SEBENARNYA kes tentang diharamkan nikah dimasjid sebab menimbulkan fitnah dan zina..lagilah kaum wanita yang datang meraikan majlis akad nikah tu..
tidak memakai tudung yang betull.kain jarang,,

ayu pun nikah kat masjid gak..

faiz berkata...

xtau plak selama ni ade pertikaian sebab dulu abg2 sume akad nikah kat masjid..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs