UpDaTeR

Pengikut

Pages

Khamis, 7 April 2011

9 ASAS HARAM POCO-POCO

IPOH - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco haram pada mesyuarat fatwa negeri itu kali ke-186 yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu setelah mengambil kira sembilan asas termasuk soal akidah dan kepercayaan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, walaupun tarian itu dilihat sebagai penjagaan kesihatan oleh beberapa pihak namun, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

"Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka.

"Lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


*Sumber - KOSMO



P/S: Sebelum ni aku ada buat entry tentang Poco-Poco diharamkan

8 ulasan:

wahida berkata...

pelik bila ulamak dah kata haram still nak argue lagi...alahai umat Islam!!

wahida berkata...

klik2 ur HB...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y berkata...

pd p'dpt org, majlis fatwa kebangsaan perlu bincang hal nie. supaya kata sepakat buleh diamik. sbb xnaklah nnti kat perak haram. pastu, kat negeri len buleh lak. klu tetibe kursus kat negeri t ke.. s ke.. & ade poco2, sdgkan diorang belum haramkan poco2, x ke kite yg naya tuh?!

attyfir berkata...

kalo dah haram tu baik kita jgn buatkan..

kty g library kat tasek cempaka tu azzey..

klik ur hb

amirah berkata...

ikut je la kut..tp seeloknya diputuskn Mjlis Fatwa Kebangsaan supaya satu M'sia terpakai

Misz-ella berkata...

A kata haram .. B kata tidak. yg peningnya kita. sib baik kc dh stop dh.

Fairus Bin Mamat berkata...

KALAU DAH HARAM TU X PERLULAH KITA LAKUKAN LAGI.. LAGIPUN, PEREMPUAN MENARI2 DI KHALAYAK RAMAI MANA ADA DALAM ISLAM..

abdills berkata...

Alah time kursus ape class, tak mati pun tak buat..
tepuk dada tanya iman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs