UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Poco poco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Poco poco. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2011

9 ASAS HARAM POCO-POCO

IPOH - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco haram pada mesyuarat fatwa negeri itu kali ke-186 yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu setelah mengambil kira sembilan asas termasuk soal akidah dan kepercayaan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, walaupun tarian itu dilihat sebagai penjagaan kesihatan oleh beberapa pihak namun, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

"Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka.

"Lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


*Sumber - KOSMO



P/S: Sebelum ni aku ada buat entry tentang Poco-Poco diharamkan

Isnin, 12 Julai 2010

SeSi ReGaNgAn PuLaK

~ Poco poco pon best kalau diselitkan dalam senamrobik.... tq google

Kita ke sesi regangan otot2 plak ek.......Actually, dah lebih kurang 2 bulan office aku organised aktiviti senamrobik untuk staff pada setiap hari Isnin kul 5.00 petang (after working hour lah tuh...) Tapi aku tak pernah nak merajinkan diri untuk join sama. Yelah joging kat area umah aku tu adelah gak....... cuma rimas nak senam2robik ramai2 nih......

Tapi hari ni tak dapat nak excuse lagi, tak dapat nak quit ke hape pon lagi....coz last week, masa aku men'coti'kan diri tu dah kuar jadual untuk sume staff menghadirkan diri dalam aktiviti nih dan yang paling2 aku tak sker tu.....ayat paling power....KEHADIRAN MENGIKUT JADUAL ADALAH DIWAJIBKAN !!!

So, no more reason.....aku dan kengkawan yang 'seangkatan' dengan aku, kena juga join aktiviti ni bermula hari nih. Actually bagus aktiviti nih. Banyak manfaatnya, boleh slimkan badan, pecahkan lemak2 yang ada, boleh keep fit, tambahkan stamina dan macam2 lagilah.......

Cumanya, kan ke lagi best kalau diselitkan poco poco sekali...... Ha3....memang i love it !!!!!!!!!!!!!

So, kengkawan sume....jom join aku pegi senamrobik. Tak dapat kat sini, kat umah ; depan TV pon bolehhhhhhhhhhh....ha3...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs