KUALA LUMPUR – Penyanyi era tahun 60-an, Datin Orkid Abdullah, 64, kini terlantar di rumahnya kerana menghidap penyakit ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lepas.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu berirama Ghazal, Penawar Rindu itu tidak mampu bergerak dan aktiviti hariannya terpaksa diuruskan oleh tiga anaknya.
Anak bongsu Orkid, Eenaz Datuk Mokhtar, 31, berkata, ibunya menjadi semakin lemah sejak awal tahun ini kesan daripada tumor yang kini sudah merebak ke sistem badan.
“Kami difahamkan oleh doktor bahawa penyakit itu jarang ditemui di dunia. Kira-kira 20 peratus sahaja penduduk dunia menghidapnya di mana hormon berkembang dengan tidak menentu sehingga menjadi tumor.
“Ibu menjalani pembedahan pertama pada 2008 untuk membuang satu tumor. Bagaimanapun ia tumbuh semula kira-kira dua tahun selepas itu dan terpaksa dibedah lagi pada Februari tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Dataran Ukay di sini semalam.
*Sumber - KOSMO
13 ulasan:
Sian dia. Moga dia cepat sembuh.
semoga beliau cepat sembuh..
moga dia cepat sembuh..
sampai saatnya giliran kita pula
datuk sarimah pun tak sihat kan?
sama2 kita doakan kesejahteraan beliau..
ada kawan pejabat menghubungi kosmo untuk bertanyakan no fon wartawan yang membuat berita tentang Datin Orchid. Tujuannya untuk mendapatkan alamat penuh datin. Namun tak mendapat kerjasama dari pihak akhbar (tak tahu atas alasan apa).
moga beliau cpt sembuh dari kesakitan...
azzey--
semoga ramai yang datang ke melawat beliau..
semoga beliau sentiasa dilindungi olehNYa
semoga dia cepat sembuh..
semoga cepat sembuh...
semoga beliau tabah!
teringat dulu pernah jumpa
dia dlm lrt ...dia sgt baik
dan ramah..sempat sembang2 dgn dia
semoga dia cpt semboh :)
Catat Ulasan